Kami Tak Sekaya Pasukan Lain Tapi Cari Duit Sendiri Dan Tidak Menadah Sana Sini Bekas Ceo The Bos Gaurus




ISU pengurusan padang di Stadium Perak, Ipoh terus menjadi bahan bualan hangat susulan masalah itu menjadi punca aksi Liga Super antara skuad The Bos Gaurus (TBG) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditangguhkan.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu itu terpaksa diadakan pada tarikh berbeza akibat keadaan padang tidak mengizinkan berpunca daripada sistem perparitan tidak terurus.
Masalah berkenaan terus menjadi bahan pertelingkahan antara kedua-dua pasukan apabila masing-masing berasakan skuad Harimau Selatan sebagai pelawat sengaja mengambil langkah tersebut tanpa memikirkan perasaan mereka yang hadir ke venue perlawanan.
BACA LAGI: ‘Pakar bola sepak konon’, Bobie Farid buktikan kata jurulatih misteri salah tentang Lucho
BACA LAGI: Ahmad Shahrul Azhar, bekas CEO antara 3 nama sesuai ganti Bobie teraju Perak FC

Padang berlecak sebelum aksi Liga Super antara Perak FC dan JDT. — Twitter/TMJ
Namun, penyokong JDT enggan berdiam diri apabila masing-masing menepis dakwaan itu sambil menegaskan pihak pengurusan Perak FC sepatutnya lebih cakna mengenai pengurusan padang berbanding melaburkan wang jutaan ringgit setiap musim demi menguatkan skuad.
Desakan itu kemudiannya menerima perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin yang menjelaskan kelabnya sudah mempunyai perancangan mengenainya.
Dalam satu hantaran di laman Facebook Ariesham, dia menegaskan kerja-kerja memperbaiki padang hanya boleh dibuat pada November berdasarkan tarikh geran yang ditetapkan.
“Ya, sudah ada peruntukan dari KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan Kerajaan Negeri setujum malah ada naik taraf yang dilakukan Kerajaan Negeri seperti pagar keselamatan yang sudah pun siap.

“Kenapa buat bermula November? Kerana pada waktu geran ini diluluskan, kebanyakan aktiviti di stadium sudah ditempah awal oleh pelanggan-pelanggan stadium,” katanya.
Hantaran itu dibuat berserta keratan akhbar bertarikh 5 Jun lalu yang menyatakan padang di ‘rumah’ kepada skuad TBG itu akan diubah bermula November seperti mana ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.
Perancangan berkenaan jelas berjalan lancar memandangkan aksi di antara Perak FC dan JDT pada Sabtu lalu sepatutnya menjadi aksi terakhir pasukan bimbingan Yusri Che Lah di venue tersebut sebelum berpindah ke Stadium Manjung, Perak.
Jelas Bobie lagi, Stadium Perak turut menjana pendapatan menerusi sewaan padang yang tidak berskala besar, namun masih dapat menyantuni permintaan pelanggan dari sekitar negeri terbabit.

Padang di Stadium Perak akan diubah dalam masa terdekat.
“Tempoh November hingga ke Julai 2025 (liga bermula) adalah difikirkan lebih baik untuk rumput jenis bermuda matang dan tidak membuat kesilapan yang sama seperti berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Macam saya cakap, antara stadium yang penjagaannya bagus di Malaysia adalah Stadium Perak. Ya, kami tak sekaya pasukan lain, tetapi kami cari duit sendiri dan bukan menadah sana sini,” katanya lagi.
Kerajaan negeri Perak sebelum ini merupakan antara yang terawal menerima seruan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk menukar jenis rumput di padang stadium utama kepada Zeon Zoysia.
Tawaran itu sememangnya sukar untuk diterima kerana kos penjagaan saban tahun boleh mencecah RM200,000 yang difikir terlalu membebankan kerajaan serta pihak pengurusan kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link
The post Kami tak sekaya pasukan lain tapi cari duit sendiri dan tidak menadah sana sini — Bekas CEO The Bos Gaurus appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/kami-tak-sekaya-pasukan-lain-tapi-cari-duit-sendiri-dan-tidak-menadah-sana-sini-bekas-ceo-the-bos-gaurus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mampu Beli Sendiri Bayar Cash Tapi Wanita Ini Mahu Kekasih Belanja Iphone 16 Installment 3 Tahun Selfish Tak I

Hiburan Mampu Beli Sendiri Bayar Cash Tapi Wanita Ini Mahu Kekasih Belanja Iphone 16 Installment 3 Tahun Selfish Tak I

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 318 hits
Model terbaru keluaran Apple iaitu iPhone 16 menjadi rebutan ramai sejak ia dilancarkan baru baru ini di Malaysia Termasuklah seorang wanita tidak dikenali ini yang bertanyakan pendapat orang ramai namun sebaliknya menerima kecaman Advertis...
Kisah Sorok Duit Sivaji The Boss

Kisah Sorok Duit Sivaji The Boss

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 130 hits
Desa HM Dalam satu adegan filem Sivaji The Boss ada babak yang para koruptor semua panik bila Sivaji call Habih kalut depa keluarkan duit haram yang disorok dalam guni atas siling dalam kolam kat kandang lembu Semua sebab depa takut kantoi ...
Saya Nak Jumpa Anak Sendiri Pun Tak Boleh Bekas Pengikut Gisbh

Saya Nak Jumpa Anak Sendiri Pun Tak Boleh Bekas Pengikut Gisbh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 192 hits
Aizat Sharifam hmetro com myKangar Sudahlah saya dipisahkan dengan anak saya dan hendak bertemu pun saya mesti mendapat kebenaran penjaga pusat jagaan terlebih dahulu malah ada ketikanya saya tidak dibenarkan untuk berjumpa walhal saya ada ...
Petua Masak Daging Lada Hitam Sedap Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

Petua Masak Daging Lada Hitam Sedap Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 183 hits
Daging Lada Hitam Daging Blck Pepper ni tak sukar dimasak Bahan bahannya juga ringkas sahaja namun ramai yang rasa renyah nak sediakan sajian ini Jika menggunakan sos sedia ada di pasaran boleh je Tetapi jika boleh jimat dan rasa rencah yan...
Sunday Sermon The Economics Of The Halal Scam A Blockbuster By Sam The Ceo

Sunday Sermon The Economics Of The Halal Scam A Blockbuster By Sam The Ceo

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 151 hits
The following is written by my friend Sam The CEO or Sam The Oilman Sunday Sermon The Economics of The Halal Scam Or How to Make the Clerical and Political Class Rich on the Backs of Muslims and Make Them PoorerMy thesis The halal concept i...
As Ad Motawh Selit Duit Dalam Tin Susu Mahu Beri Kejutan Buat Golongan Ibu Netizen Puji Tapi Persoal Pilih Jenama Mahal

As Ad Motawh Selit Duit Dalam Tin Susu Mahu Beri Kejutan Buat Golongan Ibu Netizen Puji Tapi Persoal Pilih Jenama Mahal

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 158 hits
PENYANYI As ad Motawh mencuri tumpuan netizen apabila bermurah hati mengeluarkan wang sebanyak RM1 000 bagi tujuan sedekah di sebuah pasar raya di Kepong Kuala Lumpur Jelas As ad atau As ad Ahmad Mohammad Motawh 23 tujuan dia berbuat demiki...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord