Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula





Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Lafaz sumpah beliau adalah:-

“Wallahi, wabillahi, watallahi.

“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

“Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya.

“Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat”.

Walaupun telah melakukan sumpah, dari segi undang-undang negara, ia tidak bermakna Najib telah bersih dan suci sepenuhnya daripada pembunuhan itu.

Ia juga tidak bermakna SD Azilah itu sebagai palsu dan tidak benar dan beliau dianggap telah melakukan fitnah terhadap Najib.

Selain kebenaran yang sebenar-benarnya hanyalah milik Allah, dengan tindakan berani Najib melakukan sumpah laknat ini, keperluan untuk membuka semula kes perbicaraan Altantuya dengan sendirinya menjadi lebih tinggi.

Pihak kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara kini tidak ada pilihan lain selain perlu mengarahkan kes tersebut dibicarakan semula.

Malah, kalau boleh, perbicaraan mesti diadakan dalam kadar yang segera kerana kes ini dianggap membawa kepentingan yang tinggi kepada orang awam, rakyat serta negara seluruhnya.

Perbicaraan semula itu bukan saja selaras dengan kehendak rakyat yang mahu tahu kebenaran kes pembunuhan Altantuya, malah sebenarnya sesuai juga dengan keinginan Azilah dan Najib sendiri.

Apabila Azilah membuat SD yang mendakwa Najib telah mengarahkannya membunuh Altantuya, beliau tentulah melakukannya dengan niat serta tujuan agar perbicaraan dapat dibuka semula dan sekaligus membuka ruang kepada pembebasannya daripada pembebasannya daripada hukuman gantung yang diterimanya sebelum ini.

Begitu juga apabila Najib sedia melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan Azilah itu, beliau sebenarnya berbuat demikian agar perbicaraan dapat dibuka semula.

Bermakna, baik Azilah mahu pun Najib, kedua-duanya memang mahukan perbicaraan semula diadakan.

Hanya dengan adanya perbicaraan semula serta memanggil kembali semua saksi-saksi yang relevan seperti Abdul Razak Baginda, bekas ketua pengawal peribadi Najib, DSP Musa Safri dan lain-lainnya, maka barulah dapat diketahui siapa sebenarnya yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu.

Apabila diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhan itu, itulah sebesar-besar pesalah atau keparat yang sebenarnya.

Selama ini hanya diketahui Azilah Hadri dan Sirul yang melakukan pembunuhan itu, tetapi kerana kedua-duanya tiada motif yang jelas membunuh Altantuya, siapa yang mengarahkan mereka masih lagi misteri.

Apa lagi ketika menjatuhkan hukuman gantung terhadap Azilah dan Sirul, hakim telah mengatakan motif pembunuhan tidak penting diketahui, walaupun ia adalah relevan.

Melalui perbicaraan semula nanti akan turut membolehkan kita mengetahui sama ada SD Azilah yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan itu sebagai palsu atau sebaliknya.

Juga akan diketahui kenapa tiba-tiba SD itu muncul dan mungkinkah ada sesiapa mengarahkan Azilah berbuat demikian.

Bahkan, dengan perbicaraan semula juga akan diketahui kebenaran tentang sumpah laknat yang dilafazkan Najib semalam dan lebih daripada itu, dengan kehendak Allah, tidak mustahil laknat akan turut menyusul kepada sesiapa yang berbohong dan pelaku sebenar yang menyebabkan kematian Altantuya. (ShahbudinHusin 21/12/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/selepas-najib-bersumpah-laknat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melompat Dari Kerusi Desak Kes Bunuh Altantuya Dibuka Semula Ia Tidak Semudah Itu

Melompat Dari Kerusi Desak Kes Bunuh Altantuya Dibuka Semula Ia Tidak Semudah Itu

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 288 hits
Mohamed Haniff Khatri KUALA LUMPUR Ramai yang melompat dari kerusi dan katil mendesak supaya kes pembunuhan Altantuya Shaarriibuu segera dibuka semula berikutan tularnya akuan berkanun Azilah Hadri yang mendakwa beliau telah diarahkan oleh ...
Kes Altantuya Cubaan Segera Mahu Sumbat Najib Masuk Penjara

Kes Altantuya Cubaan Segera Mahu Sumbat Najib Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 354 hits
Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Shafee Abdullah bercakap pada sidang media selepas keputusan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL 11 NOVEMBER 2019 Pendedahan melalui akuan bersu...
Sumpah Laknat Selepas Najib Giliran Yusoff Rawther Dan Haziq Aziz

Sumpah Laknat Selepas Najib Giliran Yusoff Rawther Dan Haziq Aziz

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 558 hits
Apabila Najib Razak kata akan sumpah mubahalah pada hari jumaat ini timbul pula cerita yang kata Haziq Aziz dan Yusoff Rawther juga akan sumpah mubahalah Benarkah Kes video semburit Haziq Aziz dikaitkan dengan Azmin Ali Pihak polis sangat y...
Najib Tidak Perlu Pun Bersumpah Laknat

Najib Tidak Perlu Pun Bersumpah Laknat

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 640 hits
SUSUPAN SUBUHHARI ini Najib Razak dijangka akan melafazkan sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah WALAHI WABILAH WATALAHI menafikan yang beliau mengarahkan bekas anggota Unit Tindakan Khas Azilah Hadri membunuh Altantuya Shaarribbuu 13...
Terkini Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Pembunuhan Altantuya

Terkini Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Pembunuhan Altantuya

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 574 hits
Pada Selasa lepas Najib Razak telah menyuarakan hasratnya untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang ditujukan kepadanya sejak dahulu lagi Dakwaan tersebut adalah berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shariibu pada 2016 lalu Seb...
Sorry Najib But Altantuya Won T Let Go From Bossku To Sumpah Laknat Najib S Year Of Living Dangerously

Sorry Najib But Altantuya Won T Let Go From Bossku To Sumpah Laknat Najib S Year Of Living Dangerously

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 376 hits
campaign where he taps in the Malay blue collar culture and position himself as a champion of the working class complete with a moped His moniker Bossku Najib became a common cheer among his Malay supporters whenever he joined the campaign ...
Altantuya Murder Najib Sempurnakan Sumpah Laknat

Altantuya Murder Najib Sempurnakan Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 320 hits
Pendedahan mengejutkan dari Azilah Najib arah saya bunuh Altantuya Diterbitkan Hari ini 1 45 tengahari Dikemaskini Hari ini 2 09 tengahariEKSKLUSIF Azilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaarii...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa