Pesanan Dan Nasihat Dari Ustaz Ismail Kamus Yang Menyentuh Hati



Negara kita gempar dengan kematian seorang pendakwah terkenal iaitu Datuk Ismail Kamus yang menghembus nafas terakhir pada hari jumaat yang lepas. Beliau banyak menyumbang pada negara melalui kerja-kerja dakwah.

Semoga Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus diberikan keampunan oleh Allah SWT jua, diangkat pada kedudukan yang tinggi di sisi-Nya, serta dihujani dengan lautan rahmatNya yang tidak bertepi.




Berikut Adalah Pesanan Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus dalam video yang sempat saya lihat:

JANGAN TINGGALKAN 4 AMALAN INI SETIAP HARI

1. Solat jangan tinggal.

Solat ni yang kita perlu laksanakan adalah solat fardhu dan solat sunat. Pengorbanan kita adalah solat sunat. Sebab yang fardhu ni dah tentu dah.

2. Baca Al-Quran

Sekurang-kurangnya 100 ayat sehari.

Sebelum tidur baca 3 Surah ni, Al Mulk, As Sajdah, Al Waqiah

Pagi-pagi baca Surah Yasin.

3. Zikir dan wirid.

Ya Allah 100x
Lailahaillallah 300x
Selawat 100x
Istighfar 100x (pada waktu sahur)

Baru-baru ni ada ulama dari Mekah datang. Katanya selawat tu kalau boleh, baca 1000 kali pagi, 1000 kali tengahari, 1000 kali malam. Tak boleh nampak gayanya. Tak ada harapan kata Almarhum.

Maka kita ikut yang paling ringan seperti yang tercatat dalam banyak kitab kecil; 100 atau 300 kali. Saya pesankan pada tuan-tuan, jangan tunggu masa lapang. Kitalah yang melapangkan masa.

Korbankan masa. Jangan sibuk tengok televisyen.

4. Sedekah.

Paling kurang sedekah setiap hari jumaat. Kalau gaji rm5000, masuklah dalam tabung masjid rm50. Jangan gaji rm5000, baginya 10 sen.

Saidina Ali berkata; “Agama dan dunia akan tegak, selama mana orang kaya tidak kedekut akan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.”

Orang yang ada duit, jangan sayang duit. Sedekah ini merupakan cara untuk sihat badan dan panjang umur inshaAllah.


JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

AL-FATIHAH (dibaca)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maurelaxjer.com/2020/05/pesanan-dari-ustaz-ismail-kamus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indah Menyentuh Hati Lelaki Ini Kongsi 21 Pesanan Penuh Makna Pendakwah Ustaz Ebit Lew

Indah Menyentuh Hati Lelaki Ini Kongsi 21 Pesanan Penuh Makna Pendakwah Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 438 hits
small Cover image via Ebit Lew Instagram small Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Digelar sebagai pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian ...
Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 707 hits
Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia Tuan Guru Dato Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12 30 pagi 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempa...
Ustaz Ismail Kamus Sudah 10 Hari Di Icu Hkl

Ustaz Ismail Kamus Sudah 10 Hari Di Icu Hkl

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 530 hits
ARIF ATAN Antara buku tulisan perunding motivasi dan pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Ismail Kamus difahamkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu Mesej anaknya Ust...
Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham

Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 609 hits
As Salam Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham Pagi ini semasa sahur bersama suami dan anak anak suami beritahu saya akan pemergian Ustaz Ismail Kamus seorang pendakwah yang sangat saya kenal...
Belasungkawa Almarhum Ustaz Ismail Kamus

Belasungkawa Almarhum Ustaz Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 350 hits
FIGURA ini seangkatan dengan almarhum Dr Haron Din almarhum Pak Yazid Jaafar almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh dakwah fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual dipasar pasar malam ...
Pemergian Ulamak Ustaz Ismail Kamus

Pemergian Ulamak Ustaz Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 668 hits
Ustaz Dato Ismail KamusSeorang pendakwah bebas Malaysia Beliau seorang tokoh Ulamak terkenal diMalaysia Indonesia Singapura Thailand dan Bruneidan bahkan berdakwah di Eropah khususnya di UK dan juga di Amerika Syarikat Beliau juga berdakwah...
Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Jumaat Ramadan Jangan Jadi Macam Burung Unta

Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Jumaat Ramadan Jangan Jadi Macam Burung Unta

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 641 hits
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia Jumaat Ramadan jangan jadi macam burung unta Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang ilmuwan tokoh ulama Malaysia yang terkenal iaitu Dato Ismail Kamus P...
Doakan Ustaz Ismail Kamus Di Icu Tekanan Darah Rendah Jantung Lemah

Doakan Ustaz Ismail Kamus Di Icu Tekanan Darah Rendah Jantung Lemah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 1238 hits
Seorang pengguna Facebook berkongsi perkhabaran daripada pihak Darussalam mengenai pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Menurut Luqman Daud pendakwah berusia 71 tahun itu sedang m...
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 460 hits
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaDuka cita dimaklumkan Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi Al Fatihah Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaTAKZIAH Dukacita dimaklumkan Ustaz Isma...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp