Petua Hilangkan Lendir Ikan Keli Elak Meletup Masa Menggoreng


Ramai yang suka makan ikan keli goreng masak berlado tetapi kebanyakan tidak gemar proses mencuci dan menggorengnya.
Ikan keli menjadi antara pilihan ikan yang mudah diperolehi di mana-mana restoran atau gerai menjual nasi campur. Namun masih ramai yang memandang rendah pada ikan keli yang harganya lebih murah berbanding ikan-ikan lain.
Terdapat pelbagai petua bagi menghilangkan lendir pada ikan keli ketika proses membersihkannya supaya tidak meletup ketika menggoreng. Ini antara petua-petua yang dikongsi oleh followers facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Bersihkan ikan, rendam limau dan satu sudu air kapur barus. Cuci dan bilas lagi dengan limau dan tepung gandum sehingga bersih dan cuci sekali lagi dengan limau nipis tetapi jangan lama sangat. Bila ikan dah tak ada lendir baru boleh sapu dengan garam dan kunyit. Terus goreng dan tak akan meletup. Basuh bersih ikan keli kemudian ramas daun pisang bersama ikan sampai keluar air hitam. Nanti ikan tiada lagi lendir. Rendam dalam air campur cuka untuk hilangkan semua lendir. Kisar limau kasturi/limau nipis/daun limau purut. Tapis air kisar dan rendamkan ikan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih. Basuh dengan tepung beras pun boleh hilangkan lendirnya dan goreng pun tak meletup. Rendam ikan keli dalam campuran asam keeping dan garam kasar selama 10 minit. Cuci bersih dan letak sekeping asam keeping dalam kuali semasa menggoreng boleh elak meletup. Nutrisi Ikan Keli Sebenarnya banyak kandungan nutrisi yang ada pada ikan keli. Walaupun harganya murah tetapi terdapat banyak manfaat ikan keli yang ramai tidak tahu seperti dipetik dalam Hello Doktor ini.
Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Protein: 16.38 gram
Lemak: 2.8 gram
Kolesterol: 58 mg
Vitamin D: 12.50 mcg
Natrium: 43 mg
Kalium: 358 mg
Kalsium: 14 mg
Zat besi: 0.30 mg
Vitamin B3: 1093 mg
Vitamin B12: 2.23 mcg
Antara kebaikan ikan keli kepada kesihatan adalah seperti berikut :
Foto: Yatie Halim 1. Menjaga kesihatan jantung
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.
Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.
Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.
Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.
Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
2. Baik untuk kesihatan otak
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.
Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.
Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.
Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.
Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.
3. Mencegah penyakit anemia
Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.
Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.
Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.
4. Mengurangkan risiko kena strok
Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.
Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.
Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.
5.Menjadikan sistem imun lebih kuat
Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.
Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.
Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.
Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI 

 
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

The post Petua Hilangkan Lendir Ikan Keli Elak Meletup Masa Menggoreng appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/petua-hilangkan-lendir-ikan-keli-elak-meletup-masa-menggoreng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup

Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 265 hits
Kalau dapat goreng ikan rangup tidak meletup ataupun tidak melekat ni rasa bahagia sangat Dulu dulu saya pun sama tak berapa tahu cara nak goreng ikan supaya tidak meletup dan rangup Lagi satu masalah ialah kalau goreng je mesti kulit ikan ...
Rempah Ikan Bakar Terengganu Style Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar

Rempah Ikan Bakar Terengganu Style Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 174 hits
Masakan berkuah ada ketikanya cepat jemu Apa kata cuba buat menu ikan bakar berempah sebagai hidangan seisi keluarga Menu ni ringkas saja tapi penangannya boleh buat makan nasi bertambah tambah Bagi yang nak cuba buat resipi ikan bakar ini ...
Doktor Kongsi Petua Hilangkan Pijar

Doktor Kongsi Petua Hilangkan Pijar

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 144 hits
Doktor Kamarul Ariffin berkongsi lima petua bagi menghilangkan pijar di media sosial PETALING JAYA Seorang doktor berkongsi petua bagi mengelakkan tangan menjadi pijar selepas memegang cili Perkongsian Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan di me...
Lirik Terpisah Oleh Masa Cut Zuhra

Lirik Terpisah Oleh Masa Cut Zuhra

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 182 hits
kau semaikan cinta diantara kitaindah dulu ku rasatak akan terpisah aku dan dirinyakau ucap janji setiaharapan bersama tuk hidup dengannyatercurah dalam sebuah nadatapi kini kurasa perih menusuk jiwakau berikan sejuta lukaku paksa hati mele...
Macam Adegan Filem Kejar Mengejar Tolak Lembu Keluar Dari Lori Masa Polis Kejar Video

Macam Adegan Filem Kejar Mengejar Tolak Lembu Keluar Dari Lori Masa Polis Kejar Video

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 140 hits
Macam Adegan Filem Kejar Mengejar Tolak Lembu Keluar Dari Lori Masa Polis Kejar VIDEO MACAM dalam filem Itulah yang boleh digambarkan terhadap insiden kejar mengejar antara polis dan juga sekumpulan penyeludup lembu Pada mulanya adegan keja...
Masih Gigih Belajar Walau Dah Sukses Siti Nurhaliza Puji Dr Azizan Osman Tiada Had Umur Masa Menimba Ilmu

Masih Gigih Belajar Walau Dah Sukses Siti Nurhaliza Puji Dr Azizan Osman Tiada Had Umur Masa Menimba Ilmu

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 252 hits
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji dan menghargai kejayaan tunjang utama Richworks International Sdn Bhd Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat yang lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Ac...
Saya Tidak Gentar Berdebat Dengan Najib Bila Bila Masa Tanpa Syarat Na

Saya Tidak Gentar Berdebat Dengan Najib Bila Bila Masa Tanpa Syarat Na

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 174 hits
Dato Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian terkait acara debat beliau bersama Dato Seri Najib Razak Beliau tegaskan debat ini harus terbuka untuk tontonan umum Malah penglibatan media juga harus terbuka dan tidak terhad kepada hanya satu ...
Usia Kandungan Cecah 8 Bulan Honey Lee Dilihat Tetap Luang Masa Mendaki

Usia Kandungan Cecah 8 Bulan Honey Lee Dilihat Tetap Luang Masa Mendaki

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 198 hits
Meskipun sedang sarat mengandung ianya tidak menghalang Honey Lee untuk terus kekal aktif ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon wanita tersebut memuat naik fotonya mendaki di laman Instagram Tulisnya Selamat hari Easter semua Awak sedang menjal...
Anak Membesar Dengan 4 Gaya Parenting Ini Beri Kesan Pada Masa Depannya

Anak Membesar Dengan 4 Gaya Parenting Ini Beri Kesan Pada Masa Depannya

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 111 hits
Setiap ibu bapa ada pendekatan sendiri untuk didik anak anak Ada yang anggap tegas dan garang tu baru anak takut dan jadi orang Ada pula lebih berlembut dengan anak dengan harapan anak tahu ibu bapanya sayang Sebenarnya dalam bab mendidik a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa