Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham


As Salam,Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya : Al Fatihah Untuk Allahyarham.-Pagi ini semasa sahur bersama suami dan anak-anak, suami beritahu saya akan pemergian Ustaz Ismail Kamus, seorang pendakwah yang sangat saya kenali melalui ceramah-ceramahnya.Beliau dikhabarkan meninggal dunia awal pagi tadi pada jam sekitar 12.30 pagi bersamaan Hari Jumaat, pada 15 Ramadan 1441


نَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَUstaz Ismail Kamus Rahimahullah, pendakwah tanah air yang kita kasihi telah kembali ke rahmatullah. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.Ya Allah, ampunilah dia, sayangilah dia dan maafkan kesalahannya.Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dari kalangan orang-orang yang beriman...آمين🤲
Sejak zaman sekolah menengah lagi, saya dah terbiasa dengan nama Ustaz yang seorang ini.Dalam hayatnya, ada satu ilmu yang dikongsikan dalam ceramahnya yang Allah bagi hidayah, sehingga saya mengamalkannya hingga kini.

Sudah sekian lama, sejak saya mendapat ilmu ini, saya sentiasa mengamalkannya.Seingat saya ketika itu, saya mendengar ceramahnya pada sebelah malam, sambil mengosok baju sekolah dan baju kerja suami.

Lebih kurang begini, dalam ceramahnya itu, Ustaz memberitahu bahawa dia ingin kongsikan satu doa, doa yang dia mahu kita semua amalkan, yang ustaz beritahu ibarat Ibu Segala Doa.Saya pun dah ingat-ingat lupa.Tapi yang saya ingat ialah katanya begini :
Bila berdoa, jangan lupa doalah dengan cara begini : Ya Allah, makbulkanlah doa-doaku selagi mana ia baik untuk dunia dan akhirat ku.aamiin.
Kadang-kadang kita ni dalam berdoa, memang kita akan mohon macam-macam untuk dunia dan akhirat kan.Dalam pada berdoa itu, kita lupa nak mintak pada Allah supaya Allah kabulkan doa-doa kita.MasyaAllah.Sehingga sekarang, bila doa begini, ada masa juga saya minta Allah kabulkan doa ibu bapa saya, minta Allah kabulkan doa suami saya, minta Allah kabulkan doa anak-anak saya.Ada masa juga saya sebutkan nama sahabat handai dan saudara mara, supaya doa mereka Allah kabulkan.Ia ibarat hadiah saya kepada teman-teman yang banyak memberi manfaat dalam kehidupan saya.Alhamdulillah

Dibawah ini saya kongsikan amalan Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus, semoga menjadi panduan kita yang masih hidup.Istimewanya Allah jemput ustaz pada hari Jumaat yang mulia, dan pada bulan Ramadan yang penuh berkat.Bukan semua orang mendapatnya, bukan

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS 
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfr
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas
18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
tazkirah hati

#Share ilmu ini utk peringatan semua.
*InshaAllah*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya.Àamiin
#KongsiIlmuBermanfaat
Salam takziah buat keluarga arwah... Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang Soleh... Aminn...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/05/amalan-hidup-tuan-guru-ustaz-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 484 hits
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaDuka cita dimaklumkan Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi Al Fatihah Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaTAKZIAH Dukacita dimaklumkan Ustaz Isma...
Jadual Kehidupan Harian Yg Disusun Oleh Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus

Jadual Kehidupan Harian Yg Disusun Oleh Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 504 hits
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS Perginya tak kembali Pergi seorang ulama yang dikagumi The post appeared first on
Perginya Pada 15 Ramadan Yang Mulia Tuan Guru Ismail Kamus Hembuskan Nafas Terakhir Tengah Malam Tadi

Perginya Pada 15 Ramadan Yang Mulia Tuan Guru Ismail Kamus Hembuskan Nafas Terakhir Tengah Malam Tadi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 334 hits
Beliau merupakan tokoh agamawan yang sememangnya disegani Pentas ceramah beliau sering kali dilimpahi lautan manusia Setiap baris ayat yang dituturkan menjadi perhatian ramai malah apa yang disampaikan juga selalu dijadikan rujukan dan pand...
Tuan Guru Ismail Kamus Dijemput Ilahi Menjelang 15 Ramadan

Tuan Guru Ismail Kamus Dijemput Ilahi Menjelang 15 Ramadan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 559 hits
PENDAKWAH terkenal Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke 15 Ramadan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun Perkara itu disahkan menerusi halaman Facebook rasmi beliau...
Berita Kematian Ustaz Ismail Kamus Palsu

Berita Kematian Ustaz Ismail Kamus Palsu

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 679 hits
Berita kematian Ustaz Ismail Kamus palsuSHAH ALAM Berita yang ditularkan netizen di media sosial berhubung kematian pendakwah Datuk Ismail Kamus adalah palsu Memetik laporan HarakahDaily Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam ...
Doakan Ustaz Ismail Kamus Di Icu Tekanan Darah Rendah Jantung Lemah

Doakan Ustaz Ismail Kamus Di Icu Tekanan Darah Rendah Jantung Lemah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 1284 hits
Seorang pengguna Facebook berkongsi perkhabaran daripada pihak Darussalam mengenai pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Menurut Luqman Daud pendakwah berusia 71 tahun itu sedang m...
Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 730 hits
Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia Tuan Guru Dato Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12 30 pagi 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempa...
Pemergian Ulamak Ustaz Ismail Kamus

Pemergian Ulamak Ustaz Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 694 hits
Ustaz Dato Ismail KamusSeorang pendakwah bebas Malaysia Beliau seorang tokoh Ulamak terkenal diMalaysia Indonesia Singapura Thailand dan Bruneidan bahkan berdakwah di Eropah khususnya di UK dan juga di Amerika Syarikat Beliau juga berdakwah...
Ustaz Ismail Kamus Sudah 10 Hari Di Icu Hkl

Ustaz Ismail Kamus Sudah 10 Hari Di Icu Hkl

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 552 hits
ARIF ATAN Antara buku tulisan perunding motivasi dan pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Ismail Kamus difahamkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu Mesej anaknya Ust...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Potong Cake Birthday

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Keeping Jellyfish In The Aquarium Practical Fishkeeping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Top Commentator Bulan Mac 2025