Muktamar Pas Hal Hal Terpendam Dan Pesan Malar Segar



Muktamar PAS kali ke-66 yang berlangsung di Kota Bharu, kelmarin, menyaksikan banyak perubahan pendekatan yang diambil pimpinan dan perwakilan parti itu dalam mengetengahkan agenda serta hala tuju politik mereka.Dengan tempoh persidangan yang terhad itu ternyata berjaya diambil ruang dan peluang kepada pimpinan untuk mentarbiyah dan meredakan kegelisahan akar umbi dalam seputar isu hangat yang boleh dianggap mencalar ego politik parti itu.
Pada kebiasaannya, perhimpunan tahunan itu menjadi medan lebih terbuka kepada perwakilan membawa suara akar umbi dengan lebih lantang serta berterus-terang.
Bagaimanapun kali ini, rata-rata mereka dilihat mengambil sikap lebih berwaspada walaupun masih kelihatan hal-hal yang terpendam dan tak terluahkan.
Pemerhatian penulis mendapati pemimpin PAS berjaya membilas bara dan ketidakpuasan hati anak-anak buah khususnya selepas parti itu gagal mempertaruhkan sebarang kerusi dalam PRN Sabah.
Penegasan soal walak dan kesetiaan menjadi ubat mujarab dengan pesan mesra yang begitu malar segar sifatnya.
Bagaimanapun, ketidakpuasan dalam isu PRN Sabah sukar disembunyi ke lubuk rasa paling dalam.
Signal acah-acah susulan PRN Sabah
Antara lain boleh ditafsir melalui kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang melontarkan pandangan awal bahawa mereka seboleh-bolehnya mahu membolot dan bertanding di semua kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Ia adalah signal (walau sekadar acah-acahan) yang dihantar susulan apa yang berlaku di Sabah dan bagaimanapun PAS terpaksa akur tanpa soal lagi sekali gus menggerakkan jentera untuk turun berkempen bagi pihak rakan-rakan tahaluf siyasi.
Dalam pada itu, muktamar juga menerima usul tanpa bahas yang dikemukakan oleh sayap pemuda supaya PAS dibenarkan bertanding sekurang-kurangnya di 50 kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Itu menjadi kayu ukur secara langsung betapa PAS memberi penegasan kepada rakan-rakan sama ada Muafakat Nasional (PN) atau Perikatan Nasional (PN) ketika proses pengagihan kerusi masih berjalan di peringkat jawatankuasa teknikal gabungan terbabit dan tarikh pilihan raya masih menjadi teka-teki.
Jika ketika menjadi pembangkang seperti PRU14 lalu PAS boleh bertanding begitu banyak kerusi di seluruh negara, mengapa tidak ketika sudah bergelar parti kerajaan dan pastinya mempunyai banyak kemudahan waima sumber.
Ia akan menjadi indikator jelas bahawa dalam soal pembahagian kerusi ini, PAS tidak mahu sekadar menjadi 'adik manja' kepada abang-abang besar, apa lagi kepada rakan sekutu baru yang hanya menang satu atau dua kerusi pada PRU lalu.
Senario ini memberi bayangan selera besar PAS yang enggan lagi sekadar tunduk ketika mereka mempunyai segala kekuatan untuk tampil ke hadapan sekali gus memimpin permuafakatan.
'Awas bonggol di depan'
Hal ini dilihat boleh memberi risiko dan cabaran kepada MN dan PN dalam penentuan kerusi menjelang PRU15 dengan kekal tenang. 
Ia seperti wujudnya amaran 'awas bonggol di hadapan' dan masing-masing akan memilih sama ada mahu break mengejut atau terus pecut.
Rentetan itu juga Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menegaskan agar pimpinan dan perwakilan tidak menimbulkan sebarang polemik dalam soal pengagihan kerusi dan menyerahkan tugas itu kepada pucuk pimpinan tertinggi.
Selain itu, muktamar yang hanya berjalan sehari yang didahului dengan persidangan sayap muslimat dan pemuda itu memberi tumpuan supaya pimpinan PAS di setiap peringkat menjalankan peranan sebagai parti kerajaan, sebaliknya bukan membawa penampilan pembangkang.
PAS memberi arahan supaya pimpinan bergerak dan menjalankan program-program bersifat kerajaan termasuk mengadakan kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan.
Terdapat juga perwakilan yang menyampaikan pesan supaya tidak terikut dengan gerak kerja pembangkang misalnya amaran dikeluarkan perwakilan Kelantan, Dr Hassan Mohamood tampil menegaskan - pihak yang mempersoalkan pelaksanaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) disifatkan sebagai 'suara syaitan'.
Dengan ruang serta kehadiran yang terhad dan jangka masa pendek persidangan muktamar kali ini ia pasti membolehkan PAS berjaya mengawal suhu sepanjang kelangsungannya.
Di samping itu, desakan-desakan bersifat untuk meraih markah politik juga tidak ditonjolkan dan dalam banyak keadaan ia hanya bersifat cadangan mesra termasuk kepada kerajaan pusat.
Perwakilan dan pimpinan PAS juga tidak banyak menyentuh soal hubungan dengan rakan-rakan MN dan PN secara terperinci selain mengulangi mengenai kejayaan membentuk perpaduan politik yang membuahkan kerajaan PN.

