Pertimbang Bonus Sebulan Gaji Semak Semula Ssm Cuepacs


GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dalam Belanjawan 2020 yang dijangka dibentangkan pada 11 Oktober depan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata pemberian itu sebagai pengiktirafan kepada mereka yang bekerja keras memberi khidmat terbaik kepada kerajaan.

Beliau berkata, biarpun kerajaan sudah bertukar, agensi dan kementerian yang ada masih sama dengan semua kakitangannya berkhidmat tanpa prejudis.

“Ramai (penjawat awam) amat berharap dan bertanya, tahun ini ada bonus atau tidak? Saya yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), bonus itu mesti ada.

“Walau dalam keadaan apa sekalipun, penjawat awam perlu diiktiraf kerana mereka banyak menyumbang bagi memastikan negara aman dan makmur.

“Berapa banyak (jumlah bonus), ikut kemampuan kerajaan tetapi kita berharap sekurang-kurang sebulan gaji,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan CUEPACS Pulau Pinang di Bangunan ACC Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, hari ini.
Selain bonus, Azih berkata, harapan lain CUEPACS dalam belanjawan kali ini termasuk agar kerajaan menyemak semula Skim Saraan Malaysia (SSM).

Beliau berkata, SSM tidak pernah disemak semula sejak 17 tahun dilaksanakan, justeru sudah tiba masa ia dikaji dengan memperkenalkan skim gaji baharu demi kepentingan lebih 1 juta penjawat awam selaras keadaan ekonomi semasa.

“Kita juga berharap pada 2020, gaji permulaan berada di atas garis kemiskinan.

“Garis kemiskinan negara ini perlu diubah kerana ia menunjukkan kita masih dalam dunia membangun yang mundur dan terkebelakang sedangkan pada hakikatnya, kita adalah negara membangun yang paling maju.

“Malah, sesetengah negara turut menganggap Malaysia sebuah negara maju tetapi indeks kemiskinannya masih dalam negara membangun,” katanya.

Selain itu, Azih berharap kerajaan akan terus mengekalkan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 33 institut latihan bawah Kementerian Kesihatan yang sedia ada.

“2020 adalah tahun istimewa dan kita berharap ada kejutan istimewa untuk semua penjawat awam,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/09/pertimbanga-bonus-sebulan-gaji-semak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2020 Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam

Bajet 2020 Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 364 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap khabar gembira buat penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada bu...
Kajian Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli Iphone Baharu

Kajian Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli Iphone Baharu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 299 hits
iPhone 11 dan iPhone 11 Pro dipamerkan kepada orang ramai semalam Foto AFPKUALA LUMPUR 11 Sept Purata rakyat Malaysia memerlukan sebulan gaji bagi membeli iPhone 11 Pro yang dilancarkan baru baru ini Telefon berharga RM4 899 dengan kapasiti...
Youtuber Dedah Gaji Syahmi Sazli Sebulan Anggar Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Youtuber Dedah Gaji Syahmi Sazli Sebulan Anggar Cecah Ratusan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1235 hits
Siapa tak kenal YouTuber terkenal Syahmi Sazli Namanya melonjak naik apabila video video yang dimuat naik melalui channel YouTube miliknya mendapat perhatian rakyat Malaysia Terbaru siri Drama Spontan yang diarahkan dengan kehadiran pelakon...
Gaji Sebulan Ku Nan Hampir Rm40 000 Saksi

Gaji Sebulan Ku Nan Hampir Rm40 000 Saksi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 346 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima gaji dan elaun berjumlah RM39 227 20 setiap bulan bermula dari 2013 hingga 2018 Setiausaha Bahagi...
Semak Semula Keputusan Gabung Umt Unisza Ahmad Amzad

Semak Semula Keputusan Gabung Umt Unisza Ahmad Amzad

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 288 hits
Ahmad Amzad dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru baru ini KUALA TERENGGANU 20 September Kerajaan Pusat diminta menyemak semula keputusan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin kerana penggabung...
Bagaimana Menghidupkan Semula Semangat Blogging

Bagaimana Menghidupkan Semula Semangat Blogging

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 373 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging Dunia blogging pastinya tidak dapat dipisahkan daripada blogger atau individu yang suka menulis dan bercerita Ada saja yang hendak diceritakan sama ada un...
Muncul Semula Setelah Hampir 5 Bulan Menyepi

Muncul Semula Setelah Hampir 5 Bulan Menyepi

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 309 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera MUNCUL SEMULA SETELAH HAMPIR 5 BULAN MENYEPI Setelah hampir 5 bulan menyepi dari dunia blogging Hingga hampir terlupa apa yang harus dilakukan dan dari mana hendak dimulakan semula Lantas blogger ini ce...
Kembali Semula

Kembali Semula

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 429 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Kembali semula ke persada blog Setelah sekian lamanya tidak bersiaran Rindu dengan teman teman blogger Rindu untuk meninggalkan jejak walau sekadar sepatah ayat Masih lagi mengumpul kekuatan dan semanga...
Kuo Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti Iphone 4 Pada Tahun 2020

Kuo Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti Iphone 4 Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 291 hits
iPhone 4 ialah antara peranti dengan rekaan ikonik kerana masih mempunyai saiz yang kecil dengan tubuh diperbuat daripada logam Kami masih dapat melihat ramai pengguna peranti yang sudah agak berusia ini Sejak n Apple tidak lagi menggunakan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator