Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin


 
IMBAS. Jemaah Menteri kerajaan PN yang angkat sumpah jawatan pada Mac 2020.KUALA LUMPUR – Majoriti menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) dikatakan sebulat suara menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang tadi.
Tanpa menyatakan jumlah menteri dan timbalan menteri UMNO yang bersetuju dengan keputusan itu, seorang ahli MT, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, persetujuan dicapai untuk menolak kerajaan PN dan Muhyiddin.
Mohd Razlan RafiiBercakap ringkas kepada media selepas mesyuarat yang diadakan secara maya itu, beliau menjelaskan, mesyuarat berlangsung dalam suasana tenang dan harmoni.

“Malah, masing-masing memutuskan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri. UMNO memutuskan untuk memberi fokus mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan selari dalam Perlembagaan parti,” katanya.
Beliau menjelaskan, MT mempertahankan Yang di-Pertuan Agong yang sejak akhir-akhir ini didakwa dipersendakan oleh kerajaan PN dan sebagai parti orang Melayu sudah tentu akan mempertahankan kedaulatan Agong.
Menurut Mohd Razlan, UMNO memerhati dari dekat apa yang berlaku dalam kerajaan PN dan tidak mahu terpalit apabila institusi raja diheret dalam permainan politik untuk kepentingan diri.
“UMNO tak nak terpalit dengan ketegangan hubungan kerajaan PN dengan Istana Negara. Cukup-cukuplah memberi kenyataan yang mengelirukan rakyat.
“Muhyiddin wajar berundur secara terhormat,” katanya.
UMNO mempunyai sembilan menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri dan lima timbalan menteri dalam Kabinet PN yang dibentuk Mac 2020 menerusi Langkah Sheraton.
Berikut senarai pemimpin UMNO dalam Kabinet PN:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Parlimen Bera); Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong); Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong); Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (Rembau); Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi); dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (Tenggara).
Dr Shamsul Anuar NasarahJawatan Timbalan Menteri pula, Datuk Mastura Yazid – Kuala Kangsar (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said – Kuala Krau (Timbalan Menteri Dalam Negeri I); Datuk Zahidi Zainul Abidin – Padang Besar (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia); Datuk Seri Ahmad Hamzah – Jasin (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I); dan Datuk Abdul Rahman Mohamad – Lipis (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).

Bagaimanapun, sehingga jam 8.30 malam ini, hanya Shamsul Anuar yang mengumumkan meletakkan jawatan sebagai menteri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/menteri-timbalan-menteri-umno-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 556 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Umno Dedah Surat Ahli Parlimen Tandatangan Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Sebagai Pm

Umno Dedah Surat Ahli Parlimen Tandatangan Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR UMNO mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin yang tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pe...
Terbaru Zahid Mp Umno Mesti Tarik Balik Sokongan Pada Muhyiddin

Terbaru Zahid Mp Umno Mesti Tarik Balik Sokongan Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 343 hits
Malaysiakini Ahli parlimen Umno mesti melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 7 Julai untuk menarik sokongan ke atas Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kata presidennya Zahid Hamidi
Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 230 hits
IPOH Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata ia selaras dengan Fasal 3 3 Perl...
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 370 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 443 hits
nbsp PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menarik sokongan mereka kepadanya Katanya bilangan tersebut diperoleh mene...
Umno Kekal Pendirian Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin

Umno Kekal Pendirian Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 434 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin kekal walaupun Proklamasi Darurat tidak disambung selepas 1 Ogos ini kata laporan Ahmad Zahid dipetik Utusan Online berkat...
Tarik Sokongan Selaras Ketetapan Pau2020 Ismail Sabri Dan Menteri2 Umno Memang Wajar Diambil Tindakan Disiplin

Tarik Sokongan Selaras Ketetapan Pau2020 Ismail Sabri Dan Menteri2 Umno Memang Wajar Diambil Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 274 hits
Disedari atau tidak atau mungkin ada yang cuba buat buat lupa keputusan MT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN sebagaimana diumumkan Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos baru baru ini adalah selaras dengan ketetapan PAU20...
Tarik Sokongan Wakil Rakyat Umno Berpecah

Tarik Sokongan Wakil Rakyat Umno Berpecah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 318 hits
bebasnews myBy 04 08 2021Yang jelas ialah ultimatum Zahid tidak dikongsi oleh semua wakil rakyat UMNO Oleh Ahmad Abd HamidDI SEBALIK pelbagai spekulasi dan suasana kurang menentu tentu berikutan keputusan UMNO menarik balik sokongan kepada ...
Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Mcmc Dua Akhabar Tempatan Dikompoun Rm100 000

Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

Tidak Mahu Anak Belajar Di Sbp Biar Pun Saya Produk Sbp

Erika Foo Gula Gula Chord

Ringgit Opens Higher Vs Us Dollar Tracking Firmer Regional Currencies