Ph Setuju Memorandum Kerjasama Pembangkang Kerajaan



Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk diadakan satu memorandum persefahaman antara pihak kerajaan dan pembangkang demi menjaga kebajikan rakyat ketika pandemik Covid 19 belum berakhir dan ekonomi negara semakin melemah.
Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, mesyuarat semalam telah membincangkan kerjasama berkenaan dan rundingan terperinci bersama 5 wakil kerajaan dan 6 wakil pembangkang sehari sebelumnya.
“Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan, di mana PH telah memberi pandangan dan cadangan tambahan kepada tujuh reformasi yang diumum Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
“Memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertinggi PH, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu.
“Pertemuan wakil Kerajaan dan Pembangkang telah membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19. Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola Kerajaan juga dibincangkan,” kata kenyataan Majlis Presiden.
Majlis itu turut menekankan perlunya kerajaan menambah suntikan RM45 bilion dana bagi memastikan perang melawan Covid tidak tertanggu terutama dari segi rawatan pesakit dan peruntukan melakukan ujian saringan.
“PH berpendirian suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dibuat kepada Dana Covid-19 RM65 bilion yang kini hanya berbaki RM8.6 bilion dan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat. Di samping itu perlunya ada pengecualian bayaran faedah ke atas moratorium pinjaman bank untuk golongan B40 dan M40,” kata kenyataan itu.
Selain itu, PH turut menekankan langkah-langkah reformasi sistem dan pentadbiran yang perlu dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional 2.0 dalam kandungan memorandum berkenaan.
“Majlis Presiden turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu disertakan dalam memorandum tersebut, seperti memperkasakan pelaksanaan Undi 18, reformasi Parlimen dan kebebasan institusi kehakiman. Wakil-wakil juga telah membincangkan isu Undi Percaya serta mekanisme pemantauan pelaksanaan memorandum persefahaman tersebut.
“Secara dasarnya, PH cenderung untuk mempersetujui memorandum ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan.
“Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik Covid-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita,” kata mereka lagi.
Untuk rekod menteri kerajaan yang menghadiri rundingan adalah, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli; Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang); Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan.
Manakala pembangkang diwakili Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN; Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH; Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP; Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP; Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Penerangan KEADILAN dan Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi KEADILAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33047

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Kerjasama Kerajaan Pembangkang Menyebelahi Ph

Mou Kerjasama Kerajaan Pembangkang Menyebelahi Ph

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 334 hits
Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani petang tadi merupakan satu kemenangan kepada perjuangan rakyat sejak dua dekad lalu Senang dengan kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan itu ...
Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dlm Kerjasama Antara Pihak Pembangkang Dgn Pihak Kerajaan Mail Sabri

Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dlm Kerjasama Antara Pihak Pembangkang Dgn Pihak Kerajaan Mail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 174 hits
KamalShah Immunisasi kelompok 80 di Malaysia bila2 masa boleh tercapai tak sampai bulan Disembar pada tahun ini juga Ini bermakna PRU15 boleh senang diadakan tanpa banyak risau masalah COVID di sepanjang tahun 2022 bermula dari bulan Januar...
Umno Kena Buang Sikap Pembangkang Kembali Berperanan Parti Kerajaan Kata Penganalisis

Umno Kena Buang Sikap Pembangkang Kembali Berperanan Parti Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 260 hits
freemalaysiatoday com August 29 2021 11 10 AMPenganalisis politik berkata Umno tidak harus mengheret rakyat dalam sebarang pergelutan kuasa dalaman sebaliknya bertindak sebagai teras kerajaan PETALING JAYA Pelantikan Ismail Sabri Yaakob seb...
Guna Duit Poket Sendiri Bantu Rakyat Jangan Harap Kerajaan Pusat Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pembangkang

Guna Duit Poket Sendiri Bantu Rakyat Jangan Harap Kerajaan Pusat Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 317 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari membuat pelepasan konvoi jentera peduli nadi rakyat untuk memberi bantuan kepada golongan terjejas akibat Covid 19 di setiap negeri di ibu pejabat PKR hari ini PETALING JA...
Pemimpin Pembangkang Lebih Sibuk Berpolitik Antara Punca Membantutkan Usaha Kerajaan Tangani Pandemik

Pemimpin Pembangkang Lebih Sibuk Berpolitik Antara Punca Membantutkan Usaha Kerajaan Tangani Pandemik

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 345 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahanan Masidi Manjun KOTA KINABALU Pemimpin pemimpin pembangkang yang lebih sibuk berpolitik untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional dan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memba...
Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 399 hits
A Pemerhati politik berkata sukar untuk golongan kleptokrat sabotaj kerajaan sedia ada sekiranya kerjasama dengan PH diteruskan dengan lancar Wakil dari blok kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU persefahaman Isnin lalu dalam usaha tr...
Kerajaan Dan Pembangkang Tandatangan Perjanjian

Kerajaan Dan Pembangkang Tandatangan Perjanjian

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 169 hits
September 14 2021 Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan hari ini melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkar...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej