Insentif Cukai Langkah Khusus Bantu 900 000 Pks Usahawan Tempatan Terkena Tempias Covid 19 Pm


KUALA LUMPUR, 5 Jun — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah dan insentif cukai untuk membantu lebih 900,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan tempatan yang turut menerima kesan akibat wabak COVID-19.
Menurut beliau, bagi menggalakkan penubuhan entiti baharu PKS, kerajaan bersetuju untuk memberikan rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
“Rebat cukai pendapatan ini diberikan kepada syarikat baharu yang ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 dan 31 Disember 2021.
Bagi menggalakkan PKS meningkatkan daya saing dalam menjalankan perniagaan melalui skim pencantuman dan pemerolehan, katanya kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan pencantuman atau pemerolehan bagi transaksi yang disempurnakan antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen termasuk Bernama TV.
Kerajaan memperkenalkan PENJANA dengan tema Bersama Menjana Ekonomi sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.
Perdana menteri berkata kerajaan turut menghargai usaha yang dilakukan oleh Perusahaan Sosial dalam mengimbangi matlamat perniagaan dan tanggungjawab sosial.
“Saya dimaklumkan semasa tempoh PKP, walaupun beberapa Perusahaan Sosial sukar untuk beroperasi, namun mereka terus berusaha mengumpul dana untuk membantu masyarakat yang disasarkan terutamanya golongan yang terpinggir.
“Kerajaan akan menyediakan geran padanan melalui Malaysian Global Innovation and Creativity Center (MaGIC) berjumlah RM10 juta kepada Perusahaan Sosial yang berjaya mengumpul sumbangan untuk melaksanakan projek sosial bagi menangani isu yang dihadapi oleh komuniti sasar dengan menggunakan kaedah inovatif,” jelasnya.
Muhyiddin berkata secara umumnya, COVID-19 telah mengubah cara ekonomi beroperasi.
“Bagi terus menjadikan negara kita sebagai destinasi pelaburan utama, penting untuk kita memberitahu dunia bahawa ekonomi kita tetap berdaya saing dan terbuka untuk perniagaan.
“Malaysia kini berada di kedudukan ke-12 di dunia dalam kategori kemudahan menjalankan perniagaan dan ke-3 di Asia Pasifik.
“Sehubungan itu, PENJANA akan mengumumkan beberapa pakej dan program pelaburan, insentif pengecualian cukai dan kemudahan pembiayaan yang inklusif,” jelasnya.
Sumber: Bernama
The post Insentif Cukai, Langkah Khusus Bantu 900,000 PKS, Usahawan Tempatan Terkena Tempias COVID-19 – PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/05/insentif-cukai-langkah-khusus-bantu-900000-pks-usahawan-tempatan-terkena-tempias-covid-19-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insentif Tambahan Mara Bantu Usahawan

Insentif Tambahan Mara Bantu Usahawan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 327 hits
MARA Umum Insentif Tambahan RM6 Juta Bantu Usahawan Terjejas Akibat Covid 19 Majlis Amanah Rakyat mengumumkan dua insentif tambahan bagi membantu usahawan Bumiputera di bawah agensi tersebut yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Pengerusin...
Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 438 hits
Linda Rafar baru baru ini dilaporkan telah jatuh ditimpa tangga apabila laman sosial miliknya telah digodam oleh pihak bertanggungjawab Lebih malang lagi dia juga telah kehilangan hampir 900 000 pengikut di Instagram dan Facebook Menurut Li...
Us Records Over 900 Covid 19 Deaths In 24 Hours

Us Records Over 900 Covid 19 Deaths In 24 Hours

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 263 hits
The United States has recorded another 941 Covid 19 coronavirus related fatalities in the last 24 hours bringing the country s death toll so far to 113 774 according to a tally by Johns Hopkins University The world s top economy is the most...
Bantu Masyarakat Satgas Bumn Dki Jakarta Siapkan 20 000 Nasi Bungkus Per Hari

Bantu Masyarakat Satgas Bumn Dki Jakarta Siapkan 20 000 Nasi Bungkus Per Hari

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 215 hits
PT JIEP selaku koordinator Satgas Bencana Nasional BUMN Provinsi telah mengoordinir perusahaan perusahaan BUMN untuk menyediakan bahan baku masakan yang dibuka oleh satgas DPR
19 Kes Covid 19 Baru 13 Jangkitan Tempatan 6 Import

19 Kes Covid 19 Baru 13 Jangkitan Tempatan 6 Import

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 340 hits
Setakat tengah hari tadi Malaysia mencatatkan 19 kes Covid 19 baru menjadikan jumlah terkumpul yang dicatatkan adalah sebanyak 8 322 kes Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes baru it...
Ringkasan Maklumat Tujuh Kes Baru Covid 19 Hari Ini Lima Tempatan Dan Dua Import

Ringkasan Maklumat Tujuh Kes Baru Covid 19 Hari Ini Lima Tempatan Dan Dua Import

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 304 hits
Putrajaya 8 Jun Hari ini merupakan kes baru COVID 19 terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak tujuh kes dicatatkan hari ini melibatkan lima warga negara dan...
Covid 19 Lebih 5 25 Juta Korban 340 000 Seluruh Dunia

Covid 19 Lebih 5 25 Juta Korban 340 000 Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 402 hits
Sejak wabak itu mula meledak di China pada Disember lepas 5 260 970 kes sudah dilaporkan di 196 negara dengan 339 758 kematian dikaitkan dengan virus maut itu Gambar fail The Malaysian Insight 24 Mei 2020 JUMLAH kes Covid 19 di seluruh duni...
144 Usahawan Terengganu Terima Dana Tabung Pemulihan Covid 19

144 Usahawan Terengganu Terima Dana Tabung Pemulihan Covid 19

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 318 hits
Mohd Nurkhuzaini bersama wakil YPU dan wakil usahawan yang hadir KUALA TERENGGANU 10 Jun Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan menyampaikan sebanyak RM1 5 juta kepada 144 usahawan bagi membantu perniagaan mereka yang terjejas...
Demi Kenyamanan Dan Keamanan Maskapai Penerbangan Scoot Terapkan Langkah Pencegahan Tambahan Lawan Covid 19

Demi Kenyamanan Dan Keamanan Maskapai Penerbangan Scoot Terapkan Langkah Pencegahan Tambahan Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 250 hits
Langkah ini diterapkan dengan berpijak pada regulator dan masukan pakar kesehatan agar penumpang percaya bisa terbang aman bersama Scoot
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization