Adendum Pembangkang Sengaja Tak Endah Undang Undang Kata Pm


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri & Ili Aqilah
Diterbitkan: Feb 13, 2025 12:43 PM
PARLIMEN | Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pembangkang tidak menghormati undang-undang negaraa apabila terus cuba membangkitkan soal titah tambahan (adendum) Yang di-Pertuan Agong kepada Najib Razak.

Anwar menegaskan hal itu selepas pembangkang terus mendesak meminta penjelasan mengenai apakah isu adendum turut memberi kesan terhadap kejatuhan pelaburan di negara ini.

Terdahulu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang) dalam soalan tambahanya mempersoalkan apakah punca aliran bersih keluar modal asing berkait dengan persepsi rasuah dan juga adendum yang difikirkan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.

Soalan pemimpin Bersatu itu kemudian disusuki pula kritikan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN - Larut) yang tidak puas hati dengan cara jawapan disampaikan perdana menteri.

Anwar (PH-Tambun) kemudian menegaskan dan mengulangi komitmennya untuk menjelaskan isu adendum tersebut selepas kes di mahkamah diselesaikan.

"Soal tidak jawab adendum, saya dah bagi tahu. Saya nak jawab macam mana (sebab) ini kes mahkamah. Saya boleh jawab, saya dah bagi jaminan di parlimen.

“(Apabila) Selesai kes mahkamah saya akan jawab, saya nak tengok ketua pembangkang hadir atau tidak,” katanya disambut rasa tidak puas hati beberapa ahli parlimen blok pembangkang.

Kata Anwar, dia tidak keberatan dengan sikap ahli parlimen pembangkang yang terus tidak berpuas hati dan mereka boleh menjerit sebanyak mana yang dimahukan.

Bukan tak mahu dengar

Hal itu kerana, kata Anwar, dia tahu setiap fakta yang melatari isu berkenaan namun pihak pengkritikk terus mendesaknya agar menyentuh kedudukan raja-raja Melayu.

“Saya tidak boleh (melanggar batasan) dan saya dalam hal ini, boleh check, saya memang ada hubungi raja-raja.

"Pergi tanya Sultan Kelantan,” katanya.

Anwar juga sekali lagi menegaskan untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan selepas pertikaian di mahkamah berakhir.

"Tetapi saya tidak boleh (jelaskan) sekarang kerana kes itu di mahkamah. Tetapi pembangkang tidak peduli subjudice, tidak peduli kerana dia anggap dia above the law," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.

Tambah Anwar, dia membangkitkan soal adendum ketika itu kerana pembangkang mengaitkannya dengan hujah mendakwa ia menjadi punca pelaburan negara merosot.
Hamzah Zainudin"Saya nak tanya angka ini dari mana? Pelaburan meningkat jadi cakap itu tidak bertanggungjawab. Sebab itu kita jawab tegas, cakap mengarut tidak berdasarkan fakta.

"Kalau bagi cadangan umpamanya Bursa Malaysia harus menjalankan reformasi, saya setuju, ada perubahan pimpinan Bursa Malaysia dengan maksud memberikan peluang reform.

"Ada cadangan awal tetapi saya setuju harus ditingkatkan tetapi kena faham juga dalam keadaan sekarang pun jumlah dagangan saham meningkat RM2 trilion.

“Ini yang saya bangkitkan… bukan masalah tidak mahu dengar, saya dengar tetapi kita tahu juga bahawa adendum inilah menyebabkan keyakinan," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Hamzah menafikan wujud soal subjudice.

"Sebab itu saya bangkit nak minta soalan yang timbul kepada saya tentang keyakinan pelaburan terhadap kerajaan Malaysia yang ada hari ini disebabkan banyak perkara, bukan hanya bab adendum.

"Tapi apabila perdana menteri bangkitkan adendum saya nak katalah, adendum keluar bulan Jan tetapi afidavit masuk beberapa bulan sebelum itu, mana ada subjudice.

"Kalau ada sikap keterbukaan dan berterus-terang, jawablah sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/adendum-pembangkang-sengaja-tak-endah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akan Bincang Dengan Zahid Keputusan Keahlian Parti Kata Tengku Zafrul

Akan Bincang Dengan Zahid Keputusan Keahlian Parti Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 300 hits
Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata pengumuman rasmi akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Presiden Umno Zahid Hamidi SHAH ALAM Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz ber...
Nak Hapuskan Melayu Kata Pengepos Namun Hakikatnya Negara Berjaya Pecahkan Monop

Nak Hapuskan Melayu Kata Pengepos Namun Hakikatnya Negara Berjaya Pecahkan Monop

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 2825 hits
Explore more in Video Nak hapuskan Melayu kata pengepos namun hakikatnya negara berjaya pecahkan monopoli dan wujudkan persaingan sihat Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Apa Nak Buat Bila Orang Kata Korang Dah Gemuk

Apa Nak Buat Bila Orang Kata Korang Dah Gemuk

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 3057 hits
Korang pernah tak rasa macam nak sorok muka bila ada orang tiba tiba cakap Eh ko nampak dah gemuk lah sekarang Macam mana tak sentap kan Mulut orang ni kadang kadang memang tak ada insurans Tapi jangan risau cikla faham perasaan tu Sini cik...
Keunikan Budaya Amalan Berbeza Harus Jadi Kekuatan Bukan Pemisah Kata Pm

Keunikan Budaya Amalan Berbeza Harus Jadi Kekuatan Bukan Pemisah Kata Pm

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 262 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata setiap perayaan berlainan dan unik seperti Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu esok perlu difahami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian serta menjunjung prinsip berdamping PETALING JAYA Anwar...
Nohhh Nitezen Dok Kata Kapiaq

Nohhh Nitezen Dok Kata Kapiaq

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 199 hits
Depan depan aku seorang AJK Pas Pusat kata depa tu kapiaq Depa tu termasuk aku la Sebab aku pun reject Pas dan mengundi lesser evil iaitu Pakatan Harapan So apalah sangat kalau dilabel pro Dap
Netizen Kata Arwah Tak Peenah Cerdik Trump Mengisytihar Bahawa As Akan Mengambil Alih Gaza Daripada Rakyat Falastin

Netizen Kata Arwah Tak Peenah Cerdik Trump Mengisytihar Bahawa As Akan Mengambil Alih Gaza Daripada Rakyat Falastin

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 328 hits
Andrian Lim Apa kesudahan doa Dalam erti kata lain ethnic cleansing Sebab itu jangan sesekali menunggang atau mendagangkan agama demi keghairahan mengejar cita cita politik There are real victims out there Pihak yang benar benar menjadi man...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Sunda Woles Mojang Priangan Chord

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of October