Pesaing Pembenci Anwar Juga Patut Buat Filem Untold Story Masing Masing




Filem Anwar – The Untold Story yang mengisahkan liku-liku perjuangan Presiden PKR itu dalam politik negara yang tayangan perdananya diadakan dua hari lalu, secara umumnya mengundang dua respon terbuka di media sosial.

Filem itu dibikin sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri lagi dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Mei ini.

Bagi penyokong dan mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi sejak 1998, terbitnya filem itu tentunya suatu kebanggaan dan dokumentasi kejayaan yang amat mengharukan.

Ditambah dengan tayangannya setelah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, semacam sudah terbayar segala derita selama ini.

Anwar sendiri menyebut filem tersebut adalah kenangan pahit yang sebenarnya ingin dilupakannya kerana sebahagian detiknya melukakan jiwa dan keluarganya, lalu beliau tidak mampu mengulas panjang mengenainya.

Selain Anwar pasti sebak ketika menontonnya, rata-rata penyokong, pendokong dan mereka yang terlibat dengan gerakan reformasi juga tentu sedemkian perasaan yang datang menerpa.

Bagi yang tidak menyokong, malah membenci Anwar, respon mereka jelas terlihat penuh dengan cercaan dan sindiran yang seolah-olah filem itu tidak bernilai sama sekali.

Pelbagai elemen sindiran, kecaman dan kutukan diolah untuk memburukkan filem itu, walaupun mereka belum lagi menontonnya.

Sebagaimana Anwar bukanlah manusia sempurna, menggarap sebuah filem daripada liku-liku perjuangan beliau yang lamanya lebih 20 tahun pasti juga jauh daripada kesempurnaan.

Memendekkkan beribu detik perjuangan dalam tempoh lebih 20 tahun kepada sebuah filem yang hanya selama 90 minit bukanlah suatu kerja yang mudah.

Melakukan penyelidikan, memikir dan memilih detik-detik yang harus djadikan babak filem saja boleh mengundang serabut serta pening kepala.

Tetapi, yang tidak dinafikan ialah Anwar memang seorang tokoh politik yang ada daya tarikan untuk kisahnya difilemnya, terutama dari segi semangat, kekuatan jiwa dan kentalnya mempertahankan perjuangan yang diyakininya.

Seperti kuatnya semangat beliau mahu terus hidup setelah dipukul setengah mati dan dibiar tanpa rawatan beberapa hari dalam lokap polis ketika awal penahanannya dahulu, begitulah juga kuat semangatnya untuk memastikan PKR dan perjuangan reformasi tidak mati, di sebalik banyak cabaran, dikhianati dan ditinggalkan kawan sepanjang meniti jalan perjuangan.

Pemimpin lain, meskipun ada liku perjuangan masing-masing yang berbeza, tiada yang melalui cabaran dan dugaan sehebat Anwar.

Paling menarik sekali, di sebalik semua cabaran, tentangan dan pengkhianatan yang dihadapinya, beliau akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Pemimpin lain, sementara ramai yang kecundang dalam mengejar cita-cita, yang berjaya jadi Perdana Menteri pula ada di antaranya seperti tidak melalui apa-apa perjuangan yang bukan saja tidak pernah keluar darah, malah peluh pun semacam tidak menitik.

Maka itu, menjadikan filem daripada kisah perjuangan Anwar adalah sesuatu yang tepat sebagai teladan dan untuk rangsangan kepada generasi mendatang.

Boleh saja untuk sesiapa mencerca, mengutuk dan melontarkan sindiran, tetapi jangan lupa, Anwar memang subjek yang menarik dan ada isi untuk difilemkan.

Begitu pun, sebagai jalan sihat dalam persaingan dan mengambil kira kisah perjuangan Anwar yang difilemkan ketika beliau masih lagi hidup, pemimpin-pemimpin lain yang sedang bersaing, berlawan dan membenci Pengerusi PH itu seharusnya juga ada keinginan untuk memfilemkan kisah perjuangan mereka bagi tontotan penyokong dan rakyat seluruhnya.

Kalau tidak ada produksi yang sanggup keluar modal, mereka sendiri pun atas kekayaan peribadi atau melalui kutipan derma daripada penyokong pasti berupaya membiayai kosnya.

Kemudian, sebagai perbandingan dengan filem Anwar – The Untold Story – cuba lihat pula bagaimana bentuk ceritanya dan apa pula agaknya respon rakyat atau netizen – sekadar membayangkan – andainya kisah ‘untold story’ Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin atau Hadi Awang dijadikan filem? – ShahbudinHusin 10/05/2023.

https://shahbudindotcom.net/

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/pesaing-pembenci-anwar-juga-patut-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seringkas Yang Ada Mengenai Filem Anwar The Untold Story

Seringkas Yang Ada Mengenai Filem Anwar The Untold Story

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 301 hits
SESUDAH SUBUHTANGGAL 8 Mei lalu saya turut berkesempatan untuk menonton filem biopik Anwar The Untold Story filem memaparkan kisah benar sukaduka perdana menteri ke 10 itu dalam perjuangan Reformasi demi rakyat dan negara Khabarnya filem in...
Menonton Filem Anwar The Untold Story Buat Kali Pertama Bersama Azizah Keluarga Dan Teman Teman Semalam

Menonton Filem Anwar The Untold Story Buat Kali Pertama Bersama Azizah Keluarga Dan Teman Teman Semalam

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 225 hits
ANWAR IBRAHIMMenonton filem Anwar The Untold Story buat kali pertama bersama Azizah keluarga dan teman teman semalam Sejujurnya saya tersentuh dengan filem ini yang mengangkat kisah perjuangan politik saya Filem ini juga mengingatkan saya t...
Filem Anwar Untold Story Sejujurnya

Filem Anwar Untold Story Sejujurnya

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 345 hits
Setelah berpuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang kali ini saya terpanggil untuk datang jauh dari Kuantan ke KL hanya untuk memenuhi jemputan dari Sdr Zunar filem Anwar Untold Story bagi menyaksikan tayangan perdana file...
Anwar The Untold Story Pengorbanan Untuk Keluarga Dan Rakyat Malaysia

Anwar The Untold Story Pengorbanan Untuk Keluarga Dan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 678 hits
ANWAR THE UNTOLD STORY PENGORBANAN UNTUK KELUARGA DAN RAKYAT MALAYSIA Assalammualaikum semua Pada 8 Mei 2023 yang lalu Ruby telah hadir ke Tayangan Perdana filem Anwar The Untold Story Ia merupakan filem mengenai Perdana Menteri Malaysia ke...
Hiburan Skrip Merapu Pelakon Utama Tak Capai Standard Rating Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang

Hiburan Skrip Merapu Pelakon Utama Tak Capai Standard Rating Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 477 hits
Sedia maklum filem Anwar The Untold Story yang mengangkat kisah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimana dilakonkan oleh pelakon hebat Farid Kamil Acha Septriasa serta ramai l...
Riwayat Terlindung Di Balik Anwar Untold Story

Riwayat Terlindung Di Balik Anwar Untold Story

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 321 hits
Haris HauzahAdakala sesebuah filem itu menjadi besar bukan kerana cerita mahupun kekuatan seni yang dibawanya tetapi kerana sentimen dan genre Tulisan ini akan cuba meletakkan konteks dan makna kenyataan itu ke dalam sepotong petikan yang p...
Pm Attends Premiere Of Anwar The Untold Story

Pm Attends Premiere Of Anwar The Untold Story

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 320 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail attends the premiere of Anwar The Untold Story movie at Dadi Cinema Pavilion on 7 May 2023 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR May 8 Prime Minister Datuk Seri...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini