Pkp Jadi Lubuk Rezeki Peniaga Online


Kek brownies dan makanan segera menjadi produk pilihan peniaga online ketika PKP.PETALING JAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Putrajaya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sejak 18 Mac lalu mengubah rutin harian 2 insan yang sebelum ini sudah terbiasa dan sibuk dengan tugasan harian masing-masing
Sarah Aleesa Aguinaldo, 25, yang sebelum ini menjawat tugas sebagai pegawai sumber manusia di sebuah lapangan terbang dalam negara berkata, kehidupan hariannya berubah apabila pihak syarikat memutuskan memberikan cuti tanpa gaji akibat kesan wabak itu ke atas industri penerbangan ketika ini
Menurutnya, keputusan syarikat itu bukanlah menjadi sebab untuknya terus bermurung dan bersedih berikutan pelaksanaan PKP, walaupun memberi kesan ke atas kehidupan, namun merupakan langkah terbaik bagi mengekang penularan wabak Covid-19
“Kalau asyik fikir buruk, mengeluh pun tidak berguna kerana PKP sudah berlaku dan perintah yang dikeluarkan ketika ini untuk keselamatan semua pihak
Sarah Aleesa Aguinaldo“Jadi, kenapa tidak lihat dari sudut positif? Sebenarnya banyak lagi cara untuk cari sumber pendapatan
“Saya mula menjual kek brownies, sebelum ini saya buat untuk suka-suka sahaja dan kebiasaannya hanyalah untuk ahli keluarga sahaja. Jadi, apabila sumber pendapatan terjejas disebabkan PKP, barulah saya putuskan untuk jual kek, dapatlah untuk tambah pendapatan,” katanya kepada FMT
Katanya, tidak dinafikan beliau mengambil masa yang agak lama dan sedikit ragu-ragu untuk memulakan perniagaan dari rumah, memandangkan tidak mempunyai pengalaman melakukan jualan atas talian serta kekangan peralatan membuat kek
“Saya cuba sahaja dan hendak lihat bagaimana sambutan yang diterima. Saya mula lakukan promosi di media sosial. Pada awalnya, saya hanya menerima 1-2 tempahan sahaja, namun apabila menjelang petang, tempahan mula bertambah
“Saya jual satu kotak kek brownies berharga RM35 ringgit dan bagi kawasan di sekitar Shah Alam saya akan berikan penghantaran secara percuma. Manakala, bagi kawasan lain, saya akan kenakan caj sebanyak RM5 ringgit,” katanya
Jelasnya, keputusan menawarkan caj penghantaran secara percuma dan hanya mengenakan caj RM5 ringgit dibuat kerana memahami kekangan lain dialami setiap pelanggannya, yang perlu membuat simpanan dan mencari wang tambahan sempena PKP ini
“Apa yang penting bagi saya adalah untuk orang rasa dahulu kek brownies ini. Saya jual kek brownies ini panas-panas, disebabkan itu saya akan mula membuat kek ini sejurus selepas solat subuh dan akan mulakan penghantaran pada jam 12 tengah hari,” katanya
Sarah berkata, ketika ini dia mampu menerima tempahan antara 10 hingga 12 kotak sehari dan tempahan yang diterimanya sudah menjangkaui hingga ke hari Sabtu ini
Menurutnya, minat dan usahanya itu turut dibantu suami
Ejen dropshipSementara itu, Ellya Maisarah Mohamad Idris, 21 yang ketika ini merupakan pelajar fakulti farmasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuantan, Pahang, turut tidak melepaskan peluang mencari pengalaman baru dengan menjadi ejen dropship produk berasaskan coklat
Eliya Maisaran Mohamad“Saya sebenarnya baru lagi menjadi ejen dropship ini, baru 4 hari lepas. Saya tahu mengenai ejen dropsphip ini selepas kenal dengan seorang senior saya di UIA Gombak
“Dari situlah saya bulatkan tekad untuk cuba lakukan perkara lain, memandangkan di rumah juga tidak lakukan apa-apa
“Selepas mempromosikan produk di media sosial, saya tidak sangka sambutan memang di luar jangkaan. Alhamdulillah, ramai buat tempahan. Walaupun sesi pembelajaran di kampus tidak diteruskan ketika ini, saya tetap dapat mencari sedikit wang tambahan,” katanya
Jelas Ellya, dalam tempoh masa yang singkat beliau dapat mengambil tempahan sebanyak 30 balang dalam waktu sehari, dengan keuntungan nilai bersih RM160 ringgit
Ketika dihubungi FMT, beliau memaklumkan sudah menerima tempahan sebanyak 10 balang, dengan hanya duduk di rumah

“Saya terima pelanggan dari seluruh negara memandangkan lakukan pemasaran di media sosial. Memang sasaran saya adalah untuk generasi muda. Jika sebelum ini semasa di kampus, saya sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelajar, kali ini saya boleh cuba perkara lain pula,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/pkp-jadi-lubuk-rezeki-peniaga-online.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Petrol Bimbang Pam Kering Selepas Pkp Tamat

Peniaga Petrol Bimbang Pam Kering Selepas Pkp Tamat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 482 hits
Kebanyakan pemilik stesen minyak tidak mempunyai dana untuk membeli petrol dan diesel yang mencukupi untuk memenuhi kenaikan permintaan yang dijangkakan
Pkp Bukan Penghalang Pasangan Suami Isteri Mencari Rezeki

Pkp Bukan Penghalang Pasangan Suami Isteri Mencari Rezeki

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 283 hits
Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID 19 tidak menghalang pasangan suami isteri untuk terus mencari rezeki Mohd Isa Che Arifin 42 yang memiliki premis perniagaan mencetak kemeja T dan cederamata di pusat bandaraya...
Peniaga Kecil Makanan Perlu Ubah Kepada Online Delivery Ini Caranya

Peniaga Kecil Makanan Perlu Ubah Kepada Online Delivery Ini Caranya

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 455 hits
Dengan ujudnya wabak COViD 19 ini bermakna interaksi manusia sesama manusia akan kekal di jarakkan Sentuhan sudah tentu tidak benarkan Manakala perniagaan yang menjana perhimpunan ramai seperti bazar ramadhan pasar tani atau pasar malam sud...
Bantu Peniaga Vivy Yusof Anjur Bazar Ramadan Online Percuma

Bantu Peniaga Vivy Yusof Anjur Bazar Ramadan Online Percuma

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 330 hits
Terkesan melihat peniaga makanan yang terjejas susulan tiada bazar Ramadan tahun ini usahawan popular Vivy Yusof mengambil inisiatif membantu golongan peniaga dengan The post appeared first on
Kuliah Online Tmb K Tan Pkp Dan Dakwah Nabi Yunus

Kuliah Online Tmb K Tan Pkp Dan Dakwah Nabi Yunus

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 337 hits
Nabi Yunus A S menghadapi hukuman TuhanNABI Yunus A S merupakan salah seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan untuk menyeru manusia kepada Allah S W T Dakwah Nabi Yunus A S juga seperti kebanyakan para Rasul apabila dakwah yang disampaikannya...
Semasa Pkp Farha Ajar Mengaji Quran Online Percuma 432 000 Pengikut

Semasa Pkp Farha Ajar Mengaji Quran Online Percuma 432 000 Pengikut

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 303 hits
JOM KREATIFAjar mengaji onlinePADA tahun lalu remaja perempuan berusia 19 tahun ini mengejutkan negara dan dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al Quran Peringkat Antarabangsa Ke 61 di Pusat Konve...
Menteri Tindakan Tegas Diambil Jika Peniaga Naikkan Harga Barang Semasa Pkp

Menteri Tindakan Tegas Diambil Jika Peniaga Naikkan Harga Barang Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 474 hits
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata semua aktiviti pertanian dan rantaian aktividi sektor itu adalah dibenarkan dalam tempoh PKP PUTRAJAYA Kerajaan memberi peringatan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menga...
Kegiatan Judi Online Semakin Berleluasa Meningkat Semasa Pkp Kpn

Kegiatan Judi Online Semakin Berleluasa Meningkat Semasa Pkp Kpn

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR 6 April Kegiatan judi dalam talian semakin berleluasa dan meningkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Tanpa mendedahkan butiran lanjut tangkapan beliau berkata pihaknya ...
Antara Hikmah Pkp Ini Adalah Kita Boleh Memiliki Bisnes Online Sendiri

Antara Hikmah Pkp Ini Adalah Kita Boleh Memiliki Bisnes Online Sendiri

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 495 hits
PKP yang dilaksanakan kerajaan memberi kesan yang berbeza kepada setiap rakyat Malaysia Ada sesetengah dari kita sudah
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

Group Urges Selangor Ruler To Commute Sirul S Death Sentence

Grs Man Says Hamzah Has No Solution Only Rhetoric


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nasi Lemak Abang

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Terengganu Fc Vs Jdt Fc Piala Malaysia 17 Januari 2025

Resepi Udang Belon Ala Thai Rangup Simple Dan Sedap Guna 4 Bahan Je

Tak Habis Fikir Macam Mana Perkara Ini Boleh Berlaku Diatas Jalanraya Malaysia

Bocoran Unit Dummy Iphone Se 4 Tersebar Di Internet

Sangee Sharib Hashmi Shines With A Fun Performance In Malay