Rohingya Kedaulatan Negara Kebajikan Rakyat Perlu Diutamakan


CENTHRA CENTHRA desak guna tekanan perundangan selesai isu Rohingya
DALAM isu etnik Rohingya ini, CENTHRA berpendirian bahawa kedaulatan negara, “territorial integrity” dan kebajikan rakyat Malaysia perlu diutamakan, di samping tidak melupakan tanggungjawab insaniah terhadap golongan yang memerlukan termasuk kalangan pelarian dalam kapasiti kemampuan negara;
2. CENTHRA menegaskan bahawa etnik Rohingya dan semua golongan pelarian perlu menghormati undang-undang Malaysia, masyarakat, budaya, agama dan nilai-nilai serta peraturan di negara ini;
3. Malaysia seperti negara lain sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang menuntut sumber yang ada difokus kepada rakyat sendiri. Sementara kita bersimpati dengan kaum Rohingya dan lain-lain golongan pelarian, pertimbangan pihak kerajaan dalam menyalurkan bantuan menurut keutamaan kepada rakyat Malaysia hendaklah dihormati. Fokus menyelamatkan nyawa setiap rakyat Malaysia, di samping mengelakkan jangkitan daripada merebak ke golongan bukan warganegara merupakan pendekatan bersepadu demi memastikan COVID-19 dapat dihapuskan sepenuhnya dan negara kita dapat berfungsi sepenuhnya dalam jangka waktu yang munasabah;
4. Etnik Rohingya yang berstatus Orang Tanpa Kewarganegaraan (OTK) tidak boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia. Malah, mereka juga hendak pulang ke negara asal tetapi Akta Kewarganegaraan 1982 Myanmar telah membatalkan kerakyatan Rohingya. Selain itu, bukti serta penilaian ramai pakar hak asasi manusia antarabangsa telah menegaskan mereka juga berdepan dengan genosid – pembunuhan dan penghapusan etnik pada skala besar-besara di kampung halaman mereka;
5. Kita perlu merujuk kepada undang-undang antarabangsa – yang terkini ialah kegagalan Myanmar mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague mengenai “Provisional Measures” bertarikh 23 Januari 2020 yg menghendaki Myanmar menghentikan segala bentuk kekejaman dan kezaliman terhadap etnik Rohingya, termasuk memastikan mereka dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat. Ini tidak dilakukan. Kezaliman rejim Myanmar merupakan punca utama Rohingya terpaksa melarikan diri dan meninggalkan kampung halaman;
6. Kita sedar bahawa di sebalik isu pelarian Rohingya, ada juga dalang mengambil kesempatan melakukan jenayah pemerdagangan manusia (human trafficking), serta kewujudan militan pemisah ARSA yang berpotensi mengancam keselamatan negara. Unsur-unsur ini tidak boleh dibiarkan dan pihak keselamatan negara perlu diberikan ruang menangani ancaman tersebut dengan wajar dan saksama

7. Kita memperjuangkan hak asasi manusia etnik Rohingya menurut mekanisme perundangan hak asasi manusia antarabangsa – CENTHRA tegas bahawa bantuan kemanusiaan adalah penting tetapi bukan penyelesaian tuntas dan jangka panjang. Pada 2017 kumpulan peguam CENTHRA telah bersama-sama beberapa organisasi masyarakat sivil antarabangsa menjalankan Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai genosid terhadap Rohingya dan kaum lain, di Universiti Queen Mary, London dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur untuk menekan kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan, pengusiran dan kekejaman terhadap Rohingya dan bagi memastikan mereka dapat hidup di negara sendiri dengan aman damai. PPT telah mencetuskan inisiatif antarabangsa bagi mengheret Myanmar ke muka pengadilan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah pun memulakan penyiasatan terhadap kekejaman dan tindakan genosid Myanmar;
8. Sehingga ke hari ini, CENTHRA kekal konsisten mendesak supaya masyarakat antarabangsa menggunakan tekanan undang-undang bagi mencari penyelesaian terhadap masalah pelarian Rohingya; Kes yang dibawa negara The Gambia terhadap Myanmar di ICJ perlu diperkukuh dengan intervensi negara-negara yang menerima kebanjiran pelarian Rohingya seperti Bangladesh dan Malaysia. Tindakan melalui bantuan kemanusiaan bersifat jangka pendek dan tidak menyelesaikan masalah kebanjiran pelarian. Kita perlu menekan rejim Myanmar yang menjadi punca utama kebanjiran etnik Rohingya di rantau ini. Tindakan ini tidak popular, mengambil masa tetapi lebih mapan dan strategik;
9. Selain itu, wujud juga di kalangan segelintir NGO di Malaysia yang menangguk di air keruh, menggunakan alasan kemanusiaan untuk mengumpul dana demi Rohingya tanpa akauntabiliti jelas. 
Hal ini perlu diberi perhatian pihak berkuasa; pembaziran serta penyelewengan yang berlaku perlu dihentikan segera. Sebaliknya sumber yang ada boleh digunakan untuk tujuan tindakan perundangan antarabangsa yng lebih strategik dalam menekan kerajaan Myanmar agar menghormati hak Rohingya untuk hidup sebagai warganegara sah;
10. CENTHRA juga menyeru segelintir rakyat Malaysia yang menghina kaum Rohingya supaya menghentikan perbuatan tersebut. Kita tidak seharusnya menjadikan tindakan salah segelintir Rohingya dan lain-lain OTK sebagai asas untuk menyamaratakan penghinaan terhadap golongan malang yang berdepan kezaliman dan pembunuhan sekiranya mereka pulang. Khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini, kita perlu memelihara ibadah puasa kita dari kata-kata nista, perbuatan serta kebencian di dalam hati terhadap saudara seagama dan seinsan di kalangan kita

* Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia
Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/rohingya-kedaulatan-negara-kebajikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat S Pura Tolak Sumbangan Malaysia Tolak Rohingya

Rakyat S Pura Tolak Sumbangan Malaysia Tolak Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 308 hits
Sebenarnya saya agak terkejut bila membaca ada rakyat Singapura yang pulangkan jumlah SGD 500 yang mereka terima sebagai bantuan Covid 19 dari kerajaan Singapura walau pun nilainya hanyalah 2 000 orang tapi itu sebenarnya satu permulaan yan...
Lebih 400 Rakyat Thai Ditahan Cuba Seludup Masuk Negara Sendiri

Lebih 400 Rakyat Thai Ditahan Cuba Seludup Masuk Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 306 hits
Lebih 400 rakyat Thai ditahan cuba seludup masuk negara sendiri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Apr 2020 11
Rohingya Minta Hak Sama Rata Makin Ramai Masuk Malaysia Rakyat Mula Kurang Senang

Rohingya Minta Hak Sama Rata Makin Ramai Masuk Malaysia Rakyat Mula Kurang Senang

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 1135 hits
Inilah terjadi Bagi betis nak peha Mungkin itulah yang digambarkan oleh rata rata Malaysia apabila ada pula isu terdapat segelintir aktivis yang terdiri daripada masyarakat asal pelarian Rohingya sedang dalam proses memohon kerakyatan di ne...
Negara Asing Wajar Ikut Contoh Malaysia Bawa Pulang Rakyat

Negara Asing Wajar Ikut Contoh Malaysia Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Malaysia sangat mengalu alukan negara luar untuk membawa pulang rakyat mereka yang tamat tempoh kuarantin di negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID 19 ketika ini Menteri Kanan
Surat Terbuka Tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

Surat Terbuka Tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 498 hits
Dari MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR Kepada ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh 23 APRIL 2020TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN Menurut perkara diatas surat tuntutan ...
Pertubuhan Berkaitan Rohingya Di Negara Ini Tidak Sah

Pertubuhan Berkaitan Rohingya Di Negara Ini Tidak Sah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 589 hits
TULAR beberapa pertubuhan berkaitan etnik Rohingya dalam media sosial yang dipertikai kewujudannya di negara ini Bagaimanapun hasil carian dan semakan dalam laman Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tiada maklumat berkaitan pertubuhan berkenaan ...
Wajib Tahu Bahaya Kepada Negara Dan Rakyat Malaysia Selepas Covid 19

Wajib Tahu Bahaya Kepada Negara Dan Rakyat Malaysia Selepas Covid 19

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 348 hits
Foto PPIMBukan Covid 19 sahaja yang mendatangkan bahaya kepada negara dan rakyat kita tetapi negara kita sedang telah dibanjiri ratusan ribu pelancong yang tidak keluar dari negara dan berkerja secara haram di Malaysia Kita sedia maklum beb...
Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 493 hits
Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang k...
Tular Video Rohingya Maki Rakyat Malaysia

Tular Video Rohingya Maki Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1108 hits
Tular Video Rohingya Maki Rakyat Malaysia Kurang ajar dan tak bertamadun itulah perkataan yang sesuai kepada si pelaku dalam video tersebut Tular Video Rohingya Maki Rakyat Malaysia Jika anda menonton pasti anda pun berkata begitu ataupun a...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku