Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden
Assalammualaikum semua! Dalam setiap perjalanan, satu perkara yang sering jadi keutamaan seorang pengembara ialah beg yang boleh dipercayai. Sama ada untuk melancong dalam negara atau ke luar negara, beg yang tahan lasak, ringan, bergaya dan praktikal sangat penting untuk memastikan perjalanan selesa dan teratur.
Ruby ingin berkongsi kisah menarik dan pengalaman dalam mencari beg yang menjadi nyawa dalam setiap langkah pengembaraan. Luggage terutamanya, sentiasa memainkan peranan besar. Dulu, Ruby beli luggage mengikut rekaan dan warna. Warna pastel, bercorak dan bentuk vintage adalah pilihan.
Apabila berlaku kejadian luggage pecah semasa mendarat di Jakarta menaiki penerbangan Garuda Indonesia, Ruby mula menambah ilmu tentang material luggage dan saiz. Dua perkara ini amat memainkan peranan. Kemudian baru Ruby pergi mencari jenama. Jika anda perhatikan, jenama-jenama ini mempunyai pelbagai material. Namun untuk material terbaik, harga lebih mahal. Inilah pelaburan jangka panjang yang ramai ambil tahu. Kadang-kadang kita tengok kenapa pilihan luggage ramai memilih warna hitam. Sebab warna hitam ni dikeluarkan dalam kuantiti banyak dan material padu.
Kini, rakyat Malaysia tidak perlu ke luar negara untuk mendapatkan beg berkualiti tinggi. Thee Bold Stories, jenama retail bag terkenal dari Singapura, telah melebarkan sayap ke Malaysia membawa bersama koleksi beg daripada jenama antarabangsa seperti LEGO, Caterpillar, New Balance dan jenama utama mereka sendiri, Bold.
Cawangan Pertama Dibuka Di Parkson IOI City Mall
Pada 27 Mac 2024, Thee Bold Stories membuka cawangan pertamanya di Parkson IOI City Mall, Putrajaya. Ini diikuti dengan pembukaan cawangan kedua di Isetan, The Gardens Mall Kuala Lumpur pada 20 April 2024 yang turut dihadiri oleh Ruby sendiri. Pertama kali tengok pop-up mereka, ternyata Thee Bold Stories beg travel untuk pengembara moden.
Apa Yang Traveller Cari Dalam Memilih Sesebuah Beg?
Sebagai seorang traveller, antara perkara yang Ruby sendiri teliti sebelum membeli beg termasuk:
Luggage (Bagasi)
Ringan tapi tahan hentakan untuk seret ke sana ke mari.Empat roda berputar 360° lebih senang ditolak di lapangan terbang. Sistem kunci keselamatan (TSA Lock) untuk ketenangan fikiran. Ruang dalaman luas dan teratur supaya senang asingkan pakaian, kasut & toiletries.
Backpack (Beg Galas)
Struktur ergonomik tak sakit belakang bila bawa lama.Slot laptop & tablet untuk kerja semasa travel. Material kalis air tak risau hujan tiba-tiba. Rekaan simple dan versatile sesuai bawa ke masjid, muzium, restoran atau taman tema.
Sling Bag / Crossbody Bag
Mudah capai dompet, pasport, telefon Saiz kompak tapi cukup ruang Boleh gaya kasual atau smart Ada poket rahsia atau zip keselamatan
Semua ciri-ciri ini boleh ditemui dalam koleksi beg yang ditawarkan oleh Thee Bold Stories.
Jenama Di Bawah Thee Bold Stories
Antara jenama yang boleh didapati di bawah Thee Bold Stories:
Bold
Jenama utama mereka yang menampilkan koleksi luggage dan beg travel dengan rekaan moden, premium dan berani. Fokus kepada gaya minimalis, fungsi maksimum.
LEGO
Untuk peminat cilik dan dewasa! Beg LEGO ini penuh dengan karakter dan warna, sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang suka gaya playful.
Caterpillar (CAT)
Dikenali dengan ketahanan dan gaya rugged. Sesuai untuk traveller yang aktif dan lasak, atau untuk kegunaan harian yang heavy duty.
New Balance
Jenama sporty dengan rekaan urban, sesuai untuk golongan muda dan mereka yang ingin tampil aktif. Banyak pilihan backpack dan sling bag yang trendy.
Ruby Suka: Travel Dengan Gaya & Tenang
Sebagai Muslimah dan ibu kepada dua anak lelaki, Ruby perlukan beg yang:
Mudah diurus Cukup ruang untuk barang keluarga Boleh digunakan oleh suami atau anak juga Tak terlalu berat atau besar
Beg-beg dari Thee Bold Stories memberi solusi kepada keperluan ini. Sesuai untuk percutian keluarga ke Jepun, staycation hujung minggu, atau urusan kerja.
Kunjungi Pop-Up Thee Bold Stories Hari IniSekarang, anda boleh cuba dan pilih sendiri beg travel impian anda di pop-up Thee Bold Stories di cawangan berikut:
Parkson IOI City MallParkson Bukit JalilParkson Gurney Plaza, PenangIsetan The Gardens Mall Isetan Suria KLCC Sogo Kuala LumpurSeibu, The Exchange TRX
📱 Instagram: @theeboldstories
🌐 Laman Web: www.theeboldstories.net
Ruby percaya bahawa setiap beg membawa cerita. Jom kongsi beg jenis apa yang paling anda suka semasa travel, dan apa yang paling penting bagi anda apabila memilih beg? Tinggalkan cerita anda di komen ya!
"Own Your Journer" with Thee Bold Stories
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2025/07/thee-bold-stories-pilihan-beg-travel.html