Semak Semula Keputusan Gabung Umt Unisza Ahmad Amzad


Ahmad Amzad (tengah) dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 20 September - Kerajaan Pusat diminta menyemak semula keputusan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana penggabungan dilihat bukan pilihan dan prioriti pada masa kini. 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan boleh terus membantu memperkasakan kursus-kursus tujahan di UMT dan UniSZA tanpa perlu kepada satu proses penggabungan yang memerlukan kepada kos yang tinggi. 
"Ditambah dengan protes berterusan daripada ahli akademik, mahasiswa dan masyarakat setempat, proses yang tidak perlu ini akan menjadi rumit sekali untuk diselesaikan kerajaan," jelasnya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di status Facebooknya pada Khamis.. 
Ahmad Amzad turut meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik berhubung dengan penggabungan UMT dan UniSZA. 
Faktor utama penggabungan ini dikatakan kerana faktor pencapaian UMT yang tidak memuaskan terutamanya kegagalan universiti itu mengetengahkan kursus maritim sebagai kursus rujukan di peringkat antarabangsa. 
Seterusnya, Dr Maszlee juga mewajarkan keputusan kerajaan itu dengan memberi alasan bahawa kebolehpasaran kerja bagi graduan universiti ini adalah rendah di samping kedua-duanya mempunyai kursus dan professor dalam bidang yang sama. 
Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Maszlee ini menimbulkan banyak keraguan. 
"Tidak wajar perbandingan dilakukan melalui 'ranking' universiti dengan mengambil kira usia penubuhan UMT jika dibandingkan dengan universiti-universiti terkemuka tempatan yang lain. 
"Jika 'ranking' menjadi punca, bukan tidak wujud universiti-universiti yang berada di bawah UMT

"Sekadar persamaan kursus juga bukan alasan yang kukuh untuk satu penggabungan kerana  universiti yang mempunyai kursus tujahan sendiri juga masih mempunyai kursus-kursus lain yang ditawarkan," ujarnya. 
Katanya, alasan kebolehpasaran kerja pula hanya menunjukkan kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang graduan. 
"Paling tidak boleh diterima adalah apabila menteri sendiri menidakkan pencapaian UMT dalam bidang marin.  
"Walhal, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri sebagai Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) kluster Maritim kerana sumbangan dan kerjasamanya dengan universiti luar dalam pemfokusan bidang yang sama," jelas beliau lagi. 
Ahmad Amzad juga berkata, di sebalik usia penubuhannya yang masih muda, ia juga diiktiraf oleh badan profesional iaitu The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) dalam bidang pengangkutan dan logistik maritim dengan penubuhan Pusat Pengangkutan dan Logistik Maritim (MALTrac) yang pertama di Malaysia. 
Menurutnya, UMT turut menubuhkan Pusat Pelayaran dan sedang giat membangunkan sebuah Pelabuhan Pengajaran (teaching port) UMT dan Pusat Repositori Marin Kebangsaan

"Banyak lagi pencapaian UMT di peringkat antarabangsa yang menjadi kebanggaan warga UMT. 
"Saya percaya UMT sudah pun berada di trek yang betul untuk terus cemerlang dan menjadi rujukan universiti-universiti lain," ujar Ahmad Amzad


Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/semak-semula-keputusan-gabung-umt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kakitangan Akan Dibuang Kerja Apabila Umt Unisza Digabung

Tiada Kakitangan Akan Dibuang Kerja Apabila Umt Unisza Digabung

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 281 hits
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Siti Hamisah Tapsir berkata tidak ada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan dalam proses penggabungan dan semua dijamin termasuk pekerja kontrak KUALA TERENGGANU Tiada pemberhentian petugas termasuk berstat...
Bantahan Penggabungan Umt Unisza Akan Dibawa Sehingga Kepada Pm

Bantahan Penggabungan Umt Unisza Akan Dibawa Sehingga Kepada Pm

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 343 hits
Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Tun...
Unisza Dan Umt Akan Digabungkan

Unisza Dan Umt Akan Digabungkan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 708 hits
Adakah selepas ini kita akan lihat hanya sebuah universiti awam sahaja di Terengganu bila UniSZA dan UMT akan digabungkan Itulah mungkin persoalan yang timbul selepas ini jika ianya terjadi Baru baru ini kita telah mendengar dimana Jabatan ...
Umt Unisza Kerjasama Kaji Penggabungan

Umt Unisza Kerjasama Kaji Penggabungan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 223 hits
Universiti Malaysia Terengganu akan bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin dan Jabatan Pendidikan Tinggi dalam menyediakan kajian terperinci berkenaan cadangan penggabungan kedua dua universiti itu Naib Canselor UMT Prof Dr Nor
Unisza Umt Bergabung

Unisza Umt Bergabung

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 495 hits
Jawatankuasa khas dibentuk gerakkan penggabungan institusiBANGI Jemaah menteri bersetuju secara prinsip dengan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam sa...
Jangan Korban Keunikan Dan Sejarah Unisza Umt

Jangan Korban Keunikan Dan Sejarah Unisza Umt

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 538 hits
Sebagai bekas Menteri Pendidikan Tinggi saya ingin memberi sedikit pandangan terhadap isu cadangan penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin dengan Universiti Malaysia Terengganu Secara peribadi saya anggap tindakan ini lahir dari sikap ...
Pertimbang Bonus Sebulan Gaji Semak Semula Ssm Cuepacs

Pertimbang Bonus Sebulan Gaji Semak Semula Ssm Cuepacs

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 593 hits
GEORGETOWN Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dalam Belanjawan 2020 yang dijangka dibentangkan pada 11 Oktober depan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmat...
Penggabungan Unisza Umt Maszlee Jangan Fikir Nak Untung Saja Mahdzir

Penggabungan Unisza Umt Maszlee Jangan Fikir Nak Untung Saja Mahdzir

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 299 hits
Mahdzir selar menteri Kenapa fikir semua nak untung Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menyelar Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang berkata penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin adalah kerana kedua...
Berang Diisukan Cerai Dengan Ahmad Dhani Mulan Jameela Buka Suara

Berang Diisukan Cerai Dengan Ahmad Dhani Mulan Jameela Buka Suara

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 210 hits
Nama Mulan Jameela kembali menjadi perbincangan publik Hal ini setelah dirinya diisukan menggugat cerai suaminya Ahmad Dhani
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta

Dewi Dakwa Cik Epal Punca Bekas Suami Lafaz Taklik Keluar Rumah Tanpa Beri Nafkah