Petai Belalang Mengkarung Dan Timun Tikus


Dah agak lama saya tak melakukan aktiviti morning walk disebabkan beberapa hal - matahari terbit awal (pukul 7.10 matahari cerah memancar), rumput tinggi sangat (bimbang ular) dan ada hari saya rasa kurang sihat. Elehh…banyak betul alasannya ya, cakap jelah malas 😆
Alhamdulillah pagi ini saya kembali menikmati alam walau dalam keadaan matahari memancar garang. Hasil rakaman foto alam pagi tadi :
⏵ PETAI BELALANG
Terdapat banyak pokok petai belalang tumbuh liar di sekitar kawasan kediaman saya. Pokok ni jenis mudah membiak (melalui biji), jadinya sana sini tumbuh pokok petai belalang

Rupa petai belalang seakan petai biasa, cuma isinya lebih kecil dan nipis

Bagi mereka yang membesar di kampung, pasti kenal dan suka makan petai belalang. Mak dan kakak-kakak saya biasa makan petai belalang, makan begitu saja. Berbeza dengan saya yang lahir dan membesar di bandar, saya tiada pengalaman begitu


⏵ MENGKARUNGMengkarung merupakan antara haiwan yang kerap saya jumpa. Mula-mula dulu terselit juga rasa takut, tapi selepas itu mengkarung selalu menjadi model fotografi saya 😀. Sekali tengok macam sama je rupa mengkarung, tapi bila diperhatikan ada perbezaan corak pada badan mengkarung

Mengkarung ni ekornya nampak macam terputus di hujung

Hasil foto mod portrait. Rupa mengkarung dapat dilihat dengan lebih jelas


⏵ TIMUN TIKUSPokok timun tikus ni pun antara tumbuhan liar jenis menjalar yang banyak terdapat di sekitar rumah saya. Kalau ada yang tahu, kenapa namanya ada perkataan tikus? Sama seperti petai belalang, kenapa dikaitkan dengan belalang? 🤔
Buah timun tikus yang masih muda, berwarna hijau dengan corak berjalur putus-putus warna putih. Kalau dah masak warnanya bertukar merah. Boleh lihat foto buah berwarna merah di entri INI

Saiznya kecil begini

Buah timun tikus ini juga antara tumbuhan yang biasa dijumpai dan dimakan oleh mereka yang membesar di kampung. Cumanya, timun tikus ni ada beberapa spesis. Timun tikus yang terdapat di tempat tinggal saya ni berbeza spesis dengan timun tikus yang biasa dimakan oleh keluarga saya dan mak mentua di Johor. Rupanya juga sedikit berbeza - saiz lebih besar dan tiada jalur warna putih

Awal bulan baru-baru ni sewaktu mak mentua bermalam di rumah kami, mak mentua cuba makan sebiji. Baru kunyah sedikit, terus mak mentua luahkan balik. Pahit! Memang berbeza dengan timun tikus yang biasa mak makan di kampung suatu masa dulu - rasanya tak pahit, sama seperti timun biasa


⏵ JOJO SI ANAK BULUSelesai morning walk, saya sambung buat kerja di luar rumah. Gemburkan tanah di pasu, buang daun yang dah kering dan buang rumput di sekeliling tanaman. Tapi itulah, ada anak bulu yang suka mengacau

Saya nak bersihkan rumput keliling pokok kunyit yang di tanam dalam bekas tayar ni, Jojo datang terus melompat masuk dalam tayar. Siap duduk santai, lepas tu mengunyah rumput. Tak mampu nak marah budak dengan macam-macam gelagat yang mencuit hati ni 😄








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/07/petai-belalang-mengkarung-dan-timun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Sotong Petai In Da House

Sambal Sotong Petai In Da House

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum Dah masak ke tu SA dah masak dah pukul 11 tadi SA dah mula masak hari ni pun masak simple je xde nak masak berat2 sangat SA masak sambal sotong petai aje sotong beli 3 ekor yang sedang sedang aje sizenya itupun dah RM20 ye 3...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Why Dr M Was Right About Anwar

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan