Berhentilah Beri Cadangan Pelik Kata Pemuda Amanah P Pinang


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 14, 2025 8:59 AM
Pemuda Amanah Pulau Pinang berpendapat, memang tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan portfolio khas dalam kabinet bagi mengelola hal-ehwal agama bukan Islam

Pengarah komunikasinya, Abrar Sadiq, berkata negara sudah memiliki mekanisme yang mencukup bagi menguruskan aspek keharmonian dan kebebasan beragama rakkyat Malaysia.

Langkah mewujudkan portfolio tersebut juga, katanya, boleh memberi implikasi besar kepada kewangan negara.

“Justeru adalah lebih baik wakil-wakil rakyat DAP berhenti daripada mengemukakan cadangan-cadangan pelik sebaliknya memberikan fokus untuk membina negara bersama.

“Cukup-cukuplah memberi ruang kepada pembangkang seperti PAS untuk menjadikan cadangan seperti itu sebagai modal perkauman mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, menyarankan agar diwujudkan satu lagi jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengelola urusan penganut agama selain Islam.

Untuk rekod ketika ini salah seorang menteri di JPM bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran Islam.

Ada di peringkat negeri

Menurut Chow, langkah itu dicadangkan agar isu keharmonian serta perpaduan negara dapat dibincangkan denngan lebih berkesan, selain dapat mengelak sesuatu kontroversi.

Ia mendapat kecaman daripada PAS apabila ketua dewan ulama parti itu, Ahmad Yahaya, menganggap saranan tersebut adalah usaha terancang DAP untuk meletakkan Islam setara dengan agama lain di Malaysia.

Ahmad juga menyelar Chow sebagai gagal memahami prinsip perlembagaan negara.

Umno juga menyelar cadangan berkenaan dan menganggap tiada keperluan jawatan menteri baru diwujudkan. Sebaliknya, kata parti itu, bagi menangani isu yang dibangkitkan Chow, Kementerian Perpaduan Negara perlu menjalankan tugasnya dengan berkesan.
Chow Yu HuiSeorang ahli parlimen PKR pula mengingatkan portfolio berkaitan agama bukan Islam wujud dalam pentadbiran negeri, termasuk di Kedah yang diterajui pemimpin kanan PAS serta Selangor.

Kata Sim Tze Tzin, sikap ditunjukkan PAS adalah hipokrit apabila tidak membantah portfolio exco tersebut di Selangor ketika parti berkenaan menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, Selangor memiliki exco yang mengelola hal ehwal agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme.

“Ada exco yang memegang portfolio tersebut.

"Parti PAS menganggotai kerajaan Selangor selama 10 tahun dari 2008 hingga 2018. Portfolio agama bukan Islam tidak pernah menjadi isu.

“Islam terus dimartabatkan di Selangor. Hal ehwal agama bukan Islam diberi hak seperti termaktub dalam perlembagaan negeri. Kenapa sekarang menjadi isu?

“PAS buat boleh, orang lain buat tak boleh. Adakah ini satu hipokrasi,” katanya semalam
Sim Tze TzinMenurut Abrar, Malaysia wajar bergerak ke hadapan dengan memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kita tak perlu bergerak ke hadapan dengan mencetuskan isu yang boleh mencabar sensitiviti masyarakat,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/berhentilah-beri-cadangan-pelik-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katanya Ketua Pemuda Penakut Nak Berdebat Depan Penyokong Handai Kemain Tak Kan Ajak Berdebat Tak Tahu

Katanya Ketua Pemuda Penakut Nak Berdebat Depan Penyokong Handai Kemain Tak Kan Ajak Berdebat Tak Tahu

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 38530 hits
kata mungkin hanya layak berdialog dengan Hah ok la tu Sebab tu Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog Sebab bukan setakat Pemuda bahkan macam Masalah banjir hakisan laut negeri tiada pendapatan pemimpin PAS Nak bayar bonus pun Pasu bunga ...
Bersatu Parti Melayu Bukan Kebangsaan Exco Pemuda Bersatu Tegur Ketua

Bersatu Parti Melayu Bukan Kebangsaan Exco Pemuda Bersatu Tegur Ketua

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 2943 hits
Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin mempersoalkan sama ada Hilman Idham masih terbawa bawa idealogi parti lamanya PETALING JAYA Seorang exco Pemuda Bersatu mempersoalkan kenyataan Ketuanya Hilman Idham yang mendakwa parti itu bukan parti Me...
Trump Kata Pindah Anwar Mata Kita Bina Semula Gaza Melalui Wakaf Dan Derma

Trump Kata Pindah Anwar Mata Kita Bina Semula Gaza Melalui Wakaf Dan Derma

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 283 hits
Trump kata pindahkan semua rakyat Palestin ke tempat lain PMX Anwar kata kita bina Bandar Malaysia di Gaza Kenyataan PMX adalah penting sekaligus menolak gesaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah air mereka PMX juga dilihat seba...
Pemuda Dap Jawab Akmal Wakil Rakyat Suruh Orang Pergi Mati Pun Jenis Bangang

Pemuda Dap Jawab Akmal Wakil Rakyat Suruh Orang Pergi Mati Pun Jenis Bangang

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 309 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 14 2025 3 37 PMPemuda DAP sekali lagi bertelagah dengan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh seterusnya menyerlahkan perikatan mereka yang agak rapuh dalam kerajaan Madani Pertikaian terbaru itu berpunca daripada...
Ketua Pemuda Pas Dakwa Umno Pahang Hanya Bakal Mengulangi Skrip Pilihan Raya Umum Ke 15

Ketua Pemuda Pas Dakwa Umno Pahang Hanya Bakal Mengulangi Skrip Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 2879 hits
KUANTAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan tindakan UMNO Pahang yang menyebarkan persepsi PAS dan Perikatan Nasional bakal kehilangan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke 16 ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang