Isu Najib Bakal Memakan Diri Umno Sepatutnya Menentang Rasuah Bukan Membela Pesalah Rasuah


 
UMNO kalah pada PRU14 adalah disebabkan isu rasuah melibatkan Najib Razak dalam skandal 1MDB yang terkait secara langsung denganya.
Ketika itu, Najib menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk melindungi dirinya dan menjadikan dirinya tidak tersentuh langsung oleh undang-undang.
Ada yang dipecat, dibuang kerja, dipetisejukkan, dipenjarakan dan berpuluh tindakan lain yang tujuannya semata-mata memastikan dirinya kekal berkuasa.
Tetapi, kuasa rakyat pada 9 Mei 2018 akhirnya menolak UMNO dan BN daripada kekuasaan yang dipegang sejak merdeka dan Najib tercatat dalam sejarah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang menjadi punca kehilangan kuasa itu.
Hari ini, susulan kekalahan UMNO dan BN itu, Najib sudah pun berada di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa dana SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.
Bagi mereka yang berjuang menentang Najib sejak awal lagi, hari ini mungkin terzahir suatu kepuasan, dan kegembiraan, meski tak semua mengucapkannya secara terbuka.
Sesetengahnya barangkali lebih selesa memilih untuk bersyukur dalam diam saja kerana rata-rata sedar bahawa sukar membayangkan apa akan jadi kepada negara ini dan kerakusan Jho Low seterusnya jika Najib masih berkuasa lagi.
Begitu pun, kedudukan Najib yang kini dipenjarakan itu seolah-olah tidak mendatangkan keinsafan kepada UMNO dalam usaha mencari kemenangan yang hilang dalam PRU15 akan datang.
Dalam majlis taklimat khas Sabtu lalu yang diadakan untuk membela dan menyatakan solidariiti terhadap Najib yang kini dipenjarakan, dengan jelas ternampak UMNO akan menggunakan isu tentang bekas Perdana Menteri itu sebagai modal untuk menebus kemenangan yang telah hilang.
Berdasarkan ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis tersebut, antara isu yang dibangkitkan ialah dakwaan ketidakadilan serta keinginan menarik simpati rakyat terhadap apa yang berlaku kepada Najib.
Selain itu, isu pengampunan juga dijangka akan digunakan sebagai senjata di mana kemenangan UMNO akan digunakan untuk membebaskan Najib.
Dalam hal berkaitan, Zahid Hamidi turut memaklumkan akan membukukan tulisan-tulisan Najib di laman sosial FBnya untuk disebarkan kepada rakyat meneliti dan membacanya.
Zahid Hamidi malah menangis di atas pentas yang difahami tujuannya selain agar rakyat turut bersimpati kepada Najib, juga dengan harapan yang tinggi agar UMNO diberi kemenangan cemerlang dalam PRU15 mendatang.
Harus difahami bahawa penolakan rakyat kepada UMNO dan BN dalam PRU14 adalah rangkuman menolak rasuah, salah guna kuasa dan kemewahan yang bersumberkan daripada kemungkaran 1MDB.
Dengan demikian, oleh kerana Najib sudah dihukum penjara dan ada empat lagi kes berkaitan 1MDB sedang dihadapinya di mahkamah, terus menggunakan isu berkaitan beliau untuk memenangi PRU15 seolah-olah bermakna UMNO ingin mempertahankan dan membela rasuah dan perasuah.
Di ketika rakyat sudah menolak rasuah dan menjatuhkan pemimpin serta kerajaan yang terkait rasuah, UMNO sepatutnya lebih ke depan lagi ketika ini dalam menolak perbuatan terkutuk itu.
UMNO seharusnya menjauhi Najib dan bersama-sama dengan rakyat menolak rasuah, bukan membela dan mempertahankan pesalah rasuah.
Lebih buruk lagi, dalam mempertahankan Najib dan menarik simpati rakyat terhadap beliau yang sudah dijatuhi hukuman itu, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sendiri ketika ini sedang berdepan 87 kes mahkamah berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
Ini membuatkan rakyat tidak sukar memahami bahawa perjuangan untuk membawa UMNO memenangi PRU15 dengan menggunakan isu Najib bukan saja untuk membebaskan bekas Perdana Menteri itu, bahkan juga untuk kepentingan Zahid Hamidi dan mereka yang lain yang ada kes mahkamah sama..
Untuk negara ini terus maju dan sejahtera, musuh utamanya ialah rasuah dan salah kuasa yang berleluasa.
Rakyat benci rasuah dan telah membuktikan mereka berani menolak serta menjatuhkan pemimpin serta kerajaan yang rasuah.
Malangnya, UMNO yang ingin menang PRU15 akan datang, selain dipimpin oleh pemimpin yang sedang dibicarakan di mahkamah atas kes rasuah, malah cuba menarik rakyat untuk bersimpati terhadap pemimpin yang telah dijatuhkan dan sedang dihukum penjara atas kesalahan rasuah.
Tak ke gila namanya?
Percayalah, isu Najib ini akan memakan diri UMNO kerana tidak mungkin rakyat mudah hilang kewarasan mahu menyokong pemimpin yang ada kes rasuah serta membawa parti yang diterajuinya membela pesalah yang sudah dijatuhi hukuman kerana kesalahan rasuah. – ShahbudinHusin 29/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/isu-najib-bakal-memakan-diri-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Data Pesalah Rasuah Najib Dikemaskini

Data Pesalah Rasuah Najib Dikemaskini

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 300 hits
Data pesalah rasuah Najib dikemaskiniOleh KOSMO 4 September 2022 Share on twitter on whatsapp Shar Share on telegramPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengemaskini pangkalan data pesalah rasuah di dalam laman webnya ...
Secara Mentalnya Sudahkah Najib Bersedia Membela Diri

Secara Mentalnya Sudahkah Najib Bersedia Membela Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 175 hits
Keberangkalian itu sangat ditunggu Oleh netizen Najib dan penyokong pula Bagaimana Jangan Pula akan ADA dangoi yang terjerit KONSPIRASI dan pendakwaan terpilih Jangan Pula ADA lobak yang demonstration di sogo Lebih penting jangan ADA drama ...
Najib Ruling Will Strengthen Umno

Najib Ruling Will Strengthen Umno

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 135 hits
Painting Najib as the victim would serve as a catalyst for party grassroots to close ranks and forge stronger unity For many of them Najib can do no wrong The morale of Umno members especially among Datuk Seri Najib Razak s staunch supporte...
A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 156 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is pictured leaving the 2023 Budget Consultation at Ministry of Finance in Putrajaya August 23 2022 Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Aug 24 Barely 24 hours after disgraced former prime min...
Najib Is In Jail What Does This Mean For Umno Opposition Coalition

Najib Is In Jail What Does This Mean For Umno Opposition Coalition

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 174 hits
Umno has yet to appear with a clear commitment against corruption which could negatively affect its image Malaysia s former prime minister Datuk Seri Najib Razak has started serving his 12 year prison sentence after a Federal Court on Tuesd...
Ingat Umno Ingat Najib Kalau Belum Cukup Ingat Umno Ingat Rosmah

Ingat Umno Ingat Najib Kalau Belum Cukup Ingat Umno Ingat Rosmah

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 250 hits
Boleh tambah perisa lagi INGAT UMNO INGAT ZAHIDNak ke lagi pilih UMNO jadi kerajaanAYOH MALAYSIA PILIH RAFIZIKhemah BesarPM No Tun No Anwar No Muhyiddin No Hadi
Amukan Kem Najib Dalam Umno

Amukan Kem Najib Dalam Umno

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 152 hits
Mesyuarat Biro Politik Umno Rabu lalu tegang dan tekanan diberikan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengadakan pilihan raya umum atau dipecat daripada parti Menurut sumber parti dan kerajaan ada pemimpin Umno yang ...
Umno Menyekat Ismail Sabri Dari Menolong Najib

Umno Menyekat Ismail Sabri Dari Menolong Najib

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 208 hits
Umno menyekat Ismail Sabri dari menolong Najib Disebabkan budak budak Umno buat kecoh dan menekan Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan di dalam perbicaraan SRC International maka ini membuat keadaan sukar untuk PM membantu Najib
Najib Selamat Tiba Di Penjara Kajang Lama Berdiam Diri Ini Kata Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

Najib Selamat Tiba Di Penjara Kajang Lama Berdiam Diri Ini Kata Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 400 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Penjara Kajang pada 6 05 petang tadi bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo