7 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Seminit Tapi Besar Ganjarannya
Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri sebab gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepadaNya. Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Allah di dalam Surah al-Asr
Namun, tahukah korang ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika korang menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang boleh dipraktikkan
1 – Membaca Surah Al-Ikhlas.
Dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular dibaca di dalam solat bila kita mengejar masa. Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda; "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." - (Hadis Riwayat Ahmad).
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di syurga
2 – Berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW sebab bagi setiap selawat, Allah akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda." - (Hadis Riwayat Muslim).
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau kalau kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali
3 – Beristighfar memohon keampunan.
Setiap kali kita beristighfar, Alalh akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad SAW; "Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." - (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali
4 – Bertanya khabar keluarga.
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau wasep je kita dah boleh tahu keadaan ahli keluarga tersayang
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad SAW; "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." - (Hadis Riwayat Bukhari).
5 – Lafaz tasbih.
Nabi Muhammad SAW bersabda; "Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim." - (Hadis Riwayat Muslim).
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu je, kita juga akan disukai oleh Allah. Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali
6 – Akui semua kejadian adalah kehendak Allah.
Ayat kalimat ini sangat ringkas tapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tapi Nabi Muhammad SAW juga bersabda; "Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga." - (Hadis Riwayat Bukhari).
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali
Moga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/10/7-amalan-boleh-dilakukan-dalam-masa.html