Isu Muslim Rohingya Semua Negara Asean Ada Tanggungjawab


'Negara Asean ada tanggungjawab bersama tangani isu Rohingya'



Setiap negara di Asia Tenggara mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan "lautan di rantau itu tidak menjadi kubur" buat pelarian Rohingya yang mencari perlindungan, kata Amnesty International (AI).

Pengarah Asia Selatan AI Biraj Patnaik berkata, setakat ini hanya Bangladesh yang mengekalkan rekod positif dalam memberikan perlindungan kepada pelarian etnik itu, yang disifatkannya sebagai golongan yang kehilangan tempat tinggal dan mangsa kepada penindasan.

"Semua negara di rantau (Asia Tenggara) mempunyai tanggungjawab untuk memastikan lautan tidak menjadi kubur kepada golongan yang mencari perlindungan.

"Bangladesh tidak boleh dibiar sendiri dalam menangani situasi itu. Hakikat bahawa negara itu menjalankan tanggungjawabnya tidak boleh menjadi alasan untuk (negara) yang lain mengabaikan tanggungjawab mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada minggu lalu, AI menggesa kerajaan Malaysia dan Thailand segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat terhadap pelarian Rohingya yang masih berada di lautan pada masa ini.

Kenyataan itu susulan laporan tidak kurang 20 orang Rohingya mati selepas kapal yang dinaiki ratusan pelarian etnik itu hanyut selepas gagal menuju ke Malaysia.

Reuters melaporkan seramai 382 orang lagi berjaya diselamatkan dan akan dihantar semula ke Myanmar.

Pada masa sama, terdapat laporan berkenaan sindiket menyeludup warga asing, termasuk daripada etnik itu, ke Malaysia. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini telah menahan dua warga Myanmar yang disyaki terlibat.

Menurut Bernama, APMM berkata dua lelaki itu ditangkap susulan maklumat yang diperolehi daripada sekumpulan 202 etnik Rohingya yang ditahan di perairan Langkawi kerana cuba memasuki negara pada 5 April lalu.

'Komuniti antarabangsa perlu bantu Bangladesh'

Dalam pada itu, Patnaik berkata pandemik Covid-19 yang melanda dunia tidak patut dijadikan alasan bagi kerajaan untuk melepaskan tanggungjawab terhadap pelarian.

"Kita harap Bangladesh akan terus mengalu-alukan pelarian Rohingya dalam waktu sukar ini.

"Komuniti antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa Bangladesh dalam tugas ini, termasuk menyokong usaha mewujudkan pusat kuarantin dan menyediakan bantuan perubatan segera kepada pelarian yang memerlukan, untuk pulih semula selepas perjalanan dan melindungi mereka daripada penularan Covid-19," katanya.

Etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar dan terdapat banyak laporan berkenaan penindasan terhadap mereka oleh kerajaan negara itu.

Myanmar menafikan dakwaan tersebut tetapi berkata kumpulan itu bukan etnik pribumi, sebaliknya berhijrah dari Asia Selatan.

Akhir tahun lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague memulakan perbicaraan dakwaan penghapusan etnik ke atas Myanmar, dengan pemimpinnya Aung San Suu Kyi turut dipanggil memberi keterangan.

Terdapat lebih satu juta etnik Rohingya tinggal di kem-kem pelarian di selatan Bangladesh, majoriti mereka dihalau dari Myanmar setelah tindakan keras tentera susulan pemberontakan pada 2017


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/isu-muslim-rohingya-semua-negara-asean.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Tertentu Rba Cuba Alihkan Isu Rohingya Dan Lupakan Isu Kad Pengenalan Palsu

Pihak Tertentu Rba Cuba Alihkan Isu Rohingya Dan Lupakan Isu Kad Pengenalan Palsu

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 453 hits
Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia Telah Membuat Satu Laporan Polis Berkaitan Hal Isu IC Palsu Ini Pada 20 April 2020 Yang lalu Di IPD Kuala Muda Sg Petani Kedah Timbalan Presiden KPPUM Sdr Zamil Ibrahim Sendiri Yang Membuat Laporan T...
Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 542 hits
Rohingya RamadhanJika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya maka diam saja Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar DOSA BESAR Ia membunuh nilai Ram...
Isu Rohingya Dua Individu Ini Guna Media Asing Burukkan Nama Malaysia

Isu Rohingya Dua Individu Ini Guna Media Asing Burukkan Nama Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 761 hits
MELAMPAU tindakan dua rakyat Malaysia menggunakan media luar bagi mengkritik tindakan kerajaan terhadap pelarian Rohingya Malah negara dipercayai turut dituduh enggan mematuhi prinsip undang undang antarabangsa dan adat Tulisan Thomas Danie...
Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1141 hits
MENANGANI isu politik Antarabangsa yang paling merumitkan antaranya ialah menguruskan pelarian yang meminta perlindungan selepas negara mereka musnah sama ada berlakunya peperangan bencana alam atau faktor politik Menurut laporan tahunan 20...
Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

Pemuda Umno Berpusing Pusing Dalam Isu Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 307 hits
Isu pelarian Rohingya menyaksikan Pemuda Umno berubah ubah pendirian tanpa cadangan penyelesaian apa lagi tindakan sewajarnya ketika berada dalam kerajaan Sikap sayap parti itu yang berpusing pusing dalam isu etnik tertindas tersebut boleh ...
Isu Panas Tidak Perlu Gopoh Cadang Beri Kerakyatan Kepada Bangsa Rohingya

Isu Panas Tidak Perlu Gopoh Cadang Beri Kerakyatan Kepada Bangsa Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 497 hits
Gelagat kanak kanak warga asing Etnik Rohingya semasa Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur Selayang Selangor foto FAREEZ FADZIL 20 MAC 2020KUALA L...
Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 438 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Jadi tanggungjawab Wisma Putra bawa isu ke ASEAN antarabangsaBANGI Malaysia tidak boleh menyelesaikan isu pelarian etnik Rohingya yang berlaku ketika ini secara bersendirian kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz A...
Perbincangan Tergempar Isu Rohingya Diperlukan Raja Kamarul Bahrin

Perbincangan Tergempar Isu Rohingya Diperlukan Raja Kamarul Bahrin

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 355 hits
Insiden menyayat hati penolakkan kapal dipenuhi pelarian Rohingya setelah bertarung nyawa di tengah lautan sangat menggemparkan perasaan umat Islam yang beriman Malaysia telah menolak saudara seislam kembali ke laut tidak lama sebelum tiban...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility