Belasungkawa Almarhum Ustaz Ismail Kamus




FIGURA ini seangkatan dengan almarhum Dr Haron Din, almarhum Pak Yazid Jaafar, almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh dakwah fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an.
Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual dipasar-pasar malam dan juga tapak ceramah. Zaman itu aura Ustaz Ismail Kamus dengan lawak khasnya menjadikan kuliah-kuliah agama tumpuan masyarakat.Tokoh ini dengan adunan bakat yang pelbagai sangat popular di negara ASEAN, juga reputasi beliau dalam perubatan Islam dan juga penglibatan dalam perjuangan Islam.Figura dakwah yang amat berjasaUstaz Dato’ Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat berpegang dengan ajaran Islam.Malah seorang adik kandungnya, Ustaz Jais Kamus juga seorang tokoh agama yang dikenali di Selangor. Ustaz Ismail Kamus telah mendapat pendidikan awal formal, bermula di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun.Beliau juga mendapat pendidikan menengah agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Di Klang anak remaja ini mendapat suntikan semangat untuk me dalami ilmu-ilmu agama secara bertalaqi, antara gurunya ialah seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah institusi pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang dinegara ini.Figura dakwah ini mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam.Beliau menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976.Semangat dan cita-cita untuk menambah ilmu sentiasa membara dijiwa tokoh dakwah ini. Beliau juga pernah bermukim ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.Selain dikenali sebagai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang fenomena, Ustaz Ismail juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak.Beliau melatih ratusan perawat-perawat Islam serta menyalurkan kepakarannya untuk berkhidmat kepada masyarakat, termasuk di Brunei dan juga Singapura.Ustaz Ismail selain dikenali sebagai usahawan muslim yang sukses, juga pernah berkhidmat sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain pernah bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam.Kekayaan pengalaman inilah yang berjaya dituang dalam pengisian ilmu agama kepada masyarakat sehingga nama beliau meniti bibir ke bibir masyarakat.Pendakwah tersohor ini pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan aspirasi Islam, beliau bersama dalam arus kebangkitan rakyat pasca reformasi 1998 sehingga dipilih untuk bertanding di DUN Gombak Setia.Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi empat kerusi di Selangor iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan gelombang reformasi.Beliau juga pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan pelbagai jawatan dalam parti.Reputasinya sebagai seorang pendakwah fenomenal dengan memberi ceramah agama dipelbagai negara seperti di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Undangan ini termasuk daripada kalangan ekspatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.Jasa dan sumbangan Ustaz Ismail Kamus begitu besar kepada kita semua dan keharuman bakti ini menebar kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang politik ,harkat sosial dan latarbelakang sosio ekonomi.Dalam bidang kebajikan , bantuan kemanusiaan dan membantu insan lain, beliau adalah Penasihat kepada NGO, Muslim Care Malaysia sehinggalah nafasnya yang terakhir.Sikap cakna dan peduli ummah serta karektor almarhum yang sentiasa menderma bukan lagi rahsia . Sentiasa bertukar maklumat dan memberikan dokongan kepada Muslim Care Malaysia melalui Presidennya , Haji Zulkifli Wahijan.Dalam keuzurannya, beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.Ramadhan kali ini dalam suasana PKP yang suram, rakyat negara ini menerima berita sedih akan keuzuran almarhum. Dalam beberapa tahun ini, Ustaz Ismail menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang,namun dalam jerih kesakitan pun beliau tetap tersenyum dimeja-meja kuliah mencerahkan ummah.Sehari dua ini bergentayangan dimedsos akan berita beliau kembali kerahmatullah, ini adalah manifestasi cintanya rakyat kepada almarhum sang murabbi.Malam jumaat Ramadan yang barokah ini, sang daie ini mengadap Penciptanya dengan jutaan doa daripada umat Islam.Allah memuliakan pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik umur wajib dituangkan seluruhnya dimedan dakwah dan khidmat bakti.Kita akan merindui candaan dalam kuliah almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam.Pesan -pesan berharga almarhum lewat melalui kaset,rakaman cd, media sosial akan menjadi hasil tuaian pahala berpanjangan kepada almarhum Ustaz Dato Ismail Kamus.Selamat berehat wahai sang murabbi dan kami juga akan menyusul kelak. Alfatihah!DR RIDUAN MOHAMAD NOR(Penulis ialah aktivis kemanusiaan tanpa sempadan, Pengerusi LESTARI)HARAKAHDAILY 8/5/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/belasungkawa-almarhum-ustaz-ismail-kamus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 446 hits
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaDuka cita dimaklumkan Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi Al Fatihah Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal duniaTAKZIAH Dukacita dimaklumkan Ustaz Isma...
Berita Kematian Ustaz Ismail Kamus Palsu

Berita Kematian Ustaz Ismail Kamus Palsu

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 631 hits
Berita kematian Ustaz Ismail Kamus palsuSHAH ALAM Berita yang ditularkan netizen di media sosial berhubung kematian pendakwah Datuk Ismail Kamus adalah palsu Memetik laporan HarakahDaily Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam ...
Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 689 hits
Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia Tuan Guru Dato Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12 30 pagi 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempa...
Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham

Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 592 hits
As Salam Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya Al Fatihah Untuk Allahyarham Pagi ini semasa sahur bersama suami dan anak anak suami beritahu saya akan pemergian Ustaz Ismail Kamus seorang pendakwah yang sangat saya kenal...
Pemergian Ulamak Ustaz Ismail Kamus

Pemergian Ulamak Ustaz Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 661 hits
Ustaz Dato Ismail KamusSeorang pendakwah bebas Malaysia Beliau seorang tokoh Ulamak terkenal diMalaysia Indonesia Singapura Thailand dan Bruneidan bahkan berdakwah di Eropah khususnya di UK dan juga di Amerika Syarikat Beliau juga berdakwah...
Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Jumaat Ramadan Jangan Jadi Macam Burung Unta

Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Jumaat Ramadan Jangan Jadi Macam Burung Unta

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 628 hits
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia Jumaat Ramadan jangan jadi macam burung unta Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang ilmuwan tokoh ulama Malaysia yang terkenal iaitu Dato Ismail Kamus P...
Doakan Ustaz Ismail Kamus Di Icu Tekanan Darah Rendah Jantung Lemah

Doakan Ustaz Ismail Kamus Di Icu Tekanan Darah Rendah Jantung Lemah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 1227 hits
Seorang pengguna Facebook berkongsi perkhabaran daripada pihak Darussalam mengenai pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Menurut Luqman Daud pendakwah berusia 71 tahun itu sedang m...
Ustaz Ismail Kamus Sudah 10 Hari Di Icu Hkl

Ustaz Ismail Kamus Sudah 10 Hari Di Icu Hkl

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 516 hits
ARIF ATAN Antara buku tulisan perunding motivasi dan pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Ismail Kamus difahamkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu Mesej anaknya Ust...
Pesanan Dan Nasihat Dari Ustaz Ismail Kamus Yang Menyentuh Hati

Pesanan Dan Nasihat Dari Ustaz Ismail Kamus Yang Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 555 hits
Negara kita gempar dengan kematian seorang pendakwah terkenal iaitu Datuk Ismail Kamus yang menghembus nafas terakhir pada hari jumaat yang lepas Beliau banyak menyumbang pada negara melalui kerja kerja dakwah Semoga Tuan Guru Dato Haji Ism...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names