Anwar The Untold Story Pengorbanan Untuk Keluarga Dan Rakyat Malaysia


ANWAR: THE UNTOLD STORY PENGORBANAN UNTUK KELUARGA DAN RAKYAT MALAYSIA  | Assalammualaikum semua! Pada 8 Mei 2023 yang lalu Ruby telah hadir ke Tayangan Perdana filem Anwar, The Untold Story. Ia merupakan filem mengenai Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX) pada ketika YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 
Rakyat Malaysia sememangnya mengetahui kisah perjuangan PMX kerana ramai yang membesar dengan kisah beliau. Secara jujurnya, Ruby dan arwah Abah mengikuti kisah PMX. Sama ada ia benar atau fitnah, kami tetap terus menyokong Reformasi kerana semangat beliau ingin membantu rakyat dan negara. 
ANWAR: THE UNTOLD STORY PENGORBANAN UNTUK KELUARGA DAN RAKYAT MALAYSIA 

Politik yang mana tidak akan dikaitkan dengan isu peribadi? Ia ibarat bergelar selebriti, kita menjadi hak milik masyarakat. Kisah dari lahir telah ketahui umum, malah sehingga seluruh keturunan kita diadili. Itulah cabaran dan ujian apabila menyertai politik. Pengorbanan dari ibu bapa, anak-anak, suami isteri, sahabat dan kenalan. Semuanya memainkan peranan penting apabila kita mengejar kejayaan dalam politik. Pasti ada insan di kiri kanan depan dan belakang terus mengharapkan kejayaan setelah melalui pelbagai fasa jatuh bangun bersama

Namun, apa yang menarik perhatian umum adalah bagaimana insan bernama isteri terus bersama suami walau pelbagai dugaan melanda. Perasaan risau, takut, sedih, kecewa, gembira, tegas dan kuat secara automatik akan membuatkan isteri bangkit demi mempertahankan suami, melindungi anak-anak dan meneruskan perjuangan untuk negara tercinta

Lakonan Acha Septriasa sebagai YB Dato' Seri Dr.Wan Azizah Binti Wan Ismail adalah figura yang amat Ruby nantikan wataknya di dalam filem Anwar: The Untold Story. Bagaimana beliau seorang ibu menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak, menyertai politik dan menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri 2018-2020. Mungkin kisah Kak Wan kita boleh angkat sebagai filem tokoh seterusnya? 
Farid Kamil membawa watak sebagai YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada masa muda sememangnya sesuai dengan gaya dan cara beliau. Boleh dikatakan Anwar Ibrahim adalah menteri yang kacak pada zaman beliau dan disayangi ramai. Ada beberapa watak penting tidak diketengahkan semasa perjuangan beliau, namun kita perlu faham bahawa keseimbangan dalam sesebuah filem tokoh amat penting agar ia relevan

Manakala watak Hasnol Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi impak yang jelas dari cara percakapan, pakaian dan ekpresi wajah. Memang pelakon Gred A lah. Ruby bangga filem begini disediakan oleh produksi filem Indonesia. Jika produksi filem Malaysia yang menghasilkan filem tokoh begini pasti dianggap bias dan pro kepada sesuatu parti politik. 
Pada pendapat Ruby, Pengarah Viva Westi berjaya menggambarkan filem ini mengikut garis masa tahun tersebut. Latar masa, fesyen pakaian 90-an, jenis kenderaan, perabot pejabat, telefon lama, bahasa pertuturan dan komitmen para pelakon bagi menjayakan watak. Hasil filem lebih nostalgik dan menyentuh jiwa. Jika diberi lebih masa, mungkin filem ini sehebat filem tokoh Habibie & Ainun. Al-Fatihah buat Allahyarham B.J. Habibie dan Allahyarhamah Hasri Ainun Habibie. Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Filem Anwar: The Untold Story ini sangat best bagi Ruby. Ruby faham minat seseorang terhadap sesebuah naskah filem amat subjektif. Tetapi, kita harus belajar menghormati pendapat masing-masing. 
ANWAR: THE UNTOLD STORY 

Tajuk : ANWAR: THE UNTOLD STORYGenre : Flem Biografi TokohPengarah : Viva WestiPenerbit : Zulkiflee Anwar Haque @ ZunarSyarikat Penerbitan : Yusrych Global Sdn Bhd | DMY Creation | Bianglala Entertainment Bahasa : Bahasa MelayuDurasi Filem : 90 minitKlasifikasi: UmumTarikh Tayangan di Pawagam : 18 Mei 2023Barisan Pelakon:Farid Kamil sebagai YAB Dato' Seri Anwar IbrahimHasnul Rahmat sebagai YAB Tun Mahathir MohamadAcha Septriasa sebagai YB Dato' Seri Dr. Wan AzizahSaskia Chadwick sebagai Nurul Izzah AnwarDewi Irawan sebagai Che Wan (ibu Anwar)Piet Pagau sebagai Ibrahim (bapa Anwar)Gisellma Firmansyah sebagai Nurul Nuha AnwarFelice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman AnwarAzzahra Annasera sebagai Nurul Hana AnwarTrailer:
SINOPSIS FILEM ANWAR: THE UNTOLD STORY
Filem ini mengisahkan jatuh bangun perjuangan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutama dalam membanteras rasuah. Filem yang diusahakan sejak Ogos 2011 ini telah siap dan sedia untuk ditayangkan. Set masanya ialah dari tahun 1993 sehingga September tahun 1998. Di adaptasi dari kisah sebenar, jalan ceritanya adalah mengenai Anwar Ibrahim yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu


Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk melindungi syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit. Ini kerana ketika itu, banyak syarikat di Malaysia yang terkesan dengan situasi Krisis Ekonomi Asia 1997. Demi melindungi Malaysia, tindakan tegas dan sama adil perlu dilaksanakan. 
Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal di dalam lokap gelap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari. Dari seorang menteri kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya meringkuk di dalam penjara


YAB PERDANA MENTERI HADIR KE TAYANGAN PERDANA
Kehadiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri ke tayangan perdana Anwar: The Untold Story sememangnya dinantikan oleh rakyat Malaysia. Sama ada sebagai petugas media, tetamu VIP, pekerja di sekitar Pavilion KL dan orang awam. Ternyata semua amat mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Malaysia

Acara karpet merah diaraikan dengan sangat gilang gemilang. Ruang iklan di Pavilion Tower berhampiran water fountain terpapar poster filem Anwar: The Untold Story. 

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi penulis lakon layar serta pengarah.  Beliau adalah penerima anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2008 dan di antara hasil seni file. beliau adalah filem Rayya, Cahaya di Atas Cahaya dan Mursala.  

Menurut Viva Westi, filem Anwar: The Untold Story bukanlah 100% penceritaan semula peristiwa yang benar, tetapi dia gembira jika penonton dapat memperoleh beberapa kebenaran daripada filem itu

Pengarahnya, Viva Westi berkata,  “Filem ini mula menjalani sesi penggambaran pada Ogos 2021 dengan kajian terperinci mengenai tokoh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak dinafikan rakyat Indonesia sendiri mengenali dengan beliau kerana memiliki hubungan baik dengan negara Indonesia. 
Kami cuba sedaya mungkin untuk mengetengahkan kisah benar kepada penonton dengan situasi dan keadaan ketika waktu reformasi. Syukur filem ini akhirnya siap dan menunggu masa tayangan,”
Filem Anwar: The Untold Story dibintangi oleh pelakon tempatan Malaysia Farid Kamil Zahari sebagai watak utama iaitu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Filem ini dihasilkan di Indonesia dan pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa memegang watak sebagai YB Dato' Seri Dr.Wan Azizah Binti Wan Ismail. Selain Malaysia, filem ini turut dirakam di Indonesia dengan kos RM10 juta


Bagi Zulkiflee Anwar Haq yang bertindak selaku Penerbit Eksekutif, dia menjadikan aktiviti perangi rasuah sebagai ramuan utama filem terbabit

Setelah melakukan perbincangan dengan produksi, semuanya mengambil kata sepakat untuk menjadikan elemen tersebut sebagai plot penceritaan filem berkenaan

“Kajian terhadap filem ini sudah diadakan sejak 2011 dan ketika itu saya fikir kita perlukan filem sebegini. Namun, disebabkan banyak halangan jadi kita tidak dapat melakukannya

“Akhirnya setelah beberapa bersabar, filem ini sudah siap. Filem ini adalah satu-satunya filem yang tidak mengikuti naratif pemerintah ketika itu. Jadi agak sukar untuk mengambil pengarah tempatan dan disebabkan itu lebih mudah bekerja dengan pengarah dari Indonesia,” ujarnya

YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM AKAN TERUS PERANGI RASUAH 
PM berikrar untuk terus perangi rasuah selepas tayangan khas ‘Anwar, The Untold Story’. Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan rasa sebak selepas menonton filem biografi ‘Anwar, The Untold Story’ semasa acara tayangan media khas dan VIP di Dadi Cinema Pavillion KL 8 Mei 2023

Perdana Menteri mengimbau kembali kenangan perjuangannya memerangi ketidakadilan dan rasuah menerusi filem satu jam 30 minit arahan pengarah Viva Westi Indonesia yang turut menghadiri acara tayangan khas tersebut


Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem itu berkata beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya

“Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi perdana menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh," katanya dengan disambut tepukan gemuruh.
Filem tersebut, berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998 mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sambil menonjolkan perjuangannya yang secara konsisten menentang amalan rasuah tetapi berakhir di penjara



Filem Anwar: The Untold Story terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan DMY Creation selaku pengedar rasmi. DMY Creation adalah sebuah syarikat yang mengedar filem antarabangsa dan tempatan serta penganjur rancangan hiburan langsung utama

Pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai untuk menonton filem tersebut bagi merasai perjuangan yang dilalui perdana menteri dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden

"Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar perdana menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini," katanya.

Anwar menonton filem itu bersama beberapa ahli keluarga terdekat termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti. Seramai 1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus

Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyanyi Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff, penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan pembuat filem popular Datuk David Teo


Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Urusan Yusrych Global Yusry Makmor

MENJAGA CINTAMU NYANYIAN DATUK SERI SITI NURHALIZA
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto. Ia merupakan impian beliau dan tercapai menerusi lagu "Menjaga Cintamu" yang merupakan lagu Official Sound Track (OST) bagi filem "Anwar: The Untold Story"

Filem "Anwar: The Untold Story" adalah sentuhan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment sementara lagu berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.

Menurut Siti, dia sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu

“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi dan peluang yang diberikan ini sangat bermakna

“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu "Menjaga Cintamu"

“Saya adalah penyanyi dan tugasan saya adalah menyanyi. Pada masa sama, saya juga mempunyai ramai peminat di Indonesia

“Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini. Apabila pihak penerbit filem ini datang bertemu dengan pengurusan saya, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini

“Saya juga mendapat penerangan mengenai filem "Anwar, The Untold Story". Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya

Mengenai lagu "Menjaga Cintamu", kata Siti, walaupun dia menyanyikan lagu OST filem "Anwar" tetapi lagu itu menggambarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka

“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu 'Menjaga Cintamu' kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu

“Saya juga memahami lagu dan lirik 'Menjaga Cintamu' ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita

"Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” katanya

Berkongsi pengalaman di studio, kata Siti, proses rakaman lagu "Menjaga Cintamu" berlangsung selama sejam dan Andi sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya

“Ia satu pengalaman baharu dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya

“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu 'Menjaga Cintamu' di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19

“Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik. Proses rakaman dibuat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya lagi

Ditanya perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi, kata Siti, setiap kali masuk studio, ia adalah pengalaman dan guru berharga baginya

“Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu dari komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, saya sudah memahami cara mereka bekerja

"Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik daripada penyanyi, begitu juga dengan Andi

“Saya juga merakamkan lagu ini selama sejam dan Andi juga terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih

"Namun, lagu Menjaga Cintamu memang senang masuk ke dalam hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama,” katanya. - Sumber Media Hiburan 

Tayangan umum filem ‘Anwar: The Untold Story’ akan ditayangkan di semua pawagam utama di seluruh negara mulai 18 Mei 2023. 
#AnwarTheUntoldStorybyDMY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/05/anwar-untold-story-pengorbanan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menonton Filem Anwar The Untold Story Buat Kali Pertama Bersama Azizah Keluarga Dan Teman Teman Semalam

Menonton Filem Anwar The Untold Story Buat Kali Pertama Bersama Azizah Keluarga Dan Teman Teman Semalam

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 121 hits
ANWAR IBRAHIMMenonton filem Anwar The Untold Story buat kali pertama bersama Azizah keluarga dan teman teman semalam Sejujurnya saya tersentuh dengan filem ini yang mengangkat kisah perjuangan politik saya Filem ini juga mengingatkan saya t...
Pm Attends Premiere Of Anwar The Untold Story

Pm Attends Premiere Of Anwar The Untold Story

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 181 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail attends the premiere of Anwar The Untold Story movie at Dadi Cinema Pavilion on 7 May 2023 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR May 8 Prime Minister Datuk Seri...
Hiburan Skrip Merapu Pelakon Utama Tak Capai Standard Rating Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang

Hiburan Skrip Merapu Pelakon Utama Tak Capai Standard Rating Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 347 hits
Sedia maklum filem Anwar The Untold Story yang mengangkat kisah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimana dilakonkan oleh pelakon hebat Farid Kamil Acha Septriasa serta ramai l...
Kecewa Filem Anwar The Untold Story Disabotaj Pawagam Seolah Tidak Beri Kerjasama

Kecewa Filem Anwar The Untold Story Disabotaj Pawagam Seolah Tidak Beri Kerjasama

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 142 hits
MELAKAR sejarah antara filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya namun filem Anwar The Untold Story seperti disabotaj oleh sesetengah pawagam tanah air Filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran DMY ...
Seringkas Yang Ada Mengenai Filem Anwar The Untold Story

Seringkas Yang Ada Mengenai Filem Anwar The Untold Story

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 187 hits
SESUDAH SUBUHTANGGAL 8 Mei lalu saya turut berkesempatan untuk menonton filem biopik Anwar The Untold Story filem memaparkan kisah benar sukaduka perdana menteri ke 10 itu dalam perjuangan Reformasi demi rakyat dan negara Khabarnya filem in...
Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 289 hits
Saksikan filem biopik Anwar The Untold Story yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh mulai 18 Mei 2023 sehingga seterusnya Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal bagi menyaksikannya Dapa...
Hiburan Haprak Amp Meloyakan Suami Umie Aida Kritik Filem Anwar The Untold Story Anggap Memfitnah Tun M

Hiburan Haprak Amp Meloyakan Suami Umie Aida Kritik Filem Anwar The Untold Story Anggap Memfitnah Tun M

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 159 hits
Suami kepada pelakon Umie Aida Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan baru baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia tampil mengkritik filem Anwar The Untold Story yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia Khairuddin yang juga merupa...
Pawagam Sabotaj Filem Anwar The Untold Story

Pawagam Sabotaj Filem Anwar The Untold Story

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Produksi filem Anwar The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam yang didakwa enggan memberi sokongan kepada tayangan naskhah biopik memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Pengerusi DMY Cr...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi