Peruntukan Pembangkang Rundinglah Dengan Pm Kata Johari


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 22, 2025 8:00 AM
Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul menasihatkan pembangkang supaya berunding dengan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan peruntukan kewangan untuk ahli parlimennya

“Kita (Dewan Rakyat) tiada kuasa berkaitan peruntukan khas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM)....itu bukan kuasa kita, itu hak PM (Perdana Menteri Anwar Ibrahim).

"Seperti PM dahulu di zaman Ismail Sabri, selepas lakukan beberapa rundingan pihak pembangkang juga dapat (peruntukan), maka buatlah rundingan dengan PM dan beritahu apa yang anda mahu," katanya seperti dipetik BH Online.

Menurut Johari, masalah terjadi kerana wakil rakyat pembangkang enggan datang berjumpa perdana menteri untuk membincangkan peruntukan yang diperlukan.
Gambar fail, PM Anwar bersama Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud. Kelantan diperintah PAS."Itu yang PM kata datang (berjumpanya) dan runding apa perkara yang anda mahu, anda hendak apa sebenarnya tetapi tidak datang (berjumpa PM)," katanya.

Johari dilaporkan mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin sebelum ini ketika ditanya mengenai perkembangan rundingan dana pembangunan kawasan untuk ahli parlimen pembangkang.

Hamzah berkata pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini hanya melibatkan ahli parlimen kerajaan yang menerima peruntukan khas perdana menteri sebanyak RM1.7 juta untuk kawasan parlimen di Semenanjung manakala RM2.2 juta bagi Sabah dan Sarawak.

"Nak kemas kini macam mana jika tiada apa-apa yang mereka (pihak kerajaan) buat, jemput kita, nak duduk (berbincang) dan sebagainya.
"Peruntukan (yang diumumkan Dr Zaliha) itu diberikan kepada mereka (ahli parlimen kerajaan), bukan kita (pembangkang).

"Sebab itu sekarang sudah banyak dipanggil penyelaras parlimen, mereka sudah lantik (perlantikan oleh kerajaan bagi kawasan yang diwakili pembangkang)," kata Hamzah pada Khamis.

Pada sesi parlimen November lalu, Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof berkata dia terbuka untuk berbincang dengan ahli parlimen pembangkang mengenai peruntukan kawasan.

Menurutnya, Ahli Parlimen Muar dari parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman satu-satunya wakil rakyat yang telah memberikan maklum balas terhadap memorandum persefahaman (MOU) dan memberi jaminan dia akan memberikan respons dalam masa terdekat.
Gambar fail, Syed Saddiq melakukan larian amal bagi mengumpul dana kawasan parlimennya.Kenyataan Fadillah itu dibuat selepas laporan pada September lalu, yang menyatakan pimpinan PN menolak draf perjanjian Putrajaya mengenai peruntukan kawasan kepada ahli parlimen pembangkang

Namun, pada Selasa lalu, Syed Saddiq mengadu walaupun sudah menjalani lima rundingan dengan Fadillah namun masih tiada kemajuan dalam isu itu.

Keadaan ini memaksanya mencari dana melalui cara lain, termasuk menjadi model dan melakukan larian amal bagi mengumpul dana.

NGO seperti Bersih telah menggesa kerajaan supaya memberikan peruntukan pembangunan kawasan kepada semua ahli parlimen secara adil, tanpa mengira parti politik yang mereka wakili.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/peruntukan-pembangkang-rundinglah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adendum Pembangkang Sengaja Tak Endah Undang Undang Kata Pm

Adendum Pembangkang Sengaja Tak Endah Undang Undang Kata Pm

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comPARLIMEN Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pembangkang tidak menghormati undang undang negaraa apabila terus cuba membangkitkan soal titah tambahan Yang di Pertuan Agong kepada Najib Razak Anwar menegaskan hal ...
Dr Wan Azizah Titip Kata Semangat Kepada Keluarga Mangsa Rentung Di Jasin

Dr Wan Azizah Titip Kata Semangat Kepada Keluarga Mangsa Rentung Di Jasin

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 134 hits
Adam Adli ketika melawat Muhammad Khairuddin yang kehilangan isteri dan empat orang anak dalam kebakaran di rumah mereka Foto Instagram Adam AdliKUALA LUMPUR 15 Feb Redha jangan duk fikir Semua kita pinjaman Demikian titipan Datuk Seri Dr W...
Novel Ke 10 Kau Kata Kau Cinta Blurp Dan Harga

Novel Ke 10 Kau Kata Kau Cinta Blurp Dan Harga

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 136 hits
Bismillahirrahmanirrahim DAPATKAN NOVEL TERBITAN TERBARU nbsp Fajar Pakeer nbsp DI PESTA BUKU ANTARABANGSA 2018 Dewan Tun Hussein Onn Tingkat Bawah PWTC HA36 HA37 HA38 HA39 Dewan Tun Razak 3 Tingkat 3 PWTC nbsp 3097 3098 3099 3124 3125 3126...
Berhentilah Beri Cadangan Pelik Kata Pemuda Amanah P Pinang

Berhentilah Beri Cadangan Pelik Kata Pemuda Amanah P Pinang

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 111 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 14 2025 8 59 AMPemuda Amanah Pulau Pinang berpendapat memang tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan portfolio khas dalam kabinet bagi mengelola hal ehwal agama bukan Islam Pengarah komunikasinya Abrar Sadi...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 105 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 222 hits
LANGKAH kerajaan menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik dilihat sebagai satu usaha mengekalkan kestabilan pasaran dan memastikan kebajikan pesawah terus terjaga Menurut penganalisis ekonomi Moh...
Rm150 Juta Pastikan Beras Putih Tempatan Cukup Kata Mat Sabu

Rm150 Juta Pastikan Beras Putih Tempatan Cukup Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 124 hits
freemalaysiatoday com13 Feb 2025 12 47 PMMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata 24 juta kampit mengandungi 10kg beras putih tempatan akan berada di pasaran Mohamad Sabu berkata harga beras putih tempatan kekal RM2 6...
Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 109 hits
freemalaysiatoday com 13 Feb 2025 10 30 AMPerdana menteri berkata keperluan mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta itu akan dikeluarkan Antara pindaan adalah mengeluarkan Seksyen 11 dalam...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul

How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing