Pertubuhan Rohingya Mohon Maaf Tak Sependapat Dengan Zafar




Suatu gabungan pertubuhan berkaitan pelarian Rohingya membidas kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani, serta memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani 17 pertubuhan berkenaan, mereka menyifatkan kenyataan Zahar itu sebagai tidak bertanggungjawab dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Menurut NGO berkenaan, Zafar – yang mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan salah faham serta sentimen negatif kepada pelarian Rohingya – tidak pernah dilantik sebagai presiden mereka.
“Dia (Zafar) bukan pemimpin kami dan sebenarnya kami tiada pemimpin di Malaysia. Dia tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan mewakili kami.
“Oleh itu, semua pelarian Rohingya menentang kenyataan yang tidak realistik dan tidak bertanggungjawab itu.
“Dia telah digunakan oleh musuh kita di sini dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami mengganggu perlindungan sementara yang aman di Malaysia sementara kita menunggu sama ada untuk kembali ke Myanmar atau akan ditempatkan semula ke negara ketiga,” kata kenyataan itu, hari ini.
Isu Rohingya menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.
Nafi buat kenyataan
Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.
Tindakan itu mendapat perhatian Zafar yang kemudiannya mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan bertanggungjawab terhadap pelarian berkenaan.
Zafar turut didakwa mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Malaysia, menuntut hak kerakyatan penuh.
Bagaimanapun, dia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan palsu.
Kenyataan Zafar termasuk surat tuntutan yang tersebar di media sosial telah menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini.
Polemik terbaru itu juga menyaksikan sesetengah pihak membangkitkan masalah yang dibawa etnik Rohingya dan menjadikan ia sebagai salah satu alasan menjustifikasi sikap kerajaan sekarang.
Dalam kenyataan itu, NGO berkenaan merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang membenarkan mereka tinggal di negera ini.
“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua rakyatnya kerana membenarkan kami tinggal di negara ini buat sementara waktu.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan beliau namun kami tidak mempunyai kuasa untuk menghalang beliau daripada berbuat demikian,” menurut kenyataan itu lagi
Kenyataan itu turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Zafar berdasarkan undang-undang negara ini.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/26/pertubuhan-rohingya-mohon-maaf-tak-sependapat-dengan-zafar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pertubuhan-rohingya-mohon-maaf-tak-sependapat-dengan-zafar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Maaf Malaysia Zafar Ahmed Bukan Pemimpin Kami Komuniti Rohingya

Minta Maaf Malaysia Zafar Ahmed Bukan Pemimpin Kami Komuniti Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1023 hits
KUALA LUMPUR Beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani yang dilihat menimbulkan kemarahan ...
Presiden Rohingya Memohon Maaf

Presiden Rohingya Memohon Maaf

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1322 hits
SHAH ALAM Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani hari ini menafikan yang beliau mengatakan orang Melayu bodoh dan menuntut hak sama rata masyarakat Rohingya dengan rakyat Malaysia Belia...
Majlis Ulama Rohingya Mohon Maaf Dan Ucap Terima Kasih

Majlis Ulama Rohingya Mohon Maaf Dan Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 729 hits
KUALA LUMPUR Majlis Ulama Rohingya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan melibatkan seorang daripada bangsa Rohingya yang didakwa telah mengetengahkan beberapa tuntutan seolah olah mewakili keseluruhan bangsa itu di Mal...
Pertubuhan Berkaitan Rohingya Di Negara Ini Tidak Sah

Pertubuhan Berkaitan Rohingya Di Negara Ini Tidak Sah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 690 hits
TULAR beberapa pertubuhan berkaitan etnik Rohingya dalam media sosial yang dipertikai kewujudannya di negara ini Bagaimanapun hasil carian dan semakan dalam laman Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tiada maklumat berkaitan pertubuhan berkenaan ...
Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya

Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1535 hits
Sebuah Pulau bagai Permata di negeri Kedah Sebuah pulau yang menjadi kebanggaan negara Sebuah pulau yang menjadi pulau pelancongan negara Sebuah pulau lagenda Akhirnya makin bertambah dengan pendatang yang lari kononnya nak suaka politik Ka...
Presiden Rohingya Dihentam Netizen Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata

Presiden Rohingya Dihentam Netizen Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 945 hits
Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani teruk dihentam di media sosial berikutan tersebarnya surat yang meminta beberapa kelonggaran buat pelarian Rohinya kepada kerajaan Mala...
Isu Etnik Rohingya

Isu Etnik Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 850 hits
Pada 16 Mei 2015 saya dah nyatakan pendirian saya Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka siapa siapa hendak masuk boleh masuk Itu pendirian saya mengenai etnik ...
Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1906 hits
Baru baru ini pula terdapat beberapa kapal yang dipercayai cuba menyeludup masuk lebih ramai lagi pelarian Rohingya ke Malaysia namun telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Sementara itu Duta TERC ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku...
Isu Muslim Rohingya Semua Negara Asean Ada Tanggungjawab

Isu Muslim Rohingya Semua Negara Asean Ada Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 605 hits
Negara Asean ada tanggungjawab bersama tangani isu Rohingya Setiap negara di Asia Tenggara mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan lautan di rantau itu tidak menjadi kubur buat pelarian Rohingya yang mencari perlindungan kata Amnes...
Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Use Foreign Drivers Lose Your Lorry Jpj Warns Companies Under Strict New Rule

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar

How To Put Your Kids On The Fast Track To Academic Success Through Memo Plus Gold

Sumbangan Asas Rahmah Bantuan Rm100


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Easy Middle Eastern Beef Skewers Recipe

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore

Dosen Teknik Elektro Untan Dorong Literasi Teknologi Di Smpn 19 Pontianak

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia