Anwar Ph Didakwa Ketepikan Pembangkang Lain Runding Dengan K Jaan



(Malaysiakini) – Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan kesal Pakatan Harapan (PH) mengetepikan parti pembangkang lain dalam mengenai perjanjian pembekalan dan keyakinan (CSA) dengan kerajaan.
“Ketika hendak menamakan calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini; pemimpin PH datang berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad merayu agar memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.
“Pemimpin-pemimpin PH akan merayu, memujuk serta melakukan apa saja pada waktu itu demi menjayakan impian mereka yang ‘mustahil’ ke arah memartabatkan ketua pembangkang masa kini sebagai perdana menteri kesembilan.
“Kini, apabila hendak berunding dengan pihak kerajaan mengenai senarai pembaharuan yang dicadangkan oleh perdana menteri; Anwar bersama pemimpin-pemimpin PH ketepikan Pejuang, Warisan dan Muda yang sama-sama mengundi beliau sebagai calon pembangkang untuk jawatan perdana menteri,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.
Pembangkang telah membentuk barisan bersatu untuk menyokong Anwar dengan memperoleh sokongan 105 ahli parlimen tetapi tidak dapat menandingi dukungan 114 anggota Dewan Rakyat kepada calon Umno, Ismail Sabri Yaakob.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak menyokong kedua-dua calon perdana menteri ketika itu. Terdapat 220 ahli parlimen di Dewan Rakyat dan dua kerusi kosong.
Khairuddin menuduh Anwar dan pemimpin PH lain sebagai “tidak boleh dipercayai.”
“Sikap mereka juga adalah untuk mempergunakan sokongan orang lain demi kepentingan diri mereka sendiri dan tidak lebih daripada itu.
“Bagi saya Anwar Ibrahim dan PH tidak boleh dibuat sahabat. Mereka ini adalah golongan yang tidak ikhlas serta amat bersikap individualistik,” katanya.
Khairuddin berkata Pejuang perlu meneruskan rancangannya untuk bertanding 120 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.
Dia percaya Pejuang akan mendapat manfaat jika PH dan kerajaan yang diterajui Umno itu menandatangani perjanjian keyakinan dan pembekalan.
Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri akan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) petang ini di bangunan parlimen.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, wakil-wakil kerajaan dan PH (gambar, atas) berkata akan mendedahkan isi perjanjian tersebut kepada umum.
Menurut kenyataan itu lagi MOU itu akan disempurnakan Ismail Sabri bersama ketua-ketua parti Pakatan Harapan, iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.
Pemimpin tertinggi PH dan Ismail Sabri telah terlibat dalam proses perundingan sejak bulan lalu.
Pada kenyataan bersama pertama mereka selepas pertemuan 25 Ogos, kedua-dua pihak berkata mereka setuju antaranya untuk memperkukuhkan institusi parlimen.
Pada hari Jumaat, Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengumumkan kabinet bersetuju dengan tujuh pembaharuan institusi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/13/anwar-ph-didakwa-ketepikan-pembangkang-lain-runding-dengan-kjaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Ph Ketepikan Pejuang Pembangkang Lain Tak Berasas

Dakwaan Ph Ketepikan Pejuang Pembangkang Lain Tak Berasas

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 222 hits
Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan Ketua Parti Pejuang Tanah Air Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan kononnya Pakatan Harapan mengetepikan parti parti pembangkang lain dalam rundingan perjanjian keyakinan dan perbekalan bersama ke...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 507 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Pti Didakwa Guna Mykad Orang Lain Untuk Vaksinasi

Pti Didakwa Guna Mykad Orang Lain Untuk Vaksinasi

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 349 hits
PTI Didakwa Guna MyKad Orang Lain Untuk Vaksinasi KOTA KINABALU Seorang warga Filipina berumur 28 tahun yang tidak mempunyai dokumen didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tiga tuduhan menggunakan MyKad orang lain sebagai do...
Guna Duit Poket Sendiri Bantu Rakyat Jangan Harap Kerajaan Pusat Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pembangkang

Guna Duit Poket Sendiri Bantu Rakyat Jangan Harap Kerajaan Pusat Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 327 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari membuat pelepasan konvoi jentera peduli nadi rakyat untuk memberi bantuan kepada golongan terjejas akibat Covid 19 di setiap negeri di ibu pejabat PKR hari ini PETALING JA...
Anwar Tuntut Pembangkang Wajar Diberi Layanan Setimpal

Anwar Tuntut Pembangkang Wajar Diberi Layanan Setimpal

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 128 hits
Anwar tuntut pembangkang wajar diberi layanan setimpalOleh MALAYSIA DATELINE September 11 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa barisan pembangkang wajar diberi layanan setimpal dan akan memainkan peranan sewajarn...
Squid Game Terpalit Kontroversi Didakwa Plagiat Filem Lain Merendahkan Wanita

Squid Game Terpalit Kontroversi Didakwa Plagiat Filem Lain Merendahkan Wanita

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 884 hits
Sepertinya drama bersiri Netflix terbaru Squid Game menjadi bualan ramai kini Untuk pengetahuan ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45 6 bilion won yang dibintangi oleh p...
Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dlm Kerjasama Antara Pihak Pembangkang Dgn Pihak Kerajaan Mail Sabri

Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dlm Kerjasama Antara Pihak Pembangkang Dgn Pihak Kerajaan Mail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 179 hits
KamalShah Immunisasi kelompok 80 di Malaysia bila2 masa boleh tercapai tak sampai bulan Disembar pada tahun ini juga Ini bermakna PRU15 boleh senang diadakan tanpa banyak risau masalah COVID di sepanjang tahun 2022 bermula dari bulan Januar...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Bersihkan Kerang Macam Pro 7 Bahan Dapur Ni Jadi Penyelamat

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan

Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Dapatkan Imuniti Pemuda Pas Pahang Gesa Pmx Cuti Sementara