Sementara itu, tumpuan juga dibangkitkan dalam soal kekuatan jentera penerangan PAS termasuk peranan yang dimainkan oleh tentera siber untuk melawan musuh-musuh politik khususnya melalui media sosial.
Sejauh ini menurut mereka laskar siber PAS yang digelar sebagai mujahid siber didapati tidak bernafsu dan digesa supaya bangkit melawan.
Keseluruhannya, muktamar bertemakan Islam memperkukuh perpaduan itu tidak boleh dipandang ringan bagi mengukur strategi sebenar PAS bagi berdepan kawan dan lawan.
Selebihnya kata orang kampung penulis, muktamar kali ini rasa kurang 'ummphh' sebab Datuk Nik Amar (Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah) tak berucap.
Naik pesawat menuju Sabah,
tengok orang pacak bendera;
kalau dah untung badan bertuah,
rakan taulan menumpang bahagia.

N Faizal Ghazali
MR : PAS perlu bergerak lebih kehadapan dengan Politik Islam   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/muktamar-pas-hal-hal-terpendam-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Jangan Buat Hal Pulak

Pas Jangan Buat Hal Pulak

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 235 hits
Masa pernah bergabung dengan pelbagai gabungan parti sebelum ini Semuanya berakhir dengan tidak sehaluan Dan kini PAS bergabung dengan parti melayu terbesar yang mana dulunya menjadi musuh utama PAS Dengan pelbagai tohmahan dan dakyah kedua...
Muktamar Ke 66 Buktikan Pas Hanyalah Parti Pak Pandir

Muktamar Ke 66 Buktikan Pas Hanyalah Parti Pak Pandir

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 198 hits
Selepas menantikan sekian lama untuk membentuk kerajaan akhirnya pada tahun ini berjayalah juga Pas mencapai hasrat itu walaupun secara tebuk atap seperti diistilahkan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang Pada minggu lalu juga Pas selesai men...
Pesan Buat Penyokong Pas

Pesan Buat Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 177 hits
Surat Terbuka Buat Bekas Rakan2 dalam PAS Salam Sejahtera buat bekas rakan2 dalam PAS sekalian Meskipun genap 5 tahun kita berada dalam wadah perjuangan yang berbeza pada hakikatnya kita masih lagi bersahabat Jiwa jiwa kita bertaut dalam me...
Isu Melayu Islam Prestasi Menteri Antara Tumpuan Muktamar Pas

Isu Melayu Islam Prestasi Menteri Antara Tumpuan Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 248 hits
Selain membincangkan agenda berkaitan Melayu Islam PAS juga perlu melihat isu pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang semasa bermuktamar nanti kata penganalisis politik Ini kerana menurut Prof Rusdi Omar dari Universiti Utara ...
Malay Muslim Issues Ministerial Performances The Focus Of Pas Muktamar

Malay Muslim Issues Ministerial Performances The Focus Of Pas Muktamar

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 243 hits
In addition to discussing its core agenda of Malay Muslim issues PAS will also need to address seat allocations for the next general election during its muktamar political analysts say According to Rusdi Omar of Universiti Utara Malaysia th...
Muktamar Pemuda Luluskan Usul Pas Tanding Minima 50 Kerusi Parlimen Pada Pru 15

Muktamar Pemuda Luluskan Usul Pas Tanding Minima 50 Kerusi Parlimen Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 256 hits
KOTA BHARU Pemuda PAS meluluskan usul yang dikemukakan agar parti itu bertanding sekurang kurangnya 50 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke 15 Usul tersebut dikemukakan oleh Pemuda PAS kawasan Bagai Serai dan kemudiannya dibuka untuk d...
Ustaz Hashim Jasin Pas Akan Tentukan Sikap Semasa Muktamar Pada 13 September Ini

Ustaz Hashim Jasin Pas Akan Tentukan Sikap Semasa Muktamar Pada 13 September Ini

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Ketika hubungan PAS dengan UMNO dilihat Mursyidul Amnya sebagai kemas dan kuat Hashim Jasin membayangkan akan ada juga perkembangan dalam pendirian parti itu semasa muktamar ke 66 mereka berlangsung hujung minggu ini Bercakap k...
Muktamar Pas Pru15 Prn Sabah Prestasi Kabinet Jadi Tumpuan

Muktamar Pas Pru15 Prn Sabah Prestasi Kabinet Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 302 hits
KOTA BHARU Isu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke 15 Pilihan Raya Negeri Sabah dan prestasi pemimpin Pas dalam kabinet kerajaan Persekutuan dijangka akan menjadi perbahasan utama perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke 66 yang akan diadakan Ah...
Pas Parti Auta Semalaysia

Pas Parti Auta Semalaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 230 hits
Dean SaidBerpuluh tahun PAS melawan UMNO BN Akhirnya bendera Dacing jugak yg dijulang Inikah yang dinamakan pejuang suara rakyat Semata mata jawatan dan kuasa segala prinsip habis tergadai Laungan BN menjadi ganti Harapan rakyat menjadi tar...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan

Habislah Rancak Menarik Bersama Video Hyoyeon Snsd Bersama Bomi Apink Dikritik Ramai

Dua Prajurit Tersambar Petir Di Mabes Tni Begini Kondisinya

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business