Petronas Grand Prix Malaysia 2025 Senarai Jalan Ditutup
PETRONAS Grand Prix Malaysia bakal membuka tirai bermula 24 hingga 26 Oktober 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Layari www.sepangcircuit.com/ untuk pembelian tiket, jadual perlumbaan dan info terkini mengenai acara berprestij ini.
Acara ini akan menampilkan pelumba terhebat dunia seperti Bagnaia, Marquez, Quartararo dan beberapa nama hebat lain lagi.
Untuk makluman anda juga, sehubungan dengan acara ini, terdapat beberapa perubahan trafik dan lencongan dilakukan bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar tanpa memberi kesan pada laluan trafik pengguna.
Rujuk maklumat lanjut mengenai PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 dan juga senarai jalan ditutup/lencongan sempena acada ini di bawah.
BACA JUGA: Badminton Terbuka Perancis 2025 [LIVE] – Jadual Perlawanan, Keputusan Terkini
Pengenalan PETRONAS Grand Prix Malaysia
PETRONAS GRAND PRIX MALAYSIA 2025 ialah perlumbaan MotoGP paling berprestij di Malaysia yang bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.
Acara ini adalah pusingan ke-20 dalam kalendar MotoGP dunia dan sentiasa menjadi tumpuan utama peminat sukan permotoran.
Lebih-lebih lagi dengan gabungan pelumba antarabangsa ternama seperti Bagnaia, Marquez, Quartararo dan beberapa nama hebat lain lagi.
PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025
Litar Antarabangsa Sepang sememangnya terkenal dengan trek bertaraf dunia yang mencabar, kelajuan maksimum melebihi 300 km/j serta susun atur fasiliti moden yang memastikan pengalaman penonton sentiasa hebat.
Dari segi kepentingan, PETRONAS Grand Prix ini bukan sahaja mengangkat Malaysia sebagai hab motorsport serantau malah turut memacu pelancongan dan meningkatkan ekonomi tempatan setiap kali berlangsungnya perlumbaan kelas dunia ini.
Tarikh & Lokasi
Tarikh: 24 hingga 26 Oktober 2025
Tempat: PETRONAS Sepang International Circuit, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA,Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Litar Sepang terletak kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, berdekatan KLIA, dan terkenal sebagai venue perlumbaan MotoGP sejak 1999.
Dengan trek sepanjang 5.54km serta kemudahan serba lengkap bagi pengunjung tempatan dan antarabangsa. Pilihan lokasi ini memastikan pengalaman menonton yang optimum, meriah dan mudah diakses oleh semua peminat sukan permotoran.
Lencongan Jalan Sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia
Bagi memastikan kelancaran pengurusan trafik dan keselamatan pengunjung sepanjang berlangsungnya acara PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pihak polis serta penganjur telah mengaturkan laluan keluar dan masuk yang khusus untuk pengunjung awam, petugas, serta VIP.
Berikut adalah panduan laluan utama dan peraturan pengurusan trafik yang perlu diikuti oleh semua pengunjung dan petugas:
Laluan Masuk Orang Awam ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC):
Melalui Bulatan Masjid KLIA menuju kawasan parkir SIC.
Melalui lampu isyarat Kuarters KLIA dari arah Sepang, Enstek, Labu dan Nilai.
Melalui Bulatan Kargo KLIA ke Jalan Pekeliling menuju kawasan parkir SIC.
Laluan Keluar Orang Awam dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC):
Dari kawasan parkir menuju ke lampu isyarat SIC, kemudian membelok kanan ke Jalan Kuarters KLIA untuk ke arah Sepang dan Enstek.
Dari kawasan parkir menuju ke lampu isyarat Bukit Tinjau, kemudian membelok kiri ke Jalan Pekeliling menuju ke Bulatan Kargo.
Laluan Petugas PDRM dan VIP:
Masuk: Dari arah Bulatan Masjid KLIA ke kawasan Paddock secara contra flow.
Keluar: Dari kawasan Paddock ke Bulatan Masjid KLIA juga secara contra flow.
Pengurusan Trafik dan Keselamatan:
Sebanyak 177 orang pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis dari JSPT akan ditempatkan dan ditugaskan di lokasi strategik bagi membantu kawalan trafik dan memastikan keselamatan awam terpelihara.
Semua pengunjung diminta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, menggunakan laluan alternatif yang disediakan, dan merancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dan kesulitan.
Rujuk kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di bawah:

Kenyataan Media Laluan Trafik Sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025

Kenyataan Media Laluan Trafik Sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025

Kenyataan Media Laluan Trafik Sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025

Kenyataan Media Laluan Trafik Sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025
Jadual Perlumbaan PETRONAS Grand Prix Malaysia
Jadual perlumbaan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 berlangsung sepanjang tiga hari penuh aksi di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Berikut adalah ringkasan jadual utama perlumbaan:
23 OKTOBER 2025

23/10/2025
Khamis, 23 Oktober: Acara media & press conference bermula jam 17.00 dengan sesi temubual pelumba elit MotoGP bagi menghangatkan suasana perlumbaan selepas sesi GearUp.

24/10/2025
Jumaat, 24 Oktober: Sesi latihan bebas bermula dari jam 10:00 pagi untuk Moto3, Moto2 dan MotoGP dengan sesi latihan kedua sepanjang hari.

25/10/25
Sabtu, 25 Oktober: Sesi latihan bermula sekitar 9:40 pagi, kelayakan MotoGP pada jam 11:50, diikuti perlumbaan Sprint pada jam 16:00 petang.

26/10/2025
Ahad, 26 Oktober: Hari perlumbaan utama! Perlumbaan Moto3 bermula jam 13:00 tengah hari, Moto2 pada jam 14:15, dan kemuncak MotoGP pada jam 16:00. Sesi analisis pasca-aksi dan press conference pada jam 17:10.
Sila rujuk jadual rasmi MotoGP Malaysia 2025 untuk maklumat masa penuh dan perubahan terkini agar tidak terlepas sebarang aksi sepanjang hujung minggu perlumbaan di pautan berikut: https://www.motogp.com
Harga Tiket Masuk
Harga tiket masuk PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 menawarkan pelbagai kategori mengikut keperluan pengunjung. Antara pilihan tiket yang popular adalah:
Premier Seat dengan harga RM640.00, menawarkan tempat duduk bertempah dengan pemandangan utama trek dan pengalaman eksklusif sepanjang hujung minggu perlumbaan (Jumaat hingga Ahad).
Premier Roving tiket yang dibuka dengan harga sekitar RM510, sesuai untuk pengunjung yang gemar meronda di sekitar litar dan menonton aksi dari pelbagai sudut.
Tiket kategori lain termasuk Grandstand biasa dan General Admission, dengan harga lebih rendah untuk pilihan akses bebas duduk tanpa tempat khusus.
Rujuk kategori dan harga tiket masuk PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 di bawah:

Harga Tiket Masuk
Selain itu terdapat juga pakej hospitaliti yang menyasarkan golongan yang mahukan pengalaman premium dan eksklusif sepanjang PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 berlangsung.
Pakej-pakej ini menawarkan pelbagai tahap akses dan kemudahan disediakan berdasarkan harga tiket yang berbeza-beza.
Harga pakej yang ditawarkan dalam Euro adalah kerana pakej tersebut biasanya ditawarkan kepada pengunjung antarabangsa yang mahukan pengalaman VIP semasa acara MotoGP di Malaysia.

Senarai Hospitaliti & Harga
Cara Beli Tiket PETRONAS Grand Prix Malaysia
Bagi peminat yang ingin menyaksikan acara perlumbaan ini, anda boleh beli tiket secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi Sepang International Circuit.
Selepas pembelian tiket, e-tiket akan dihantar melalui emel untuk dicetak sendiri di rumah atau digunakan secara digital.
Pastikan anda buat pembelian awal-awal tau untuk mendapatkan harga terbaik dan pilihan tempat duduk yang diingini sebelum tiket habis dijual, terutamanya kategori tiket premier.
Pembelian tiket secara dalam talian menggunakan pembayaran melalui kad kredit/debit Visa dan Mastercard (tidak menerima American Express dan Diners Club), serta pilihan pemindahan bank.
Ingat, pastikan anda membeli tiket di laman web yang sah dan jangan beli daripada platform yang tidak rasmi untuk elakkan anda ditipu.
Antara platform lain untuk pembelian tiket masuk ialah:
SETEL
ticket.com
Siaran Langsung (LIVE) PETRONAS Grand Prix Malaysia
Siaran Langsung (LIVE) PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 boleh ditonton melalui beberapa saluran rasmi dan platform digital sepanjang acara berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025.
Bagi peminat di Malaysia, anda boleh mengikuti acara perlumbaan ini secara langsung di:
Astro SuperSport & Astro Arena 2
YouTube Rasmi PETRONAS Motorsports & Sepang International Circuit
MotoGP.com Live Streaming: Siaran langsung dan video bermusim (pelanggan premium) untuk semua sesi perlumbaan di Malaysia.
Vidio.com Siaran Langsung MotoGP: Streaming rasmi yang boleh diakses oleh peminat dari pelbagai negara termasuk Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025, sila rujuk:
laman web rasmi Sepang International Circuit
Email:
[email protected]
Whatsapp: +6012-755 5732

Soalan Lazim PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025
Bilakah tarikh rasmi PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025? Acara ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.
Di manakah lokasi perlumbaan? Seluruh perlumbaan berlangsung di Sepang International Circuit (SIC), sekitar 50km dari Kuala Lumpur dan berhampiran KLIA.
Bagaimana cara mendapatkan tiket? Tiket boleh didapati secara dalam talian melalui laman rasmi Sepang Circuit. Terdapat pelbagai kategori seperti Premier, Grandstand, dan General Admission dengan harga dan kelebihan berbeza.
Apakah kelebihan tiket Premier/VIP Hospitality? Tiket Premier dan VIP memberi akses ke lokasi istimewa dengan kemudahan lengkap, makanan & minuman, serta pengalaman eksklusif seperti lawatan paddock dan cenderahati MotoGP.
Siapakah pelumba utama tahun ini? Pelumba dunia seperti Francesco Bagnaia, Marc Marquez, Fabio Quartararo akan bertanding di MotoGP. Maklumat pelumba jemputan tempatan boleh disemak di laman rasmi MotoGP.
Bagaimana laluan masuk dan keluar ke SIC? Gunakan laluan utama seperti Bulatan Masjid KLIA, lampu isyarat Kuarters KLIA, dan Bulatan Kargo KLIA untuk memudahkan perjalanan masuk serta keluar.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/petronas-grand-prix-malaysia-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=petronas-grand-prix-malaysia-2025