Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300


Saya memang sudah berhasrat hendak meninggalkan HyperOS, maka setelah menyambar OPPO Reno 14 Pro, maka yang tinggal untuk mencari peranti sandaran, ia perlulah menggunakan ‘custom skin’ selain ‘made by Xiaomi’ itu.
Setelah mempertimbangkan berbagai peranti, akhirnya realme 14 menjadi pilihan. Kenapa?
Jika hendak menggunakan peranti dengan kamera yang berkebolehan, Reno14 Pro sudah ada. Tetapi bagi peranti bajet seperti realme 14, ia sudah lebih daripada cukup untuk pelbagai jenis keperluan lain. Apa pun mari kita tengok apa ada dalam kotak.
Apa ada dalam kotak:
realme 14 5G
Buku panduan/Lain-lain dokumentasi
Penyesuai 45W
Kabel pengecas USB-C
Ejektor kad SIM

Peranti Permainan? Prestasinya Bagaimana?
Seperti siaran akhbar yang telah diterbitkan sebelum ini, realme 14 5G telah dijadikan sebagai telefon permainan rasmi bagi Kejohanan MLBB MSL Musim 5. Ini bererti ia cukup ‘ampuh’ – untuk memainkan permainan tersebut, atau lain-lain permainan yang setara dengannya.
Meskipun saya bukan pemain tegar (harcore gamer), tetapi ada beberapa permainan yang saya mainkan. Antaranya Diablo Immortal dan Wuthering Waves.
realme 14 5G membuktikan dirinya sebagai ‘Gaming Dominator’ mid‑range dengan kombinasi cip Snapdragon 6 Gen 4 (realme siri 14 menggunakan cip ini terawal di dunia), sistem penyejukan Bionic Cooling 6050mm2 yang unggul, dan bateri Titan 6,000 mAh beserta pengecasan pantas 45W.
Sama ada anda pencinta Diablo Immortal atau menjelajah dunia Wuthering Waves, telefon ini menjanjikan pengalaman gaming tanpa kompromi – lancar, sejuk dan berpanjangan. Dengan ciri tambahan seperti IP69/68/66, 50 MP OIS AI Camera dan realme UI 6.0, realme 14 5G bukan sekadar telefon permainan, tetapi satu pakej lengkap untuk gaya hidup digital.
Ah, abaikan saja ayat promo. Kalau ditanya pendapat peribadi, saya sukakan realme 14 ini kerana beberapa perkara – antaranya ialah realme UI 6.0.
Jika anda sudah terbiasa menggunakan peranti dari OPPO atau OnePlus (sebelum ini saya pernah menggunakan OnePlus 10 Pro), maka anda akan tahu bahawa ColorOS = OxygenOS = realme UI. Ini juga bermaksud kebanyakan ciri yang ada pada ColorOS akan ‘dibawa masuk’ secara natif ke dalam realme UI.
Kamera OK Ke?
Telefon permainan kebiasaannya tidak menumpu kepada kamera, dan realme 14 5G tidak terkecuali. Ia hanya mempunyai satu sahaja kamera beresolusi 50MP di belakang, dilengkapi dengan OIS dan AI, manakala di depan pula 16MP.
Perlukah saya ulas panjang tentang kameranya? Tak perlu kot. Cukuplah sekadar beberapa sampel gambar untuk anda tatap dan buat penilaian sendiri.
Pembesar Suara
Ada sesetengah peranti dalam julat harga yang lebih kurang sama masih menggunakan pembesar suara mono, tetapi dengan realme 14, anda akan mendapat pembesar suara stereo.
Boleh tahan kuat juga kelantangan audionya. Jika anda naikkan kadar volume sehingga habis, ia akan menunjukkan ‘300%’ – yang bererti anda sedang mendengar audio pada kekuatan ultra-maksimum.
Ia tidak sekuat atau mempunyai dentuman bass seperti OPPO Reno14 Pro, tetapi jauh lebih baik berbanding peranti setara harga dengannya.
Bateri
Dengan bateri berkapasiti 6000mAh, anda tidak perlu bimbang lagi tentang power bank. Saya sudah cuba habiskan kuasa baterinya. Selepas sehari suntuk penggunaan pun, masih belum mampu capai 0%.
Caj di awal pagi, di waktu petang masih banyak berbaki. Snapdragon 6 Gen 4 meskipun bukan bertaraf perdana, ia nampaknya mampu menguruskan penggunaan kuasa bateri dengan sangat baik.
Konklusi
Untuk harga bawah RM1300, realme 14 5G meski tidak sempurna, tetapi lebih daripada cukup untuk marhaen memiliki sebuah peranti yang mampu memainkan permainan dengan grafik tinggi tanpa mengorbankan wang dalam dompet.. atau poket.
Mungkin ada peranti dari jenama lain seperti Infinix yang turut menawarkan peranti permainan dalam julat harga lebih kurang sama, tetapi dengan realme anda akan mendapat jaminan kemas kini yang lebih baik kerana.. well.. it’s realme.
Batery berkapasiti besar menjamin aktiviti seharian tidak akan tergendala apabila ia tidak lagi habis dengan pantas, dan anda tidak lagi akan menghadapi ‘battery anxiety’. Saiznya pun bersaiz ‘biasa’, 6.67 inci. Tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil. Sederhana, serta sesuai apabila bermain sesuatu permainan.
Kalau pun ada sesuatu yang negatif, saya cuma mengharap kelajuan pengecasannya lebih daripada 45W. Bila dah terbiasa menggunakan Xiaomi 13T Pro dengan 120W, dan OPPO Reno14 Pro dengan 80W, kelajuan 45W dirasakan seperti.. agak ‘meh’, tambah pula baterinya yang gadang.
Juga kameranya yang hanya ada satu – tanpa kehadiran kamera ultra lebar mahupun zum. Paling ‘tak tahan’, lensa makro 2MP yang biasanya diletakkan pada peranti pertengahan, tiada pula kali ini. Kelakar juga. Apa pun, seperti yang dinyatakan, ini ialah telefon permainan, dan ia difokuskan benar-benar ke arah kepermainan. Jika anda mahukan perkara lain, maka anda perlulah mencari telefon pintar dalam niche yang tersebut.
Anda boleh dapatkan realme 14 5G di:
Shopee: https://s.shopee.com.my/9pTaAIyYnW
Lazada: https://s.lazada.com.my/s.rFIVx

The post Realme 14 5G: Peranti Permainan Mantap Bawah RM1300! appeared first on OMGHACKERS.COM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/realme-14-5g-peranti-permainan-mantap-bawah-rm1300/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 212 hits
Kuala Lumpur 17 Julai 2025 realme jenama telefon pintar yang berkembang pesat di dunia dengan bangganya mengumumkan bahawa realme 14 5G telah dinamakan sebagai Telefon Permainan Rasmi untuk Mobile Legends Bang Bang Moonton Student Leader Ch...
10 000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm Amirudin

10 000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm Amirudin

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 132 hits
10 000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm Amirudin SUBANG JAYA 28 Julai Seramai 10 000 jurutera tempatan dijangka mendapat latihan dalam bidang semikonduktor melalui program latihan oleh syarikat reka bentuk s...
Adun Pas Di Terengganu Kena Sekolah Lepas Dakwa Ekonomi Negara Bawah Pmx Teruk

Adun Pas Di Terengganu Kena Sekolah Lepas Dakwa Ekonomi Negara Bawah Pmx Teruk

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 142 hits
SITI NUR ZAWANIJuly 30 2025Seorang aktivis membidas kenyataan ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim yang mendakwa prestasi ekonomi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agak teruk Dalam satu kenyataan aktivis Fairul al Qasas memper...
Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi

Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 185 hits
Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi Sakit belakang lazimnya berulang disebabkan oleh postur yang tidak betul kurang bersenam otot yang tegang atau masalah struktur sedia ada pada tulang belakang Dengan...
Jangan Kuno Sangat Hang Tu Katak Bawah Tempurung Rita Rudaini Sindir Individu Pertikai Aktiviti Ibu Bapa Amp Pelajar

Jangan Kuno Sangat Hang Tu Katak Bawah Tempurung Rita Rudaini Sindir Individu Pertikai Aktiviti Ibu Bapa Amp Pelajar

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 159 hits
Menerusi akaun Instagram aktres jelita Rita Rudaini telah berkongsi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar pelajar di sekolah anaknya bersama ibu bapa Berkonsepkan 8216 potluck 8217 masing masing membawa makanan untuk dinikmati bersama pada a...
Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 235 hits
Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah RM300 Adakah anda masih menggunakan laptop lama yang semakin perlahan Mungkin anda rasa nak beli baru tapi bajet tak mengizinkan Jangan risau Sebenarnya dengan sedikit upgrade anda b...
Benarkah Dakwaan Imej Negara Jatuh Di Bawah Pmx Lihat Fakta Berikut

Benarkah Dakwaan Imej Negara Jatuh Di Bawah Pmx Lihat Fakta Berikut

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 188 hits
Abdul GhaniDakwaan bahawa imej negara jatuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah bersifat persepsi politik yang tidak berasaskan fakta objektif Berikut adalah fakta fakta dan pencapaian yang membuktikan sebaliknya 1 PENG...
Isyarat Dagangan Emas Untuk 21 25 Julai 2025 Jual Di Bawah 3 359

Isyarat Dagangan Emas Untuk 21 25 Julai 2025 Jual Di Bawah 3 359

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 178 hits
Pada awal sesi Eropah emas didagangkan sekitar 3 353 menghampiri zon rintangan kukuh yang terletak berhampiran paras 6 8 Murray pada 3 359 Emas mungkin menghadapi kesukaran untuk menembusi paras 3 360 memandangkan zon ini memberikan rintang...
Mayat Wanita Bawah Jambatan Disahkan Penuntut Kolej Hilang

Mayat Wanita Bawah Jambatan Disahkan Penuntut Kolej Hilang

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 124 hits
Nur Arina Asbar nbsp Mayat wanita dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas batu Foto TularKUALA LUMPUR Mayat wanita yang ditemui di bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera Puchong di Selangor kelmarin disahkan sebagai seorang...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States