Pertubuhan Berkaitan Rohingya Di Negara Ini Tidak Sah
 Mohamad Athir Ismail  

    TULAR beberapa pertubuhan berkaitan etnik Rohingya dalam media sosial yang dipertikai kewujudannya di negara ini.
 Bagaimanapun, hasil carian dan semakan dalam laman Jabatan  Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tiada maklumat berkaitan pertubuhan  berkenaan ditemui.
 [BACA] Kes baharu berterusan rendah 50 orang, seorang meninggal dunia — Suara MerdekaMalah, kemungkinan pertubuhan berkaitan etnik minoriti di negara ini juga kemungkinan tidak sah. 
 
 Seperti yang tular dalam media sosial, terdapat dua pertubuhan  berkaitan etnik dari Myanmar itu seperti Pertubuhan Hak Asasi Manusia  Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Mehrom) dan Majlis Rohingya Malaysia.
 Namun, wakil pertubuhan berkenaan gagal dihubungi wartawan Suara Merdeka bagi mendapatkan penjelasan mereka.
 Isu Rohingya kembali hangat selepas sebuah bot yang membawa kira-kira  200 pelarian dari Rakhine dipintas Tentera Udara Diraja Malaysia  (TUDM).
 Khamis lalu TUDM menghalang bot dari Myanmar itu daripada memasuki perairan negara.
 Namun, tindakan pihak berkuasa mendapat tentangan daripada pertubuhan berkaitan etnik minoriti itu di negara ini. 

SEBUAH bot membawa 200 etnik Rohingya dikesan TUDM cuba memasuki perairan negara pada 16 April lalu. – Gambar FB TUDMMalah mereka menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN memberi tekanan kepada Myanmar daripada terus menganiaya.
 [BACA] Wanita mati kelaparan kesan sekatan pergerakan Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Kesemua 22 mukim Perlis capai zon hijau — Suara MerdekaZafar Ahmad Abdul Ghani mendakwa dirinya sebagai Presiden Mehrom berkata, ASEAN dan PBB perlu memberi tekanan kepada Myanmar. 

ZAFAR AHMADBeliau berkata, tekanan adalah bagi menghentikan genosi ke atas etnik  Rohingya dan beri kewarganegaraan kepada mereka di Myanmar.
 “Bot yang sarat dengan pelarian akan terus datang ke negara ASEAN  sekiranya punca masalah ini tidak ditangani secara khusus,” katanya  seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today semalam.
 Terdahulu, kejayaan TUDM mematahkan cubaan bot etnik Rohingya  memasuki perairan negara dipertikai ramai pihak yang mendakwa berjuang  atas dasar kemanusiaan.
 Hal demikian turut mendapat perhatian Timbalan Presiden UMNO, Datuk  Seri Mohamad Hasan yang menegaskan dalam situasi sekarang rakyat di  negara ini perlu diberi keutamaan.
 [BACA] Vaksin Covid-19: Pastikan negara terawal dapat akses — Suara Merdeka
[BACA] Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19 — Suara MerdekaKatanya, usaha kerajaan mengekang penularan Koronavirus (Covid-19) di  negara ini akan terjejas sekiranya terus menerima kemasukan etnik  Rohingya. – SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/pertubuhan-berkaitan-rohingya-di-negara.html