Petisyen Umno Mohon Agong Ampun Najib Tidak Dapat Sambutan


satuberita.my
By SatuBerita
-August 29, 2022
PETISYEN ‘Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak’ yang digerakkan UMNO sejak tiga hari lalu masih tidak mendapat sambutan daripada tiga juta ahli parti itu, walaupun perintah dikeluarkan kepada mereka untuk menandatanganinya

Sehingga jam 9.30 pagi ini, hanya 12,244 penyokong yang dipercayai anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) menandatangani petisyen yang dimulakan BN Selangor, menurut laporan Agenda Daily pada Isnin.

Sabtu lalu, ketika majlis Taklimat Khas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli parti itu supaya menyokong petisyen pengampunan terhadap Najib, walaupun bekas Perdana Menteri itu baharu sahaja menjalani hukuman penjara bermula 23 Ogos lalu.

“Kita mesti bersedia memberi sokongan kepada kempen petisyen pengampunan kepada Najib,” kata Zahid.

Antara lain petisyen itu mendakwa Najib secara terpilih telah didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan yang jelas kecacatan dan selektif sejak kes ini mula dibawa pada 2018.

“Kecacatan yang jelas kelihatan tangan-tangan ghaib mengawal bermula daripada Hakim Mahkamah Tinggi yang secara merit sepatutnya menarik diri daripada menghakimi kes ini namun beliau bertindak balas dengan menghukum salah Najib,” dakwa petisyen itu.

Petisyen itu turut dilihat menyerang institusi kehakiman negara apabila mendakwa penghakiman yang dilakukan adalah berat sebelah.

Namun di sebalik petisyen digerakkan BN dan UMNO itu, satu lagi petisyen memohon Agong tidak mengampunkan Najib turut dilancarkan lebih awal pada 24 Ogos, sehari selepas Najib dihantar ke Penjara Kajang.

Sehingga jam 9.30 pagi ini, 111,482 orang telah menandatangani petisyen berkenaan yang digerakkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan dan Adil – badan pemantau pilihan raya.

Petisyen itu memohon Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan kuasa untuk memberi pengampunan kepada Najib kerana jenayah terhadap kepentingan rakyat Malaysia sekalian.

“Sebagai rakyat, patik-patik sekalian berasa sengsara dengan kesan korupsi oleh mereka yang diberi mandat membangun negara ini tetapi sebaliknya memenuhkan tembolok sendiri dengan kekayaan negara.

“Walaupun mungkin Najib tidak malu dengan perbuatannya, patik-patik sekalian rakyat terpaksa hidup menahan malu kerana negara terpalit sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia.

“Ampun Tuanku, bimbinglah patik-patik sekalian agar dapat mengangkat semula kepala dan bangga sebagai rakyat Malaysia yang melawan rasuah dan salah guna kuasa,” demikian antara petikan dalam petisyen berkenaan.

Pada 23 Ogos lalu, Malaysia mencipta sejarah apabila Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah.

Najib gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International, yang menyaksikan Mahkamah Persekutuan memerintahkan dia menjalani hukuman 12 tahun berkuat kuasa serta-merta. Dia juga didenda RM210 juta.

Dia didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Sebelum ini, pemimpin tertinggi yang menjalani hukuman penjara ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas menteri Kabinet (Datuk Mokhtar Hashim), dan bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Seri Harun Idris, dan Khir Toyo, serta bekas Presiden MCS Tan Koon Swan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/petisyen-umno-mohon-agong-ampun-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersih Buat Petisyen Mohon Agong Jangan Ampun Najib

Bersih Buat Petisyen Mohon Agong Jangan Ampun Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 24 2022 3 35 PMGabungan proreformasi sistem pilihan raya Bersih memulakan petisyen atas talian yang memohon supaya Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak mengampunk...
Lebih 79 000 Tandatangan Petisyen Supaya Najib Tidak Diampunkan Agong

Lebih 79 000 Tandatangan Petisyen Supaya Najib Tidak Diampunkan Agong

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 244 hits
satuberita myBy August 25 2022SETAKAT 11 pagi hari ini lebih 79 000 tandatangan tidak memperkenan pengampunan diraja terhadap Dato Sri Najib Razak berhubung pemenjaraan kes penyelewengan dana SRC International Petisyen itu dilancarkan dalam...
Tandatangani Petisyen Kepada Kdymm Yang Di Pertuan Agong Jika Anda Setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan

Tandatangani Petisyen Kepada Kdymm Yang Di Pertuan Agong Jika Anda Setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 246 hits
Tandatangani petisyen kepada KDYMM Yang di Pertuan Agong jika anda setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan Sign this petition to the YDP Agong if you agree that Najib should not be pardoned https www change org p petisyen kepada kdymm yang di p...
Poor Turnout At Urgent Meeting Of Umno Chiefs Najib S Imprisonment To Ease Pressure On Ismail

Poor Turnout At Urgent Meeting Of Umno Chiefs Najib S Imprisonment To Ease Pressure On Ismail

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 270 hits
A gathering of Umno divisional chiefs on Monday confirmed fears within the court cluster group about the extent of their support within the party Umno sources familiar with the hastily arranged meeting held just a day before Najib Razak was...
Umno Siding With Najib Analyst Says After Azalina S Ag Comments

Umno Siding With Najib Analyst Says After Azalina S Ag Comments

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 194 hits
However taking a pro Najib position will mean saying good bye to the fence sitters who might have considered supporting a reformist Umno A political analyst sees the recent remarks by Umno s Azalina Othman Said on the replacement of the att...
Najib S Arab Donation Claim Unbelievable Dpp

Najib S Arab Donation Claim Unbelievable Dpp

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 612 hits
In the continuation of the Federal Court s hearing of Najib Abdul Razak s main appeal in the RM42 million SRC International corruption case the prosecution is expected to present further oral arguments against the former prime minister With...
Umno Harus Lupakan Najib Lebih Baik Kukuhkan Solidariti Dengan Poster Boy Bn

Umno Harus Lupakan Najib Lebih Baik Kukuhkan Solidariti Dengan Poster Boy Bn

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 177 hits
Semalam sebaik Mahkamah Persekutuan memberikan tamparan berganda terhadap Najib Razak dengan menolak dua permohonannya dalam proses rayuan akhir kes rasuah SRC International Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi lantas mahu seluruh anggota parti...
Isu Najib Bakal Memakan Diri Umno Sepatutnya Menentang Rasuah Bukan Membela Pesalah Rasuah

Isu Najib Bakal Memakan Diri Umno Sepatutnya Menentang Rasuah Bukan Membela Pesalah Rasuah

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 224 hits
UMNO kalah pada PRU14 adalah disebabkan isu rasuah melibatkan Najib Razak dalam skandal 1MDB yang terkait secara langsung denganya Ketika itu Najib menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk melindungi dirinya dan menjadikan dirinya ti...
Umno Family Still Has Your Back Zahid Assures Najib

Umno Family Still Has Your Back Zahid Assures Najib

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 223 hits
Umno will continue to back its former president Datuk Seri Najib Razak throughout the trials for other cases he is facing to ensure he receives justice and is not victimised by political pressure Party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm