Peserta Larian Berhak Pilih Pakaian Tapi Perlu Bersesuaian





Satu larian amal yang diadakan di Kota Tinggi, Johor hujung minggu lalu tidak berakhir seperti banyak acara larian yang lain, apabila ia mengundang kontroversi di media sosial.
Larian amal bertemakan “red dress run” anjuran Hash House Harriers Johor Bahru menjadi perhatian apabila segelintir peserta mengenakan pakaian yang berbeza, sehingga acara itu didakwa mempromosikan unsur seksualiti.
Malah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi mahu penganjur acara itu diharamkan terus.
Beberapa penggiat sukan larian yang dihubungi Malaysiakini pula berkata walaupun para peserta berhak mengenakan pakaian sendiri, ia sebaiknya bersesuaian dengan kegiatan larian.
Antaranya Dineshwaran Arumugam, 22, yang berkata dia memahami larian amal itu bersifat lebih santai berbanding acara lain.
“Saya juga pernah lihat pelari yang berpakaian kostum binatang dan adiwira yang ada unsur hiburan.
“Pakaian pelik jarang dilihat dalam acara maraton yang lebih formal. Ini kerana peserta lebih mengutamakan faktor keselesaan dan prestasi,” katanya.
Dia berpandangan pakaian yang tidak sesuai akan menjejaskan prestasi dan keselamatan peserta.
“Atlet selalunya memakai pakaian yang aerodinamik, ringan dan sesuai untuk pergerakan pantas.
“Saya sebagai atlet merasakan pakaian yang terlalu berbeza dan tidak sesuai boleh menjejaskan profesionalisme dan fokus dalam acara larian yang selalunya bersifat kompetitif,” katanya lagi.
Katanya lagi, penganjur boleh memeriksa pakaian peserta sebelum larian dimulakan bagi memastikan ia sesuai dengan acara dan boleh membatalkan penyertaan mereka yang melanggar etika pemakaian yang ditetapkan.
Nur Azan Shah Abdul Rahman juga senada dengan Dineshwaran.
“Walaupun pemakaian adalah hak peserta namun mereka sebaiknya memakai pakaian sukan yang sesuai,” kata pemuda berusia 26 tahun dari Muar, Johor itu.
Sebelum ini dilaporkan bahawa tiga peserta— seorang lelaki Taiwan berpakaian tradisional, seorang warga India yang memakai sari bersama blaus, dan seorang lelaki tempatan memakai pakaian tidur.
Peserta dari Taiwan tersebut tidak memakai baju dan bahagian punggungnya terdedah.
Susulan kontroversi yang tercetus, Presiden Hash House Harriers Johor Bahru, A Magendran menjelaskan tujuan acara itu diadakan adalah untuk mengumpul dana amal dan mempromosikan Johor, bukannya untuk mempromosikan unsur seksualiti.
“Larian ini semata-mata untuk keseronokan dan kebajikan. Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana kumpulan atau individu berkaitan seksual—ia hanyalah larian,” kata Magendran seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
“Kami berjaya mengumpul RM10,100, yang akan didermakan kepada kanak-kanak spastik kuadriplegia cerebral palsy melalui persatuan di Johor Baru,” katanya lagi.
Tetapkan garis panduan jelas
Sementara itu, seorang penggiat sukan larian yang hanya ingin dikenali seabgai Paviterrah berpandangan pemakaian tiga peserta itu tidak sesuai dan boleh memberi persepsi negatir terhadap acara itu.
Dia berkata penganjur juga perlu menetapkan garis panduan pemakaian yang jelas, terutama berkaitan aspek kesopanan.
“Saya faham larian amal ini ada tujuan  tersendiri tetapi penganjur harus menitikberatkan aspek etika pemakaian dan kesopanan peserta.
“Peserta juga perlulah memahami dan mengikuti etika pemakaian dalam acara larian walaupun ada tema sendiri,” kata wanita berusia 23 tahun itu lagi.
Seorang lagi pelari yang hanya ingin dikenali sebagai Daanesh pula berkata pemakaian yang tidak sesuai mencerminkan kurangnya keseriusan peserta terhadap acara maraton yang menekankan aspek keselesaan dan keselamatan.
“Walaupun peserta memakai kostum unik atau pakaian tradisional, ia nampak tidak praktikal untuk larian jarak jauh kerana ia akan mengehadkan pergerakan,” katanya lagi.- Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/a_53.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
As Ad Motawh Selit Duit Dalam Tin Susu Mahu Beri Kejutan Buat Golongan Ibu Netizen Puji Tapi Persoal Pilih Jenama Mahal

As Ad Motawh Selit Duit Dalam Tin Susu Mahu Beri Kejutan Buat Golongan Ibu Netizen Puji Tapi Persoal Pilih Jenama Mahal

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 158 hits
PENYANYI As ad Motawh mencuri tumpuan netizen apabila bermurah hati mengeluarkan wang sebanyak RM1 000 bagi tujuan sedekah di sebuah pasar raya di Kepong Kuala Lumpur Jelas As ad atau As ad Ahmad Mohammad Motawh 23 tujuan dia berbuat demiki...
Atmosfera Malu Tapi Mahu Chord

Atmosfera Malu Tapi Mahu Chord

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 103 hits
A F Gm D A F Gm D A I love you is wo ai ni F I miss you is wo xiang ni Gm I need you wo xu yau ni D Marry me is jia gei wo A Aku malu tapi aku mahu F Mahu kasi tau aku suka kamu Gm Tapi tida berani bila bertemu D Lutut sy begegar takut mcm ...
16 Koleksi Meme Bahasa Inggeris Simple Tapi Lucu Habis

16 Koleksi Meme Bahasa Inggeris Simple Tapi Lucu Habis

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 142 hits
Tak perlu cakap baca dah baca tajuk kan mesti nak tahu apa yang lucu tapi simple Sini la tempatnya Jadi jom kita selongkar Kopi Ke Teh Bila Harijadi Jenis Jenis Filem Senyap SunyiJangan Lupa Like Share Komen
7 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Seminit Tapi Besar Ganjarannya

7 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Seminit Tapi Besar Ganjarannya

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 111 hits
Di dalam kesibukkan dunia hari ini minit demi minit berlalu dengan cukup pantas Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri sebab gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepadaNya Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di...
Izin Anak Orang Kaya Berpotensi Masuk Sbp Mrsm Matrikulasi Tapi Bayar Penuh

Izin Anak Orang Kaya Berpotensi Masuk Sbp Mrsm Matrikulasi Tapi Bayar Penuh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 149 hits
bharian com myOleh Oktober 4 2024 9 10amGambar hiasan Foto NSTPSISTEM pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke menengah tinggi adalah percuma bagi seluruh warga Malaysia Sebanyak 10 220 sekolah menawarkan pendidikan percuma untuk lebih li...
Pengambilan Vaksin Covid 19 Lebih Tinggi Dalam Kalangan Pesakit Mental Tapi Turun Untuk Yang Tak Ambil Ubat

Pengambilan Vaksin Covid 19 Lebih Tinggi Dalam Kalangan Pesakit Mental Tapi Turun Untuk Yang Tak Ambil Ubat

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 150 hits
Walaupun kadar vaksinasi tinggi secara keseluruhan individu tanpa ubat dengan masalah mental menunjukkan kadar pengambilan vaksin COVID 19 yang jauh lebih rendah menunjukkan perlunya intervensi kesihatan yang lebih fokus Kajian Penyakit men...
Balas Tweet Tentang Suami Skandal Dengan Staf Netizen Kata Fazura Bagi Hint Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak

Balas Tweet Tentang Suami Skandal Dengan Staf Netizen Kata Fazura Bagi Hint Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 294 hits
Konflik rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi bualan hangat sejak berita melaporkan aktres itu memfailkan perceraian
Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 111 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Kuwait semalam untuk mengadakan lawatan kerja rasmi bertujuan memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Kuwait Lawatan ini peluang penting untuk...
Kami Tak Sekaya Pasukan Lain Tapi Cari Duit Sendiri Dan Tidak Menadah Sana Sini Bekas Ceo The Bos Gaurus

Kami Tak Sekaya Pasukan Lain Tapi Cari Duit Sendiri Dan Tidak Menadah Sana Sini Bekas Ceo The Bos Gaurus

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 126 hits
ISU pengurusan padang di Stadium Perak Ipoh terus menjadi bahan bualan hangat susulan masalah itu menjadi punca aksi Liga Super antara skuad The Bos Gaurus dan Johor Darul Ta zim ditangguhkan Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Sabt...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat