Pesan Buat Penyokong Pas



Surat Terbuka (01) Buat Bekas Rakan2 dalam PAS.
Salam & Sejahtera buat bekas rakan2 dalam PAS sekalian! Meskipun genap 5 tahun kita berada dalam wadah perjuangan yang berbeza, pada hakikatnya, kita masih lagi bersahabat. Jiwa-jiwa kita bertaut dalam memperjuangkan lslam yang indah dan adil.RasulAlLah (SAW) berpesan الدين النصيحة Agama itu Nasihat. Dalam rangka anjuran itu, saya bagi mewakili rakan2 menulis Surat Terbuka (ST) ini, buat renungan dan tindakan sahabat2 dalam PAS.Sekian lama berhajat menasihati kalian. Amat rumit untuk ditulis. Jutaan maaf, namun atas pesanan lisan Nabi Junjungan di atas, saya teruskan.Andainya Tuan2 setuju dengan syor saya, maka Tuan2 wajar segera menasihatkan Pimpinan Tertinggi PAS.Andainya mereka enggan mengambil tindakan atas syor-syor Tuan2, maka Tuan2 punya pilihan tindakan susulan.Untuk pendekkan ST ini, saya akan hanya fokas satu isu sahaja. Kalau dizinkan AlLah, saya akan tulis ST ini bersiri.Tentunya Pimpinan PAS bolih berhujah ‘merasional’ pelbagai tindakan mereka, khasnya Tuan Guru Presiden (TGP). Biar wujud satu wacana, baik sekali.ST pertama ini merungkaikan ‘Mengapa PAS mengekalkan sikap menyokong Pimpinan Tertinggi UMNO’, sekaligus UMNO itu sendiri. (sehingga tertubuhnya kini gabungan Muafakat Nasional).Saya mengajak ahli-ahli dan ulama PAS di peringkat akar-umbi, untuk memikirkan tentang pendirian TGP dan Timbalan Presiden PAS (TPP), terhadap DS Najib Razak (NR) serta DS Zahid Hamidi (ZH), Mantan dan Presiden UMNO, sekaligus UMNO itu sendiri.Sangat ‘menakjubkan’ tindakan TGP, TPP serta pimpinan yang lain (seperti dlm gambar), yang masih menyokong NR setelah jelas Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohammad merakamkan ‘tiada sebarang merit meragui apa yang dilakukan tertuduh’ lantas mensabitkan kesalahan 7 pertuduhan yakni pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.NR dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta. Dalam penghakiman penuh setebal 801 muka surat, yang diterbitkan beberapa hari lalu, Hakim merakamkan jenayah-jenayah ini sebagai.. ‘yang paling teruk’ melibatkan individu tertinggi dalam kerajaan’.Sementara menyebutkan bahawa NR tidak menunjukkan penyesalan terhadap pertuduhan, Hakim juga merakamkan ‘sesungguhnya adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan’!Untuk rekod, NR masih berdepan dengan pertuduhan melibatkan 42 lagi pelbagai jenayah kewangan lain.Apabila TGP, TPP dan pimpinan PAS amat bersahaja, setelah keputusan disabitkan, apakah ahli dan ulama PAS diperingkat akar-umbi, hanya mampu berdiam diri?Mereka boleh tidak menegur Pimpinan di peringkat awal, berdasarkan kaedah Qawaid Fiqqiyah, ‘الاصل براءة الذمة’ atau ‘Tidak bersalah kecuali disabit kesalahan’, atas apa jua sebab atau kepentingan.Namun, setelah dijatuhkan hukuman ke atas NR, maka tidak layak lagi sesiapa pun untuk berbaik sangka dan meneruskan sikap lama, seperti yang ditunjukkan pimpinan tertinggi PAS, lalu ahli dan pimpinan Ulama akar-umbi perlu menasihatkan Pimpinan PAS untuk ‘ولا تعاونوا على الاثم والعدوان’. (Al Maidah: 2). Dan janganlah kamu tolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”*Paling tidaknya, TGP dan TP PAS, wajar menasihatkan NR untuk insaf dan menyatakan penyesalan atas kesalahan-jenayah yang telah dilakukannya, sebagai jalan pengislahan yang paling murni untuk dirinya dan pendirian ini mestilah diumumkan sebagai pendirian rasmi sebuah parti islam.Sebaliknya, apakah tajuk perbualan yang boleh dibayangkan antara NR dan pimpinan PAS dalam pertemuan (gambar) selepas hukuman diputuskan? Adakah pertikaian pensabitan dan rayuan? Wa AlLahu ‘Alam.Apakah TGP atau TPP telah nyatakan pendirian secara jujur dan berani kepada NR seterusnya kepada umum dalam berdepan isu yang menuntut kejelasan serta ketegasan prinsip dan keutuhan moral sebuah parti Islam? Dan selepas itu, rencana politik kepartaian antara PAS dan UMNO, mungkin sahaja boleh diteruskan.Amat wajar ahli dan Ulama PAS akar-umbi mengingatkan Pimpinan PAS supaya tidak terjerumus dalam implikasi hadith RasulAlLah (SAW) yang masyhur ini. Ketika ditanya akan ‘Apakah ‘Asobiyah itu? RasulAlLah langsung menjawab bahawa ‘Asobiyah itu adalah ‘Kamu membantu kaum mu dalam berbuat Kezaliman’. – يا رسول الله: ما العصبية ؟ قال (ص): أن تعين قومك على الظلم Persis sekali!Nah, antara kezaliman, kemaksiatan dan jenayah terbesar, di akhir zaman ini, adalah wujudnya ‘pemimpin-pemimpin negara yang merompak dan mencuri wang serta khazanah kekayaan negara’. Hari ini jenayah ini disebut dengan istilah modennya, ‘KLEPTOKRASI’.PAS, sebagai parti lslam, semestinya mengambil peranan utama dalam memerangi jenayah atau jarimah yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merosak kemakmuran negara. Anehnya PAS senang dengan parti yang sarat dengan amalan kleptokrasi. Amat ironis sekali.Pendirian TGP, TPP terhadap NR, dan secara lanjutannya, juga terhadap ZH, memberi erti PAS seolah-olah ‘bertoleransi bahkan selesa’ akan perilaku dan perbuatan jenayah, justeru kerana kesamaan bangsa dan kesatuan agama.Apakah demi mencapai ‘Kesatuan Melayu-Islam’, PAS jelasnya telah membelakangkan peringatan keras hadith ini.Apakah doktrin Asobiyah secara jahiliyah moden ini menjadi amalan ‘real politik’ PAS, yang juga semakin hilang perhitungan kompas moral dan nilai akhlaq lslamnya? Ahli dan Ulama akar-umbi mesti berani mengangkat kritikan ini kepada TGP dan TPP!Doktrin ini telah melahirkan mutakhir ini, fahaman kepentingan Melayu-lslam sebagai teras kepimpinan negara, walaupun mereka itu jelasnya dari golongan kleptokrat atau perompak-penyamun dan kini pengkhianat. Malang sekali!Demi kuasa, apakah ini yang didakwa sesetengah PAS telah menganut fahaman Al-lbahiyah (Fahaman Boleh Belaka) tanpa sedar, sehingga segalanya boleh ditangguh atau ditunda, demi menjaga kuasa?! Kuasa pula tidak dikira dari mana datangnya..samada melalui tebuk atap atau pintu belakang melalui pengkhianatan..
Aduuh!..Amat jauh sudah lnhiraf (Penyimpangan) PAS!Ataukah PAS bermudah bersandarkan akan mana-mana ‘Qawaid Fiqqiyah’ mengikut selera politik, seperti ‘Akhaafud dhararain’ (mengambil mudharat yang lebih ringan), kononnya, DAP adalah kemudharatan yang lebih besar, yang perlu dibenteras dan dinyahkan dahulu.Ahli dan Ulama PAS akar-umbi WAJIB menegur Pimpinan Tertinggi khasnya TGP, TPP dan Majlis Syura Ulama!Andainya pimpinan enggan akui, lantas tidak mahu diperbetulkan, maka adalah merupakan kewajipan Ahli dan Ulama akar-umbi parti, untuk mencari wadah perjuangan yang lebih konsisten dan iltizam.Semoga ST pertama ini, ditatapi dan direnungi oleh Ahli-Ahli serta Ulama akar-umbi PAS, yang merupakan sahabat-sahabat yang kami kasehi dan doakan, agar sentiasa dilindungi dan dirahmati AlLah Azza Wajalla. Akhukum filLah,
Dr Dzulkefly Ahmad


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29702

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muktamar Pas Hal Hal Terpendam Dan Pesan Malar Segar

Muktamar Pas Hal Hal Terpendam Dan Pesan Malar Segar

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 287 hits
Muktamar PAS kali ke 66 yang berlangsung di Kota Bharu kelmarin menyaksikan banyak perubahan pendekatan yang diambil pimpinan dan perwakilan parti itu dalam mengetengahkan agenda serta hala tuju politik mereka Dengan tempoh persidangan yang...
Penyokong Pas Di Pantai Timur Mahu Parti Bersendirian

Penyokong Pas Di Pantai Timur Mahu Parti Bersendirian

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 213 hits
Pengkhianatan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional menyebabkan Pas tidak bertanding di Sabah buat pertama kali sejak 1986 membuat banyak penyokong parti itu berpendapat tiada gunanya bekerjasama dalam mana mana gabun...
Pas Jangan Buat Hal Pulak

Pas Jangan Buat Hal Pulak

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 271 hits
Masa pernah bergabung dengan pelbagai gabungan parti sebelum ini Semuanya berakhir dengan tidak sehaluan Dan kini PAS bergabung dengan parti melayu terbesar yang mana dulunya menjadi musuh utama PAS Dengan pelbagai tohmahan dan dakyah kedua...
Pas Patut Sedar Bagaimana Ia Dilayan Dalam Pn

Pas Patut Sedar Bagaimana Ia Dilayan Dalam Pn

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 251 hits
Abdul Rahim Hilmi Zakariya Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah 1 Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang mewakili Perikatan ...
Kah Baru Terasa Kena Kencing Semakin Ramai Pemimpin Pas Luah Perasaan Mengaku Jadi Tongkat Pn Bn

Kah Baru Terasa Kena Kencing Semakin Ramai Pemimpin Pas Luah Perasaan Mengaku Jadi Tongkat Pn Bn

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 383 hits
Bila sakit cari tongkat bila dah sihat buang tongkat kata pemimpin Pas apabila parti itu tidak dilayan sewajarnya dalam pilihan raya negeri Sabah Bendahari Pas Datuk Iskandar Abdul Samad memberikan ingatan kepada rakan rakannya Tapi tongkat...
Kita Hasut Melayu Benci Pas Sebab Jual Agama Dan Kuat Tipu

Kita Hasut Melayu Benci Pas Sebab Jual Agama Dan Kuat Tipu

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 366 hits
http wrlr blogspot com 2020 09 kita hasut melayu benci passebab jual htmlhttp wrlr blogspot com 2020 09 mengapa wajib tukar kerajaan kelantan htmlWei Zuhdi nak bagi tau pada hang la Kalau Bn ka Pn nak menang di Penang n jauh la Negeri rakya...
51 Dalil Kena Tolak Pas

51 Dalil Kena Tolak Pas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 178 hits
TINTA MERAHAyuh Rakyat Kelantan Perantau Kita Tukar PAS Dalil dah hujah kenapa rakyat Kelantan Wajib tukar kerajaan Pas kepada BN Umno PAS diawalnya cukup manis merdu dan lembut alunan suara tarinya sehinggakan ramai yang asyik dan tergoda ...
Pimpinan Pas Luah Kekesalan

Pimpinan Pas Luah Kekesalan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 329 hits
SHAH ALAM Beberapa pimpinan Pas hari ini nampaknya meluahkan kekesalan susulan tiada sebarang kerusi diperuntukkan oleh Perikatan Nasional kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini Memetik laporan Malaysiakini antara pemimpin...
Pas Beri Laluan Untuk Elak Pertembungan Kata Abdul Hadi

Pas Beri Laluan Untuk Elak Pertembungan Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 296 hits
PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional dalam PRN Sabah bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya Perkara itu dinyatakan presidennya Abdul Hadi Awang berhubung ketiadaan calon ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord