Umno Harus Lupakan Najib Lebih Baik Kukuhkan Solidariti Dengan Poster Boy Bn




 Semalam, sebaik Mahkamah Persekutuan memberikan tamparan berganda terhadap Najib Razak dengan menolak dua permohonannya dalam proses rayuan akhir kes rasuah SRC International, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi lantas mahu seluruh anggota parti agar bersolidariti dengan bekas Perdana Menteri itu.
Beliau yang sedang berdepan 87 kes mahkamah dan kini turut dikaitkan dengan skandal kapal perang LCS berkata, akar umbi UMNO dan BN harus terus bersama Najib tidak kira susah atau senang.
“Kita bukan kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.
Mahkamah tertinggi dalam negara semalam menolak permohonan Najib untuk mengemukakan “bukti baru” serta tidak membenarkan pendengaran kes rayuan utama ditangguhkan lagi sehingga tiga ke empat bulan.
Hari ini permohonan peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri juga ditolak oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan.
Dengan itu, proses rayuan tetap diteruskan seperti dijadualkan, cuma Hisham memaklumkan beliau akan memberi penghujahannya secara bertulis.
Lantaran itu, oleh kerana hujahan peguambela Najib selepas ini dipercayai banyak bergantung kepada hujah di Mahkamah Rayuan sebelum ini, siapa pun tentunya dapat menjangka laluan di depan adalah sukar buat bekas Presiden UMNO itu.
Kata orang, selain hanya menghitung hari, pilihan lain juga hampir tiada lagi.
Makanya, jika semalam lagi ada yang mempertikaikan ajakan solidariti oleh Zahid Hamidi itu, perkembangan mutakhir ini jelas menjadikan seruan bersolidariti itu tidak relevan sama sekali.
UMNO tidak perlu bersolidariti lagi dengan Najib kerana PRU15 sudah terlalu dekat dan bersolidariti memenangi pilihan raya jauh lebih mustahak lagi.
Sebab itu, UMNO sejak dulu lagi memutuskan mana-mana pemimpinnya yang ada kes mahkamah hendaklah melepaskan jawatan agar parti tidak terpalit dengan kes yang mereka hadapi.
Apabila melepaskan jawatan, UMNO boleh menjarakkan diri daripada kekotoran yang pemimpinnya hadapi.
Malangnya, apa yang diputuskan UMNO itu tidak lagi menjadi amalan sekarang ini.
Selain Zahid Hamidi masih kekal mengetuai UMNO di sebalik banyak hari-hari dilaluinya dipenuhi dengan turun naik mahkamah, Najib pula masih kekal sebagai Ketua UMNO Pekan, biar pun melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO selepas BN tumbang pada 2018.
Begitu pun, bersama kes-kes mahkamah yang dihadapinya itu, Najib dilantik pula sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.
Akhirnya, apabila kes mahkamah dihadapinya sampai ke peringkat seperti sekarang, bukankah parti juga yang berdepan masalah?
Sepatutnya, dengan tarikh PRU15 semakin hampir dan kemenangan begitu mustahak untuk digapai, semua pihak harus membiarkan saja kes beliau itu dimuktamadkan oleh mahkamah.
Mencari kemenangan untuk parti jauh lebih mustahak daripada terus mempertahankan individu.
Lupakan saja Najib, lebih baik utamakan masa depan parti.
Kalau mahu juga bersolidariti di peringkat ini, tunjukkanlah solidariti sekukuhnya kepada “poster boy” BN Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Perdana Menteri pilihan UMNO sendiri.
Bersolidariti menguatkan kedudukan Perdana Menteri setidak-tidaknya mampu menyumbang kepada kemenangan dalam PRU15 yang hampir tiba, tetapi solidariti kepada Najib yang bakal ke penjara, apa tujuannya dan apa destinasi akhir yang ingin dikejar? – ShahbudinHusin 18/08/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/umno-harus-lupakan-najib-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 188 hits
PEKAN Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu UMNO dan BN memenangi Pekan dan keempat empat kerusi DUN dalam parlimen itu dengan majoriti undi yang jauh lebih besar pada pilihan raya umum akan datang Kedudukan kita hari ini kuat d...
We Don T Need Poster Boy For Ge15 Insists Umno Leader

We Don T Need Poster Boy For Ge15 Insists Umno Leader

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 210 hits
In April the Umno Supreme Council agreed to name Prime Minister Ismail Sabri Yaakob as its poster boy for GE15 An Umno Supreme Council member says the party no longer needs a poster boy for the 15th general election stating that it is no lo...
Puad Umno Doesn T Need A Self Engrossed Yet Weak Poster Boy

Puad Umno Doesn T Need A Self Engrossed Yet Weak Poster Boy

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 120 hits
Less than 24 hours after former prime minister Najib Abdul Razak was sent to prison for his criminal convictions an Umno supreme council member suggested that they withdraw their poster boy for the 15th general election Puad Zarkashi who is...
Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik

Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 346 hits
Apabila kita redho dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita Allah akan ganti dgn yg lebih baik He will give you something better than what was taken from you Quran 08 70 Ayat2 tu ai baru quote semalam pada anak bujang ai sepulang membeli ...
Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 196 hits
BORHAN AHMADOrang awam di Malaysia kini keliru mengapa Umno kini benci terhadap laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengenai skandal kapal tempur pesisir yang melibatkan RM9 billion Adakah mereka bimbang jerung yang dimaksudkan oleh ...
Muktamar No Motion Yet On Pas Cooperation With Umno

Muktamar No Motion Yet On Pas Cooperation With Umno

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 277 hits
PAS has yet to receive a motion to be discussed and debated at its upcoming general assembly on whether it should continue its political cooperation with Umno through Muafakat Nasional Instead its secretary general Takiyuddin Hassan said so...
Najib Lebih Bermaruah Daripada Pemimpin Kanan Ph Pas

Najib Lebih Bermaruah Daripada Pemimpin Kanan Ph Pas

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Pas menyifatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih bermaruah daripada pemimpin kanan Pakatan Harapan yang digugurkan kes ketika PH mentadbir kerajaan Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata walaupun jaw...
Bersederhana Itu Lebih Baik

Bersederhana Itu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 243 hits
Bersederhana itu yg terbaik Mencari kekayaan minta secukupnya yang mampu di tanggung Mencari kejayaan jgn sampai Tuhan dilupakan Kita ni manusia yg berharap hanya pada Allah bukan meletakkan rezeki pada manusia Bila tengok orang berjaya Lih...
Najib S Arab Donation Claim Unbelievable Dpp

Najib S Arab Donation Claim Unbelievable Dpp

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 580 hits
In the continuation of the Federal Court s hearing of Najib Abdul Razak s main appeal in the RM42 million SRC International corruption case the prosecution is expected to present further oral arguments against the former prime minister With...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa