Seringkas Yang Ada Mengenai Filem Anwar The Untold Story


SESUDAH SUBUH

TANGGAL 8 Mei lalu saya turut berkesempatan untuk menonton filem biopik Anwar: The Untold  Story filem memaparkan kisah benar sukaduka perdana menteri ke-10 itu dalam perjuangan Reformasi demi rakyat dan negara. Khabarnya filem ini diusahakan sejak tahun 2011 sebelum Anwar jadi PM. Penggambarannya dibuat hampir 100 peratus di luar Malaysia dan membabitkan pelakon-pelakon dari Indonesia.
Watak Anwar dilakukan aktor Malaysia Farid Kamil, Hasnul Rahmat sebagai Dr Mahathir Mohamad manakala watak Dr Wan  Azizah, oleh Acha Septrisa,, Piet Pagau, Dewi Irwan dan lain-lain. Filem bernilai RM10 juta ini diarah oleh Viva Westi manakala Ziulkiflee Anwar Haque atau Zunar menyiapkan lakon layar merangkap sebagai eksekutif produser.

Sebagai peluncurannya diadakan tayangan perdana (pranonton) di teater di sebuah mall terkenal Kuala Lumpur. Ramai yang hadir terdiri kalangan politik, ahli perniaggaan, pengusaha filem dan tetamu jemputan khas terdiri dari kedutaan asing. 
Dalam pada itu ramai juga yang tidak berkesempatan atau mendapat undangan untuk sama menyaksinya walaupun mereka setengah wajar untuk sama berada dalam panggung atas alasan mereka sebahagian pelengkap filem berkenaan. (Tidak mengapa selepas ditayang di panggung nanti, boleh saksikan). Filem Anwar: The Untold Story akan mula ditagyang di seluruh negara mulai 18 Mei nanti. 

Untuk menyaksikan filem berkenaan saya diberi kad jemputan lebih awal, sebelum menjalani pembedahan jantung pertengahan Februari lepas, Zunar telah menjemput saya. Saya kira saya tak dapat untuk menyaksikanya. Namun Alhamdulilah saya bernasib baik. Jadi dapatlah saya saksikan filem itu bersama perdana menteri dan isterinya serta lain-lain jemputan walaupun di lain hall.
Kisah filem berdurasi satu jam lebih itu bertemakan perjuangan gerakan Reformasi. Gerakan Reformasi yang diungguli Anwar menjadi latarnya. Sukaduka Anwar dalam perjuangan itulah adalah intipati filem berkenaan. Gerakan Reformasi adalah gerakan atau perjuangan untuk menentang rasuah, keborokan regim Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya gerakan ini bukan disebabkan pemecatan Anwar dari jawatan dan parti tetapi kerana tidak tegalnya kebobrokan sistem pemerintah ketika itu.
Kisah atau filem itu bercantum dengan kisah sukaduka dihadapi Dr Wan Azizah dan anak-anaknya selepas Anwar ditangkap. Apa yang berlaku ke atas Anwar dan keluarganya sangat tragis. Ketragisan itulah yang cuba diungkap dalam filem ini kerana sesuatu yang untold. Menerusi filem ini apa yang tidak terungkap itu dapat disaksikan. Misalnya ketabahan, dan kegigihan menghadpi musibah yang menimpa ke atas suaminya. Hikmah dari itu juga membawa Wan Azizah akhirnya menjadi timbalan perdana menteri, jawatan yang tidak pernah diimpikan. 
Menyaksi filem berkenaan seolah-olah kita yang turut sama berdemonstrasi atau berada dalam peristiwa yang dipaparkan seakan kembali semula ke tahun 1998 ketika menghadapi pelbagai detik dan peristiwa. Ada scene membawa kita semula ke Jalan Tuanku Abul Rahman, masjid negara atau pun berhimpun di Jalan Setia Budi di rumah Anwar di Damansara. Setiap kali bergema laungan Reformasi, membuat ada penonton bangkit tanpa sedar ikut sama melaungkan Reformasi.Tindakan spontan ini menunjukkan filem itu berjaya menguasai emosi penonton. 
Lebih terasa lagi sesetengah babak atau scene yang dipaparkan dalam filem itu dimana saya ikut berada sama dalam since berkenaan. Misalnya ketika rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dipadamkan lampu dan air diputuskan dapat menyaksikan suasana menjadi kelam kabut. Begitu juga ketika Anwar digiring ke mahkamah dalam keadaan mata lebam, dan ketika siri-siri tunjuk perasaan dan laungfan Reformasi bergema.
Situasi ini menjadikan bulu roma meremang di sepanjang filem itu diputarkan, dan segala lukisan dan ilusi itu seperti sedang berlaku.

Anwar: The Untold Story cuba mengungkap kisah dan peristiwa yang tidak terungkap di sepanjang tempoh memeritkan Anwar itu. Subjek itulah diangkat dalam filem itu dan merupakan tarikan kepada filem ini untuk diketahui dan dihayati sama oleh rakyat. 
Sebelum ada beberapa peristiwa, penganiayaan, penyeksaan Anwar di sepanjang perjuangan itu hanya dilapor dan dicerita dalam risalah, dari mulut ke mulut dan juga buku, dimana sifatnya "subjektif" di antara ia sebagai benar atau tidak. Sebagai provaksi atau isu politik. Tetapi dengan terbikinnya filem itu ia memberi gambaran sejati yang tidak boleh disangkal lagi. 

Sebab apa, apa yang dipaparkan dalam filem itu bukan main-main kerana ia boleh dicabar dan dipertikaikan di mahkamah. Sekiranya ia tidak benar mereka bertanggungjawab menerbitnya boleh disaman. Misalnya beberapa dialog Anwar dengan Dr Mahathir saat Anwar menentang dan tidak menghiraukan kehendak Mahathir kerana ia menyalah hukum negara.
Ada beberapa peristiwa yang sudah menjadi ketahuan umum telah dirakam dan ditulis banyak orang. Saya sendiri ada melukis segala peristiwa itu berdasarkan pencecitaan oleh pihak dan sumber tertentu termasuk diceritakan oleh Anwar dalam buku Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa. Dalam filem ini peristiwa itu disimulasikan lebih realistik. Misalnya peristiwa bagaimana Anwar diseksa di penjara berhadapan dengan Dr Mahathir secara tegas dan berani, kalutnya Azizah saat diberi tahu Anwar sudah meninggal dalam penjara. 
Muqaddimah filem itu, ia bermula dengan peristiwa  Anwar digiring dalam penjara dalam keadaan mata tertutup beliau ditumbuk. Manakala filem itu tamat saat Anwar dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan dalam mata masih lebam. 
Beberapa hari beliau terlantar dalam penjara yang gelap pegap tanpa diberi rawatan dan pengubatan. Keadaan atau pun babak inilah menjadi klimeks atau puncak kepada filem ini. Bermula dari sini, plot filem ini berjalan dimulai dengan Anwar memasuki politik, menghadapi halangan dan konflit dengan bosnya Dr Mahathir Mohamad dan sehingga menerima akibat setelah dipecat.
Sedikit cuplikan masa kecil dan masa remajanya ditonjolkan. Walaupun beberapa hanya ketika tetapi ia sangat mengesankan.Misalnya cuplikan masa kecil itu memberi gambaran Anwar seorang berprinsip, tegas dan keras.  
Peristiwa beliau mencuri buah pala jirannya berbangsa China cukup memberi makna akan personaliti Anwar. Peristiwa itu menyebabkan beliau dimarah oleh maknya dan memaksanya memulangkan buah pala berkenaan. Bayangkan dalam usia sekecil itu Anwar berhadapan dengan satu keputusan yang amat berat.
Anwar cuba mempertahankan perbuatan itu sebagai halal kerana mencuri buah pala orang bukan Islam. Tetapi diperbetulkan oleh ibunya, walaupun barang dicuri itu hak siapa tetapi ia adalah jenayah. Kerana itu ibunya marah dan paksa Anwar kembali dan minta maaf dengan tuannya. Scene menggambar prinsip dan saksiah Anwar diawasi dari kecil dan menjadi pakaiannya. 
Filem ini banyak menggunakan teknik flash back mengutip peristiwa dari tahun sebelum beliau dipecat. Perkara pokok yang hendak disampaikan ialah sebab dan punca kenapa Anwar berkrisis dengan bosnya Dr Mahathir Mohamad. Yang jelasnya krisis itu berlaku kerana perbezaan prinsip hidup. Anwar sangat membenci rasuah manakala Dr Mahathir sedia melakukan itu untuk kepentingnnya, mengsmslksn mstlsmst mrnghalalkan cara.
Filem ini istemewa dan unik kerana watak-watak yang diadaptasikan daripada kisah itu hampir semua masih hidup. Anwar, Azizah dan anak-anak serta watak antoganis Dr Mahathir dan lain-lain yang menjadi sebahagian isi ceritanya masih ada dan turut dan akan menyaksikan apa yang diceritriakan. 
Serecara rengkas ini filem ini boleh memberi gambaran sebenar terhadap apa dialami Anwar selama ini tetapi dinafikan setengah pihak. Tribulasi perjuangan ditempohinya adalah benar. Terutamanya mereka berada di luar gerakan reformasi  apa lagi yang mencemuhinya dan hanya mendengar laporan dan fitnah terhadapnya sebelum ini dapat membuat kajian  dan menilai sendiri akan kebenaran filem ini.  Filem ini tidak akan berbohong kerana ia sebuah sejarah. 
Misalnya fitnah yang dipercayai oleh setengah orang mengenai keadaan mata Anwar lebam kononnya disebabkan beliau menghantuknya sendiri ke lutut. Namun selepas diadakan Siasatan Diraja (RCI) ternyata tuduhan itu palsu, apa menyebabkan mata Anwar lebam apabila ia ditumbuk seseorang. Sebelum siasatan itu siap setengah orang ramai prejudis kepada Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingannya.
Bagi anak-anak muda yang minat politik dan mahu menggaris luruskan sejarah mengenai perjuangan Anwar dan halangan dihadapinya wajar menonton filem ini. Filem ini menjawab banyak persioalan kabur dan membunuh segala fitnah terhadap Anwar sejak berdekad lalu. Adun Meru, Fakhrurazi Mokhtar mengambil inisiatif untuk menaja 100 tikit kepada anak-anak muda berumur bawah 25 tahun untuk menonton filem berkenaan.
Sejajar dengan inisiatif Fakhrurazi itu saya menyatakan kesediaan untuk menemani anak-anak muda yang ingin menonton filem berkenaan. Sesiapa ingin menonton filem berkenaan bersama saya dan mndapat tikit percuma hubungi saya di telefon 016 844 3996. [wm.kl.7:54 am 12/05/2023]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/05/seringkas-yang-ada-mengenai-filem-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menonton Filem Anwar The Untold Story Buat Kali Pertama Bersama Azizah Keluarga Dan Teman Teman Semalam

Menonton Filem Anwar The Untold Story Buat Kali Pertama Bersama Azizah Keluarga Dan Teman Teman Semalam

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 184 hits
ANWAR IBRAHIMMenonton filem Anwar The Untold Story buat kali pertama bersama Azizah keluarga dan teman teman semalam Sejujurnya saya tersentuh dengan filem ini yang mengangkat kisah perjuangan politik saya Filem ini juga mengingatkan saya t...
Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

Filem Anwar The Untold Story Di Pawagam Mulai 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 349 hits
Saksikan filem biopik Anwar The Untold Story yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh mulai 18 Mei 2023 sehingga seterusnya Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal bagi menyaksikannya Dapa...
Anwar The Untold Story Pengorbanan Untuk Keluarga Dan Rakyat Malaysia

Anwar The Untold Story Pengorbanan Untuk Keluarga Dan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 535 hits
ANWAR THE UNTOLD STORY PENGORBANAN UNTUK KELUARGA DAN RAKYAT MALAYSIA Assalammualaikum semua Pada 8 Mei 2023 yang lalu Ruby telah hadir ke Tayangan Perdana filem Anwar The Untold Story Ia merupakan filem mengenai Perdana Menteri Malaysia ke...
Pm Attends Premiere Of Anwar The Untold Story

Pm Attends Premiere Of Anwar The Untold Story

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 261 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail attends the premiere of Anwar The Untold Story movie at Dadi Cinema Pavilion on 7 May 2023 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR May 8 Prime Minister Datuk Seri...
Hiburan Skrip Merapu Pelakon Utama Tak Capai Standard Rating Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang

Hiburan Skrip Merapu Pelakon Utama Tak Capai Standard Rating Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 403 hits
Sedia maklum filem Anwar The Untold Story yang mengangkat kisah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimana dilakonkan oleh pelakon hebat Farid Kamil Acha Septriasa serta ramai l...
Filem Anwar Untold Story Sejujurnya

Filem Anwar Untold Story Sejujurnya

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 266 hits
Setelah berpuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang kali ini saya terpanggil untuk datang jauh dari Kuantan ke KL hanya untuk memenuhi jemputan dari Sdr Zunar filem Anwar Untold Story bagi menyaksikan tayangan perdana file...
Pesaing Pembenci Anwar Juga Patut Buat Filem Untold Story Masing Masing

Pesaing Pembenci Anwar Juga Patut Buat Filem Untold Story Masing Masing

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 208 hits
Filem Anwar The Untold Story yang mengisahkan liku liku perjuangan Presiden PKR itu dalam politik negara yang tayangan perdananya diadakan dua hari lalu secara umumnya mengundang dua respon terbuka di media sosial Filem itu dibikin sebelum ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat