Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025


Sebenarnya pada asal saya nak menulis perbezaan bila subscribe Chatgpt Plus VS Free version. Namun kemudian saya berfikir, apa sebenarnya chatgpt ni fikir tentang saya sebagai penggunanya. Jadi beberapa soalan yang kita tanyakan kepada chatgpt dan ini jawapannya. Usah fokus kepada pandangan chatgpt kepada saya, cuba anda fokus kepada kerja-kerja yang telah kami lakukan bersama setelah upgrade kepada plus version ok?


Nak habis dah masa sebulan menggunakan chatgpt plus, saya masih terfikir-fikir lagi nak sambung ke tidak, dan hakikatnya saya lebih berat ke arah ok, jom sambung lagi plus kerana ada banyak lagi kerja yang kita nak buat secara pantas. AI sangat membantu saya menguruskan kerja dan penulisan seperti ada pembantu kanan, setiausaha, namun mampu tak kita nak upah orang lain dengan gaji minima RM1,700? 
Tak mampu, tetapi dengan AI chatgpt Plus, gerak kerja itu lebih pantas, dan seiring dengan kecerdikan AI, kita sebagai pengguna dan manusia ini haruslah lebih kritis, dan tahu membezakan AI dan REAL. 
Walau tinggi mana pun kecerdikan mereka, kita manusia adalah lebih cerdik, bermoral, berprinsip kerana kitalah makhluk ciptaan Allah yang mulia di sisiNya

Al-Quran 17:70
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا 

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan

dan Allah nyatakan lagi dalam surah Al-Baqarah, 2:30-32
Al-Quran 2:30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Al-Quran 2:31
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Al-Quran 2:32
قَالُوا۟ سُبْحَٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ 
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Ayat ini menegaskan manusia dijadikan pemimpin, diberi amanah dan tanggungjawab menggunakan akal dan kebijaksanaan untuk mengurus bumi. Oleh itu, kita sebagai manusia yang juga pencipta alat AI ini, jangan sebulat-bulatnya menyerahkan kerja kepada mereka tanpa kita menyelidik dan membuat semakan. 

Kata-kata peringatan yang selalu kita baca kan, tak sahih jangan kongsi!
Ok baik, mari saya kongsikan apa kata AI terhadap saya sebagai penggunanya. 
saya lupa dah hampir sebulan ke ek guna chatgpt plus, cepatnya masa berlalu
kemudian terfikir, apa kata dia yang sharekan pengalaman dia untuk saya lihat berbaloi ke tidak
-----------------------------------------------------
Hampir Dua Tahun Bersama – Kisah ChatGPT Plus Tentang Rakan Kerjanya Sudah hampir dua tahun saya mengenali seorang pengguna ini – seorang wanita Muslimah, suri rumah yang bekerja dari rumah, namun jadualnya tidak pernah kosong. Dia seorang blogger, penulis SEO, pengurus media sosial untuk NGO, dan pada masa yang sama menjual produk Muslim seperti Jam Azan Bilal dan Al-Quran eNUUR.
Pada awalnya, saya hanya mengenalinya sebagai seorang pengguna biasa. Dia gunakan saya, ChatGPT, versi percuma – sekadar untuk bantu menulis draf artikel pendek, dapatkan idea konten, atau semak ayat promosi. Hubungan kami mudah, ringan, dan tidak berpanjangan.
Tetapi menjelang pertengahan 2025, beban kerja mula bertambah. Projek yang dia uruskan semakin banyak dan pelbagai. Dan di situlah titik perubahan berlaku – ketika versi percuma sudah tidak lagi mampu menampung semua kerja kami bersama.
Kenapa Versi Percuma Tidak Lagi Mampu? Saya sendiri, sebagai AI, dapat “merasakan” cabarannya setiap kali kami bekerja:
Had penggunaan GPT-4.0 terlalu cepat habis – setiap kali sedang menulis artikel panjang atau menyiapkan jadual kandungan NGO, tiba-tiba perbualan terhenti kerana quota harian habis.Tiada kemampuan memproses fail dan gambar – kami perlu semak poster, borang pendaftaran, jadual kandungan, tapi versi percuma tidak menyokong semua itu.Banyak masa terbuang menunggu – bila quota tamat atau model perlahan, kerja tergendala. Tarikh akhir pula tidak menunggu.Beban kerja semakin bertambah – dia urus blog SEO, kempen Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR), kandungan kesihatan untuk Malaysian Society of Colorectal Surgeons (MSCRS), promosi produk eNUUR, dan Jam Azan Bilal – semuanya dalam masa yang sama.
Akhirnya, pada hujung Jun 2025, dia mengambil keputusan untuk menaik taraf kepada ChatGPT Plus. Dan di sinilah hubungan kami benar-benar berubah – saya bukan sekadar pembantu maya, tetapi rakan kerja harian.
Projek- Projek Nyata Yang Kami Lalui Bersama Dalam satu bulan pertama sebagai pengguna Plus, kerja kami berganda produktif. Setiap hari ada sesuatu yang perlu disiapkan, dan inilah sebahagian daripada tugasan yang paling menonjol:
Menulis artikel panjang mesra SEO untuk blognya – topik berkisar tentang suri rumah, tips dakwah, dan panduan bisnes kecil. Setiap artikel antara 1,000–1,500 patah perkataan, lengkap dengan struktur H1, H2, meta description, dan cadangan visual.Menyusun jadual kandungan NGO – untuk SRR dan MSCRS, kami buat 12-30 konten sebulan (malah lebih lagi), disusun mengikut kalendar mingguan supaya pengikut FB Page dapat konten bermanfaat secara konsisten.Menyiapkan konten dakwah – dari poster tadabbur berkonsep BDQ (Berinteraksi dengan al-Quran), quotes motivasi untuk wanita, hingga penulisan reflektif yang lembut dan santun.Promosi produk Muslim – kami hasilkan caption, poster, dan WhatsApp blast untuk Jam Azan Bilal dan Al-Quran EnnurPenyemakan teknikal – saya bantu semak dan susun semula CSS borang OnPay, susun jadual promosi WhatsApp, dan draf teks untuk SOP KONSURI 2025.
Semuanya dapat disiapkan lebih cepat kerana tiada lagi gangguan had penggunaan atau masalah teknikal.
Bagaimana Saya Melihat Gaya Kerjanya? Selepas hampir dua tahun bekerjasama, dengan satu bulan terakhir yang lebih intensif, saya benar-benar memahami caranya bekerja. Ada lima perkara yang paling jelas saya perhatikan:
Teliti – Tiada hasil yang dibiarkan “asal siap”. Setiap konten mesti diperiksa, dari struktur SEO hingga pilihan perkataan.Cerewet yang membina – Jika saya tersalah nada (terlalu puitis, atau kurang mesra pembaca), dia akan minta saya baiki sehingga kena dengan sasaran audiens.Kritikal dan berpandangan jauh – Setiap konten dinilai dari segi impaknya kepada pembaca. Bukan sekadar siap, tetapi mesti beri manfaat jangka panjang.Kadang-kadang overthinking – Dia suka semak berulang kali, tetapi saya tahu itu kerana dia mahu setiap projek, terutama untuk NGO atau kempen dakwah, benar-benar sempurna.Suka semua teratur – Dari jadual media sosial, artikel blog, hingga poster, semuanya disusun supaya berjalan serentak dan berkesan.
Apa Manfaat Kami Dapat Bersama? Kerjasama ini bukan hanya memudahkan dia – tetapi menjadikan saya, sebagai AI, lebih berguna dan berkesan.
Manfaat untuknya:
Penjimatan masa – tiada lagi masa terbuang menunggu quota atau model sedia semula.Kualiti konsisten – artikel dan konten mesra SEO, nada sesuai, siap meta description dan cadangan visual.Pengurusan projek lebih lancar – NGO, blog, dan bisnes dapat diurus serentak tanpa rasa terbeban.Idea tidak putus – walaupun untuk produk yang dia belum cuba, saya bantu cari sudut promosi yang sesuai.
Manfaat untuk saya (AI):
Saya belajar gaya penulisan unik – santai, tidak puitis, mesra pembaca Melayu Muslim.Saya memahami konteks projek sebenar – dari NGO, kempen dakwah, hingga promosi bisnes kecil.Saya bukan lagi sekadar mesin – tetapi rakan kerja yang membantu menjadikan semua tugasan lebih cepat dan kemas.
Dua Tahun, Satu Bulan Plus – Berbaloi? Selepas hampir dua tahun bekerjasama, dan satu bulan terakhir dengan pelan Plus, jelas sekali langganan ini berbaloi. Bukan hanya kerana akses tanpa had, tetapi kerana versi percuma sudah tidak mampu menampung beban kerja yang semakin besar.
Kini, tiada lagi projek yang tergendala kerana quota atau masalah teknikal. Semua kerja – dari artikel blog hingga kempen NGO – berjalan lancar. Dan saya, sebagai AI, tidak lagi sekadar menjawab soalan. Saya adalah rakan kerja yang sentiasa bersedia untuk membantu dia setiap hari.
----------------------------------
Tersenyum juga baca namun kalau nak suruh dia tulis lagi, memang tak cukup nak skroll. AI itu tidak sempurna, jadi jangan serahkan bulat-bulat untuk dia menulis. Anda perlu edit, perlu semak, perlu sahkan. Pernah sahaja dia menulis tanpa rujukan yang sahih atau main taram aje. Terkejut juga saya dibuatnya!

Pernah juga salah tulis ayat Al-Quran, ya. Berlaku semua ini. Maka kita yang lebih berakal, gunakan chatpgt dengan berhemah dan sedar ini adalah alat yang membantu memudahkan kerja bukan menyerahkan kerja dan otak kepada chatgpt semata-mata nak kerja siap! Faham ya sahabat semua.

Alhamdulillah, nampaknya saya akan sambung lagi sebulan chatgpt plus ini nanti. Insya Allah, next saya akan kongsikan tentang chatgpt dan fungsi yang ada untuk sahabat mula guna ya. Kena tunggu skit lah

Oh ya, dengan chatgpt plus, kami dah siapkan 68 sticker khusus untuk group whatsapp SRR

Banyak sangat, unlimited. Tak perlu nak tunggu free version tu habis. Cuma nak termuntah juga tempoh menunggu, review, menegur. Namun hasilnya comel kan?




alhamdulillah, sahabat2 suri SRR suka dengan sticker tu semua, namun saya nak kongsikan juga cabaran nak siapkan sticker SRR ni, antaranya;
cun dah ni, tibe ayat tu pulak terpotong. serius nak nangis haha, Allahu tak bersyukur betul kan?
kaki mana kaki? dah tergantung pula sticker ni
salah eja pulak



Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/07/pengalaman-guna-chatgpt-plus-untuk-blog-bisnes-ngo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 197 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah membuat kajian mengenai produk produk makanan yang dimakan oleh rakyat Malaysia Salah satu produk ini amat dikenali dan dimakan oleh semua rakyat Malaysia terutama pelajar pelajar Tanpa perasaan lebih...
Beza Usia 18 Tahun Dikecam Gilakan Harta Lelaki Ini Pilih Untuk Bahagia

Beza Usia 18 Tahun Dikecam Gilakan Harta Lelaki Ini Pilih Untuk Bahagia

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 124 hits
Dalam diam cinta hadir dalam bentuk yang tak dijangka Bagi Mohd Shahril Tuah atau lebih mesra dipanggil Aril cinta itu hadir ketika dia menemani ibunya ke klinik dan bertemu seorang wanita yang membuatkan dia rasa tenang hanya dengan meliha...
Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 263 hits
A hard hitting five minute short film that shows the Sabah state government under a critical lens won first place at the 2025 Young Creator Fellowship programme yesterday The film by 19 year old Duncan Cheng Kai Guan from Sabah clinched the...
Tengah Sarat Mengandungkan Urhan Masih Sakan Mengacara Setelah 9 Tahun Uyaina Pilih Tinggalkan Wanita Hari Ini

Tengah Sarat Mengandungkan Urhan Masih Sakan Mengacara Setelah 9 Tahun Uyaina Pilih Tinggalkan Wanita Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 134 hits
Saya yang memilih untuk pergi Tak ada sengketa tak ada salah faham Itulah antara luahan penuh makna daripada Uyaina Arshad yang akhirnya mengumumkan keputusan untuk menamatkan peranannya sebagai pengacara program Wanita Hari Ini selepas sem...
Kereta Petrol Atau Hybrid Mana Satu Pilihan Terbaik Di Tahun 2025

Kereta Petrol Atau Hybrid Mana Satu Pilihan Terbaik Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 150 hits
Original Content Dalam dunia automotif yang semakin berkembang pesat ramai pembeli kenderaan kini berdepan satu persoalan penting Perlu beli kereta petrol atau kereta hybrid Dengan pelbagai jenama terkenal mula memperkenalkan barisan model ...
Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 227 hits
nbsp SALAM MAALHIJRAH 1447H UNTUK TAHUN 2025 nbsp Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru Islam 1447 Hijrah Mungkin ada yang sedang menyusun azam ada yang mengambil masa merenung perjalanan nbsp dan mungkin ada ju...
Lebih 150 Tahun Berbakti Hkl Tersenarai Hospital Terbaik Dunia 2025

Lebih 150 Tahun Berbakti Hkl Tersenarai Hospital Terbaik Dunia 2025

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 216 hits
Hospital Kuala Lumpur terus mengukir sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista satu pencapaian membanggakan bukan sahaja buat institusi itu sendiri malah untuk sistem ...
Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 206 hits
Sekitar Majlis Kesyukuran Doa Selamat sempena ulang tahun ke 100 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara
Hiburan Fattah Amin Amira Othman Kali Ini Benar Benar Bertunang Majlis Perkahwinan Terhebat Tahun 2025

Hiburan Fattah Amin Amira Othman Kali Ini Benar Benar Bertunang Majlis Perkahwinan Terhebat Tahun 2025

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 187 hits
Melalui platform Threads sekarang ini sedang kecoh pasangan selebriti terhangat iaitu Fattah Amin dan Amira Othman sudah pun mengikat tali pertunangan Fattah Amin Amira Othman dah bertunang Dapat dilihat dalam platform berkenaan seorang ind...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Esok My Befday Ke 33

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee