Pg Mall Online Marketplace Menyokong Peniaga Malaysia
Hi you all..siapa kat sini yang suka beli belah secara online? Kalau ya, samalah macam zaza juga lebih gemar membeli barang atas talian je sebab senang nak cari barang yang dikehendaki dan menjimatkan masa. Lagi pun zaza duduk kampung. So nak ke bandar untuk beli barang tu jauh sikit
Macam anda kan, biasa beli barang online kat mana? Oklah zaza nak share ada satu platform beli belah online yang best dan anda pun boleh menjual juga kat situ tau.
Pernah dengar PG Mall? Kalau yang dah kenal tak apa. Tapi bagi yang belum tahu jom zaza nak story sikit tentangnya.
www.pgmall.my merupakan sebuah platform e-Dagang Malaysia No 1 yang kini sudah pun mendapat tempat dihati ramai orang. Selain dari tempat untuk membeli barangan, anda yang ada bisnes atau produk untuk dijual pun boleh menggunakan PG Mall Online Marketplace ini.
Penubuhan PG Mall Dan Pengasasnya
PG Mall telah diasaskan oleh Dato’ Wira Louis Ng yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif PG Group. Ia telah mula di tubuhkan pada tahun 2017. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk menghadirkan sebuah platform perniagaan yang dipercayai untuk peniaga disamping membantu peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.
Dato’ Wira Louis Ng
Daftar di https://seller.pgmall.my/
Kenapa Anda Perlu Menyertai PG Mall
Sehingga ke hari ini, PG Mall telah pun mempunyai lebih kurang dari 1,000,000 pelanggan di seluruh Asia Tenggara ( SEA ). Jadi bagi anda yang punya bisnes digalakkan untuk menyertai PG Mall ini kerana ia boleh membantu jenama dan bisnes anda ke peringkat antarabangsa.
Di PG Mall juga, mereka adalah satu-satunya platform yang mempunyai major e-wallet patners seperti Maybank, QRPay, Touch n Go, e-wallet, Booast, GrabPay, Alipay dan lain-lain.
Di PG Mall juga, ada banyak produk boleh didapati dan dijual. Antara produk yang terlibat seperti barangan elektronik, alatan rumah dan dapur, pakaian, barangan sukan, aksesori, barangan kanak-kanak dan bayi, makanan dan minuman, dan banyak lagi
Untuk tahun ini juga, PG Mall turut menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 peniaga baru untuk mendaftar dengan mereka. Oleh itu, buat anda jangan lepaskan peluang yang ditawarkan ini
Beberapa keistimewaan terdapat pada platform PG Mall ini. Antaranya mereka mempunyai pasukan Sistem Maklumat Pemasaran ( MIS ) dalaman yang kuat. Ia dapat membantu peniaga dalam menjalankan pelbagai kempen dan integasi kedai kreatif dalam meningkatkan penjualan mereka
PG Mall turut mewujudkan group sokongan pelanggan yang menyokong kuat yang mempromosikan peniaga di platform mereka ke rangkaian dan media social mengenai pengalaman membeli belah
Yang menariknya juga bagi peniaga yang mendaftar, tiada sebarang kos pendaftaran akan dikenakan. PG Mall bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses delivery untuk seller di PG Mall.
PG Mall juga bersepadu dgn SelluSeller, EasyStore, istoreisend, URStore, TresGo, Etailer Gateway, Red Dino
Jika penjual menggunakan penyedia perkhidmatan ini, pg mall sangat mengalu-alukan kedatangan anda kerana PG Mall sudah bersepadu dengan rakan kongsi ini
Bagi peniaga baru, anda tak perlu risau untuk berniaga di platform ini kerana penjualan dan pembelian adalah selamat dan dipercayai.
Memang menarik kan apa yang ditawarkan oleh PG Mall ni. Bila lihat web nya pun amat mesra pengguna.
Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menjadi penjual dan mengembangkan lagi perniagaan anda, bolehlah segera mendaftar di PG Mall. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman : https://seller.pgmall.my/
Jika anda ingin mendapatkan info dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh terus melayari laman web PG Mall www.pgmall.my
Tentang PGMall:
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/04/pg-mall-online-marketplace-menyokong.html