Petua Buat Kuih Kole Kacang Sedap Cepat Masak Resipi Guna Cawan Je


Kuih tradisional seperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Nurul Jannah, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
RESEPI KOLE KACANG LEMAK MANIS SUKATAN CAWAN
BAHAN TAHI MINYAK:
3 cawan santan pekat
Secubit garam
BAHAN ADUNAN KUIH:
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
3 helai daun pandan
2 cawan tepung kacang hijau goreng – cap burung merpati
2 cawan santan pekat segar – jika guna santan kotak, guna 2 kotak kecil
1 sudu teh garam
5 cawan air panas (1 liter)
CARA MEMASAK:
1.Untuk tahi minyak, masukkan santan dan garam. Masak guna api sederhana perlahan hingga santan coklat keperangan.Sentiasa kacau untuk elak santan hangus.
2. Bila tahi minyak sudah keperangan, tapiskan. Tos hingga kering. Lebihan minyak jangan dibuang.
3. Untuk adunan kuih, masukkan gula merah, air, gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut sepenuhnya.
4. Bila air gula mendidih, padamkan api. Tak perlu masak lama nanti air gula jadi pekat.
5. Tapis air gula tadi untuk mengasingkan bendasing atau ketulan gula yang tidak larut.
6. Ambil daun pandan tadi dan masukkan kembali ke dalam air gula.
7. Sangai tepung kacang hijau dalam kuali guna api perlahan dalam 5 minit. Tujuannya supaya tepung wangi dan juga teksturnya lebih ringan.
8. Masukkan santan pekat. Gaul sedikit kemudian tambahkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan tepung supaya sebati dan tidak berketul.
9. Tujuan letak air panas ialah supaya tepung kacang hijau cepat masak dan tidak perlu tunggu lama untuk dikacau.
10. Bila adunan sudah tidak berketul, masukkan air gula melaka yang dimasak tadi. Pastikan air gula dimasukkan semasa masih panas-panas lagi. Gaul sebati hingga tepung masak, likat dan pekat sedikit.
11. Bila adunan pekat, keluarkan daun pandan. Sentiasa kacau adunan supaya tak berketul.
12. Kacau sentiasa dalam 30 minit guna api sederhana supaya tepung tidak hangus.
13. Untuk tahu tepung sudah masak atau tidak, guna belakang sudu yang telah dibasahkan dengan air. Tekap belakang sudu pada adunan. Jika tidak melekat itu menunjukkan tepung telah masak.
14. Tuangkan minyak dari tapisan tahi minyak yang dimasak awal tadi. Ia bertujuan untuk mengilatkan kuih. Kacau rata.
15. Semasa adunan masih panas, tuang adunan kuih ke dalam loyang yang telah dialas. Boleh guna loyang saiz 9×9 atau 10×10.
16. Guna belakang sudu dan oles permukaan kuih supaya licin.
17. Sewaktu kuih masih panas, taburkan tahi minyak dengan rata. Tekan sedikit guna belakang sudu supaya tahi minyak melekat pada kuih.
18. Tutup permukaan loyang guna plastik atau aluminium foil dan sejukkan dalam suhu bilik sahaja anggaran 3-4 jam.
19. Bila kuih telah sejuk dan kental, bolehlah dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Jannah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Petua Buat Kuih Kole Kacang Sedap & Cepat Masak. Resipi Guna Cawan Je appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/02/petua-buat-kuih-kole-kacang-sedap-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Sedap Tak Kukus Sukat Guna Cawan

Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Sedap Tak Kukus Sukat Guna Cawan

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 242 hits
Kuih Koci Pulut Hitam merupakan antara Melayu yang digemari ramai Kena yang sedap makan dua tiga biji pun tak cukup Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara cara buatnya Tak sukar pun lebih lebih lagi kalau dapat resipi mudah ...
Resipi Kuih Nagasari Jagung Sedap Guna Acuan Lompang

Resipi Kuih Nagasari Jagung Sedap Guna Acuan Lompang

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 249 hits
Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan Bagi peminat Nagasari Jagung ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari...
Buat Sendiri Roti Bun Coklat Sedap Lembut Guna Resipi Ni

Buat Sendiri Roti Bun Coklat Sedap Lembut Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 254 hits
Roti Bun Coklat Chocolate Raisin ni nampak sedap kan Menurut empunya resipi saudari Zuraita Mohd Anua jika mahukan rasa roti yang lebih sedap anda boleh guna inti coklat Jika tiada boleh je digantikan dengan cip coklat dan kismis Hasilnya s...
Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

Resipi Udang Berempah Sedap Masak Sendiri Barulah Puas Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 196 hits
Anda penggemar sajian udang Cuba resipi Udang Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan Hmmm Jom lah cuba puan puan Pasti anda sekeluarga berselera makan Sesuai disa...
Masak Sendiri Fish Chips Lengkap Dengan Resipi Sos Tartar Sedap

Masak Sendiri Fish Chips Lengkap Dengan Resipi Sos Tartar Sedap

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 272 hits
Wow Fish Chips perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sedap dan menyelerakan Jangan takt ahu semua ini dimasak from scratch termasuklah ubi kenatng Semuanya dihasilkan secara homemade menggunakan bahan bahan yang mudah untuk kita beli Hid...
Guna Banyak Bawang Goreng Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap

Guna Banyak Bawang Goreng Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 190 hits
Daging Masak Hitam Bawang Goreng resipi perkongsian saudari Jaja Noriza ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Menurut beliau resipi ini adalah warisan dari keluarganya dan merupakan menu signature wajib ada keluarga terutamanya di musim p...
Resipi Bebola Ayam Bercheese Guna Daging Burger Simplenya Tapi Sedap

Resipi Bebola Ayam Bercheese Guna Daging Burger Simplenya Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 237 hits
Tak perlu bebola yang sarat dengan bahan hanya dengan daging burger dan cheese sahaja bebola ayam bercheese ini disiapkan dengan mudah untuk anak anak Paling penting tiada penambahan garam dalam pembuatan bebola ini Nak cuba Jom ikuti langk...
Resipi Lasagna Sedap Tanpa Guna Sos Segera Mudah Je Cara Buatnya

Resipi Lasagna Sedap Tanpa Guna Sos Segera Mudah Je Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 174 hits
Sedapnya Lasagna Anda gemarkan hidangan ini Biasanya untuk menjimatkan masa ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos Tapi sebenarnya kalau buat sendiri juga rasanya lebih enak Hanya menggunakan sos tomato sos cili dan beberap...
Mudahnya Masak Rendang Guna Pes Chef Ku Ikut Je Resipi Dapoq Pdot Ni

Mudahnya Masak Rendang Guna Pes Chef Ku Ikut Je Resipi Dapoq Pdot Ni

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 333 hits
Buntu juga memikirkan menu yang nak dimasak untuk keluarga terutamanya buat ibu ibu yang bekerja Balik kerja dah penat Mestilah nak masak menu yang cepat dan mudah tapi sedap Jangan risau kami ada penyelesaiannya Hanya guna pes masakan dari...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever