Peter Anthony Yakin Sabah Mampu Buat Kejutan Saingan Piala Malaysia 2019


Peter Anthony yakin Sabah mampu buat kejutan saingan Piala Malaysia 2019

PETER ANTHONY
Skuad Tambadau Sabah akur mereka bukan pasukan pilihan tetapi yakin mereka mampu buat kejutan dalam saingan Piala Malaysia.

"Sabah diundi memulakan cabaran dalam Kumpulan C yang dikategorikan sebagai kumpulan maut kerana ia dianggotai juara bertahan Perak dan juara Piala FA musim lalu Pahang selain salah satu pesaing utama Liga Premier musim ini, Pulau Pinang.
"Kita hormati semua lawan. Perak...Pahang adalah pasukan elit dan merupakan pasukan Liga Super yang sudah pasti ada kelebihan.... tetapi kita akan cuba yang terbaik," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony ketika ditemui di sini pada Rabu.
Beliau berkata, slogan musim ini `Biar Tunduk Tapi Menanduk' yang telah menjelmakan gelaran juara Liga Premier adalah falsafah yang akan terus dipegang bagi mengharungi saingan Piala Malaysia.

Baca:
Labuan juara bolasepak Paralimpik
Sabah dalam Kumpulan C yang sukar

Mengenai harapan lebih besar penyokong dalam kempen Piala Malaysia yang terbit dari status selaku juara Liga Premier musim ini, Peter berkata, ia adalah beban tekanan tetapi beliau menerimanya sebagai cabaran baru.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, beliau sedar bahawa penyokong pasti inginkan Tambadau menjelmakan sesuatu dalam Piala Malaysia terutama Sabah belum pernah menang Piala Malaysia.

"Saya sedia menyahut cabaran itu kerana saya percaya dalam bola sepak apapun boleh berlaku. Kita sendiri telah melakukannya dalam saingan Liga Premier. Kita bukan pasukan pilihan untuk naik ke Liga Super dan bermain di Piala Malaysia tetapi akhirnya kita membuktikan bahawa dengan usaha dan kesepakatan semua, kita berjaya melakarkan keajaiban muncul sebagai juara Liga Premier.
"Kita akan cuba yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia ini dengan sasaran awal sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir," katanya.Peter berkata, usaha sudah dan akan dilakukan bagi memantapkan lagi persiapan pasukan termasuk mengadakan perlawanan persabatan dengan pasukan Liga Malaysia di Semenanjung sebelum sepak mula Piala Malaysia.

Berdasarkan carta awal, Sabah dijadualkan akan memulakan cabaran menentang Pulau Pinang di Stadium Likas pada 3 Ogos.

"Saya sebenarnya telah meminta pengurusan mengatur perlawanan persahabatan di Korea tetapi malangnya negera itu sibuk dengan liga mereka. Begitu juga di Indoensia dan Filipina.
"Oleh itu saya memutuskan Tambadau akan mendapatkan perlawanan pemanas badan dengan pasukan Liga Malaysia di semenanjung sahaja," katanya.
Menurutnya, perlawanan pemanas badan itu sebagai pelengkap persiapan sahaja kerana pasukan memang pun sudah bersedia sepenuhnya.

"Pemain sudah serasi kerana kita baru menamatkan saingan Liga Premier. Semua pemain juga berada dalam keadaan baik.
"Piala Malaysia ini adalah satu lagi peluang untuk membuktikan diri dan kita tidak akan sia-siakannya seperti mana dalam saingan Liga Premier.
"Kita akan pastikan pasukan dapat menunjukkan bahawa Sabah boleh menjadi salah satu pasukan digeruni dalam Liga Malaysia," kata Peter.


--- UTUSANBORNEO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabahanviral.blogspot.com/2019/07/peter-anthony-yakin-sabah-mampu-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2019 Malaysia Raih Tempat Ketiga

Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2019 Malaysia Raih Tempat Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 579 hits
Skuad hoki negara meraih tempat ketiga dalam kejohanan hoki Piala Asia dalam dewan selepas menumpaskan pasukan Uzbekistan di Chonburi Thailand Pasukan negara sebelum itu terlepas tiket ke Piala Dunia 2021 selepas tewas kepada Kazakhstan di ...
Terkini Keputusan Undian Piala Malaysia 2019

Terkini Keputusan Undian Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1104 hits
Undian bagi menempatkan 16 pasukan terbaik yang terdiri daripada 11 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Premier untuk menghadapi saingan kejohanan bola sepak Piala Malaysia musim 2019 telah diadakan pada jam 1200 tengahari tadi Kesemua 16...
Final Piala Fa Malaysia 2019 Kedah Vs Perak

Final Piala Fa Malaysia 2019 Kedah Vs Perak

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 730 hits
sebelum perlawanan bermula Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Jdt Berada Dalam Kumpulan B Piala Malaysia 2019

Jdt Berada Dalam Kumpulan B Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 523 hits
JDT berada dalam Kumpulan B Piala Malaysia 2019 Ya majlis undian bagi menentukan kumpulan bagi 16 pasukan yang bertanding di dalam Piala Malaysia 2019 telah pun selesai diadakan baru baru ini Kesemua 16 wakil pasukan bertanding telah hadir ...
Malaysia Dipilih Presiden Seameo Council 2019 2021

Malaysia Dipilih Presiden Seameo Council 2019 2021

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 292 hits
Satu lagi pencapaian terbaru buat Malaysia dan khususnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia apabila telah dipilih sebagai Presiden SEAMEO iaitu Southeast Asian Miniters of Education Organization Council bagi tempoh 2019 hingga 2021 da...
Malaysia Sasar 3 Pingat Emas Untuk Esports Di Sukan Sea 2019 Filipina

Malaysia Sasar 3 Pingat Emas Untuk Esports Di Sukan Sea 2019 Filipina

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 451 hits
Buat pertama kalinya dalam sejarah temasya sukan terbesar Asia Tenggara Sukan SEA akan mempertandingkan esports sebagai acara yang akan meraih pingat Kontinjen pasukan Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia mensasarkan tiga pingat emas ...
Algeria Juara Piala Negara Negara Afrika 2019

Algeria Juara Piala Negara Negara Afrika 2019

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 483 hits
PEMAIN Algeria selepas menewaskan pasukan Sengega dan berjaya menjulang Piala Negara Negara Afrika Foto EPA Algeria juara Piala Negara Afrika JARINGAN awal Baghdad Bounedjah membolehkan Algeria menjulang trofi Piala Negara Afrika kali perta...
Artis Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang 2019

Artis Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 1266 hits
Artis dan Selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2019 Saban tahun bukan kita kita ini saja yang berlumba lumba mahu membina masjid para selebriti pun tidak melepaskan peluang membina mahligai impian Sememangnya menj...
Ini Kisahnya Bagaimana Impian Pulau Pinang Ke Liga Super Dan Piala Malaysia Berderai

Ini Kisahnya Bagaimana Impian Pulau Pinang Ke Liga Super Dan Piala Malaysia Berderai

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 348 hits
Saingan Liga Premier 2019 melabuhkan tirainya malam tadi dengan kesemua 11 pasukan masing masing telah pun menamatkan 20 perlawanan mereka musim ini Jika mengikut kiraan mata Pulau Pinang berjaya menamatkan kedudukan di tangga ketiga berkon...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet