Ini Kisahnya Bagaimana Impian Pulau Pinang Ke Liga Super Dan Piala Malaysia Berderai



Saingan Liga Premier 2019 melabuhkan tirainya malam tadi dengan kesemua 11 pasukan masing-masing telah pun menamatkan 20 perlawanan mereka musim ini.

Jika mengikut kiraan mata, Pulau Pinang berjaya menamatkan kedudukan di tangga ketiga berkongsi 30 mata dengan PDRM di tangga keempat, berdasarkan kelebihan perbezaan gol.

Namun mengikut arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa mengumumkan bahawa pasukan Pulau Pinang secara serta merta dipotong enam mata dalam saingan Liga Premier 2019 menjadikan jumlah mata muktamad mereka adalah 24 mata, jatuh ke tangga ketujuh.


Hukuman daripada FIFA dikeluarkan selepas Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pemain pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo yang beraksi bersama pasukan Pulau Pinang selama tiga musim dari 2015 hingga 2017.

Pada 25 Mac 2019, FIFA telah menghantar keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengarahkan supaya FAP membayar kepada Reinaldo sebanyak USD90,000 bersama faedah sebanyak 5%. FIFA juga telah mengenakan denda tambahan sebanyak USD10,000 kerana kegagalan FAP membuat bayaran seperti yang telah diarahkan oleh NDRC FIFA. Kegagalan FAP membuat pembayaran tersebut dalam masa 30 hari akan menyebabkan pemotongan mata di dalam liga sebanyak 6 mata.

Pada 17 April 2019, FAP telah membuat pembayaran berjumlah USD92,597.72 (RM386,391.77) ke akaun bank Reinaldo. Pembayaran tersebut telah dibuat oleh FAP secara terus kepada Reinaldo tanpa melalui FAM.

Bagaimanapun pada 29 April 2019, peguam Reinaldo telah menghantar surat kepada FIFA yang memaklumkan bahawa telah menerima pembayaran daripada FAP dengan bayaran sebanyak USD92,597.72. Namun, peguam Reinaldo memaklumkan bahawa pembayaran penuh yang sepatutnya adalah sebanyak USD97,041.83 iaitu baki bayaran sebanyak USD4,444.11 lagi yang perlu dibayar oleh FAP. Salinan surat berkenaan hanya dihantar kepada FAP tanpa ia dihantar kepada FAM, sekali gus FAM tidak menerima sebarang maklumat mengenai hal tunggakan baki bayaran tersebut.

Pada 28 Jun 2019, FIFA menghantar surat kepada FAM yang memaklumkan bahawa FAP telah gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang telah diberikan. Untuk itu, FIFA menuntut bukti pemotongan 6 mata liga dihantar kepada mereka selewat-lewatnya pada 3 Julai 2019. Di sini FAM telah pun membuat rayuan pertama dengan fakta tambahan untuk FIFA pertimbangkan iaitu mengenai berlakunya kekeliruan dalam kadar pertukaran wang asing yang mana FAP merujuk kepada kadar yang termaktub di dalam kontrak pemain manakala FIFA merujuk kepada kadar semasa.

Seterusnya pada 1 Julai 2019, FAP telah membuat baki bayaran kepada Reinaldo, namun wang tersebut mengambil masa untuk pemprosesan penghantaran ke akaun bank beliau di Brazil.

Pada 1 Julai 2019 itu juga, peguam Reinaldo telah memaklumkan kepada FIFA bahawa mereka akan memaklumkan baki bayaran tersebut sudah diterima sepenuhnya hanya apabila penghantaran wang tersebut diproses sepenuhnya ke akaun bank Reinaldo dan pada masa yang sama memaklumkan tidak mempunyai halangan sekiranya hukuman FIFA itu ditangguhkan terlebih dahulu.

Sebagai tindakan susulan, FAM telah menghantar surat rasmi kepada FIFA pada 2 Julai 2019 untuk meminta pandangan mereka serta status permohonan daripada Reinaldo sama ada hukuman tersebut boleh ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian penerimaan baki pembayaran itu.

Pada 3 Julai 2019 iaitu tarikh sepatutnya hukuman potongan mata itu dibuat, peguam Reinaldo memaklumkan bahawa baki bayaran tersebut masih dalam proses perpindahan di dalam akaun pengadu dan tidak mempunyai halangan supaya hukuman tersebut ditangguhkan terlebih dahulu.

Hari berikutnya iaitu pada 4 Julai 2019, FAM sekali lagi telah menghantar surat rayuan kedua kepada FIFA supaya meneliti semula hukuman yang diberikan disebabkan pembayaran tersebut telah dibuat sepenuhnya dan dengan mengambil kira langkah-langkah proaktif yang telah diberikan oleh FAP dalam menyelesaikan baki tunggakan tersebut.

Pada 10 Julai 2019, peguam Reinaldo juga telah memberi pengesahan bahawa bayaran tersebut tersebut sudah pun diselesaikan sepenuhnya dan memohon supaya kes ini ditutup dan tindakan tatatertib terhadap FAP dibatalkan.

Namun pada 17 Julai 2019, FAM telah menerima surat daripada FIFA yang memaklumkan bahawa hukuman pemotongan enam mata terhadap FAP itu perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum 22 Julai 2019 kerana walaupun pembayaran telah diselesaikan sepenuhnya akan tetapi FAP telah melanggar perintah FIFA yang mengarahkan pembayaran penuh perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan asal. FAM sekali lagi pada 18 Julai 2019 telah pun membuat rayuan ketiga kepada FIFA.

Tetapi hari ini, hari terakhir untuk membuat potongan mata seperti diarah oleh FIFA dan dengan rayuannya didapati masih tidak diterima FIFA, FAM pada hari ini terpaksa juga memajukan surat arahan daripada FIFA tersebut kepada Malaysian Football League (MFL) untuk badan pengendali Liga Malaysia itu mengeluarkan surat rasmi pemotongan enam mata kepada pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Premier 2019.

Meskipun FAM telah mengemukakan tiga rayuan kepada FIFA, FAM sedikit kesal kerana FIFA tetap bertegas mahu hukuman pemotongan mata itu dilakukan sedangkan FAP sudah menyelesaikan bayarannya yang mana disebabkan prosedur kadar tukaran mata wang asing dan proses pemindahan wang ke akaun luar negara menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

Dalam hal ini, FAM amat bersimpati dengan FAP dan pada masa sama tetap menghargai usaha yang dilakukan oleh pengurusan baharu FAP untuk cuba menyelesaikan juga kes lama ini dengan berjaya membayar sebanyak USD97,085.05 yang membabitkan tunggakan gaji akibat kecuaian pengurusan lama mengurus kes bekas pemain importnya itu.

Namun hanya akibat sedikit kesilapan dalam menyemak kadar tukaran mata wang asing mengikut kadar semasa dan kelewatan proses menyelesaikan baki tuntutan sebanyak USD4,444.11, mereka telah menerima hukuman daripada FIFA ini.

Dengan apa yang berlaku ini, sama juga seperti apa yang dialami Kelantan apabila dipotong tiga mata pada 11 April 2019, FAM sekali lagi ingin menasihat dan memberi peringatan kepada ahli-ahli gabungan yang lain supaya jangan sesekali mengambil mudah arahan berkaitan hukuman yang telah dijatuhkan oleh FIFA atau AFC.

Ini kerana, kesan dan akibatnya nanti terpaksa ditanggung oleh pasukan masing-masing apabila pemotongan mata terpaksa dilakukan, sekali gus menjejaskan kedudukan pasukan dalam saingan liga.

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/07/ini-kisahnya-bagaimana-impian-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Dipotong Enam Mata Lebur Impian Kembali Ke Liga Super

Pulau Pinang Dipotong Enam Mata Lebur Impian Kembali Ke Liga Super

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 245 hits
Persatuan Bolasepak Pulau Pinang atau dikenali sebagai Pulau Pinang menerima berita mengejutkan iaitu dipotong enam mata dalam saingan Liga Premier musim ini oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa seterusnya meleburkan impian mereka untuk ...
Tak Sampai 24 Jam Naik Liga Super Pulau Pinang Berputih Mata Terpaksa Turun Liga Perdana Kembali

Tak Sampai 24 Jam Naik Liga Super Pulau Pinang Berputih Mata Terpaksa Turun Liga Perdana Kembali

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 248 hits
Semalam kesemua 11 pasukan dalam saingan Liga Perdana menamatkan perlawanan akhir masing masing dengan Pulau Pinang antara pasukan yang mencatatkan keputusan positif menwaskan PDRM 2 1 di laman lawan Kemengangan tersebut bukan sahaja mengak...
Liga Primier Persatuan Bolasepak Pdrm Menentang Pulau Pinang Bonus Lumayan

Liga Primier Persatuan Bolasepak Pdrm Menentang Pulau Pinang Bonus Lumayan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 239 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sambutan Kejuaraan Liga Super Malaysia Oleh Jdt

Sambutan Kejuaraan Liga Super Malaysia Oleh Jdt

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 154 hits
Sempena sambutan kejuaraan Liga Super Malaysia enam kali berturut turut buat JDT di Dataran Bandaraya Johor Bahru JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www...
Aksi Liga Super Terakhir Di Stadium Larkin

Aksi Liga Super Terakhir Di Stadium Larkin

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 416 hits
Malam ni suami Mama Yan nak bawa anak anak gi stadium Larkin Mama Yan kurang minat tengok bola sejak beranak pinak ni Bukan apa Rasa kesian pulak nak tinggal anak anak sebab mak bapak nak pergi tengok bola Kalau esoknya tu cuti sekolah Suam...
5 Otai Masih Berbisa Yang Menyerlah Sepanjang Liga Super 2019

5 Otai Masih Berbisa Yang Menyerlah Sepanjang Liga Super 2019

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 316 hits
Tua tua ubi berisi makin tua terus maintain power Mungkin itu ungkapan ringkas yang boleh kita katakan kepada lima pemain yang berada di dalam senarai di bawah Kelima lima pemain sudah melewati usia 30 tahun Malah pada satu ketika ada diant...
Liga Super Melaka United Seri Dengan Pkns Fc Gagal Lonjak Kedudukan

Liga Super Melaka United Seri Dengan Pkns Fc Gagal Lonjak Kedudukan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 457 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Hanya 6 Pasukan Yang Layak Digelar Pasukan Liga Super Kevin

Hanya 6 Pasukan Yang Layak Digelar Pasukan Liga Super Kevin

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 230 hits
Liga Super Malaysia sepatutnya menjadi divisyen teratas saingan bola sepak negara yang telah mencerminkan tahap profesional sepenuhnya oleh semua pasukan bertanding Apabila bercakap mengenai aspek profesional di dalam bola sepak antara ciri...
Liga Super Pknp Fc Dan Felda United Fc Masih Bergelut Untuk Kekal Dalam Liga

Liga Super Pknp Fc Dan Felda United Fc Masih Bergelut Untuk Kekal Dalam Liga

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 247 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang