Gaji Sebulan Ku Nan Hampir Rm40 000 Saksi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima gaji dan elaun berjumlah RM39,227.20 setiap bulan bermula dari 2013 hingga 2018.
Setiausaha Bahagian (Perlembagaan dan Urusan Parlimen), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Daman Huri Nor, 55, mengesahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Loading… “Datuk Seri Tengku Adnan menerima gaji RM14,907.20 dan elaun RM24,320 setiap bulan pada 2013 hingga 2018 ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya pada hari pertama perbicaraan kes Tengku Adnan yang didakwa menerima rasuah RM1 juta daripada ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon.
Disoal Julia siapa yang membayar gaji berkenaan kepada Tengku Adnan, saksi itu berkata: Kerajaan Malaysia.Iklan
Saksi pendakwaan pertama itu turut mengecam dan mengesahkan Surat Cara Pelantikan Menteri Persekutuan bertarikh 16 Mei 2013 yang dikemukakan kepadanya oleh Julia.
Menurut Daman Huri, dokumen tersebut (Surat Cara Pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan) adalah watikah pelantikan Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
“Saya juga sahkan bahawa Perakuan Tentang Kedudukan atau Jawatan yang dipegang oleh Tengku Adnan bertarikh 24 Sept 2018 disediakan oleh saya.
“Saya juga sahkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 menunjukkan Barisan Nasional tewas dan Tengku Adnan tidak lagi menjadi Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya, hari ini.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah, 36, mengesahkan syarikat Nipponkey Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 29 Jun 2006 masih wujud sehingga kini.
Saksi pendakwaan kedua itu berkata syarikat itu terletak di Century Garden, Johor Bharu dan jenis perniagaan yang didaftarkan adalah ‘Property Holding’.
Muhamad Akmaludin, yang bertugas di Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan turut mengesahkan bahawa Tan adalah pengarah bagi syarikat itu dan tarikh lantikan adalah pada 18 Okt 2009.
Saksi itu turut mengesahkan bahawa selain Tan, turut dilantik sebagai pengarah ialah Edwin Tan Pei Seng dan Zubaidah Azman turut dilantik sebagai setiausaha syarikat.
Muhamad Akmaludin juga mengesahkan bahawa syarikat Paragon City Development Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 20 Sept 1995 masih wujud sehingga kini dan terletak di Jalan Semarak dekat Kuala Lumpur.
“Jenis perniagaan yang didaftarkan adalah ‘Property Development’ dan Datuk Tan Eng Boon merupakan pengarah syarikat yang dilantik pada 29 Sept 1995. Turut dilantik sebagai pengarah ialah Edwin Tan Pei Seng dan Godwin Tan Pei Poh manakala Zubaidah Azman dilantik sebagai Setiausaha,” katanya ketika membaca penyataan saksinya ketika pemeriksaan utama oleh Julia.
Sementara itu, Muhamad Akmaludin mengesahkan syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd, yang terletak di Century Garden, Johor Bharu dan ditubuhkan pada 19 Dis 1990, masih wujud sehingga kini serta jenis perniagaan yang didaftarkan adalah Pemaju Hartanah dan Syarikat Pelaburan Harta.
Muhamad Akmaludin mengesahkan bahawa Tan dilantik sebagai pengarah syarikat itu pada 19 Dis 1990 dan beberapa individu lain yang turut dilantik sebagai pengarah ialah Edwin Tan Pei Seng, M Sani Md Taib dan See Choon Gek manakala Zubaidah Azman dilantik sebagai setiausaha syarikat.
Pada 15 Nov lepas, Tengku Adnan, 69, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).
Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Dis 2013.
Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu didakwa telah menerima wang berjumlah RM1 juta yang merupakan barangan berharga daripada Tan tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank bernombor 300109 ke dalam akaun tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/gaji-sebulan-ku-nan-hampir-rm40000-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada Ceo Sime Darby Lantikan Dap 220 000 Hektar Ladang Pula Dijual

Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada Ceo Sime Darby Lantikan Dap 220 000 Hektar Ladang Pula Dijual

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 787 hits
Sime Darby memliki konsesi ladang sawit dengan keluasan 220 000 hektar di negara Liberia di Afrika Konsesi yang luasnya 3 kali jumlah keluasan Singapura adalah selama 63 tahun Pokok kelapa sawit mula ditanam bermula tahun 2011 Setakat ini k...
Hampir 5 000 Sertai Himpunan Penangtolaktambak

Hampir 5 000 Sertai Himpunan Penangtolaktambak

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 338 hits
Gerakan Pembela Ummah Pulau Pinang sekali lagi akan membawa isu Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekiranya tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri Pengerusi Mohd Akhir Che Mat berkata di perin...
Kajian Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli Iphone Baharu

Kajian Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli Iphone Baharu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 258 hits
iPhone 11 dan iPhone 11 Pro dipamerkan kepada orang ramai semalam Foto AFPKUALA LUMPUR 11 Sept Purata rakyat Malaysia memerlukan sebulan gaji bagi membeli iPhone 11 Pro yang dilancarkan baru baru ini Telefon berharga RM4 899 dengan kapasiti...
Pertimbang Bonus Sebulan Gaji Semak Semula Ssm Cuepacs

Pertimbang Bonus Sebulan Gaji Semak Semula Ssm Cuepacs

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 526 hits
GEORGETOWN Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dalam Belanjawan 2020 yang dijangka dibentangkan pada 11 Oktober depan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmat...
Taufan Faxai Badai Tokyo Kanagawa Hampir 900 000 Penempatan Terputus Bekalan Elektrik

Taufan Faxai Badai Tokyo Kanagawa Hampir 900 000 Penempatan Terputus Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 396 hits
Angin kencang dan hujan lebat disebabkan oleh taufan Faxai merupakan salah satu kejadian besar yang membadai ibu negara Jepun dalam masa sedekad Taufan Faxai ini juga menyebabkan angin kencang selaju 216 kilometer sejam yang melanda Chiba t...
Bajet 2020 Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam

Bajet 2020 Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 326 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap khabar gembira buat penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada bu...
Pemerintah Gaji Peserta Program Kartu Pra Kerja Hingga Rp 500 000 Dalam 3 Bulan

Pemerintah Gaji Peserta Program Kartu Pra Kerja Hingga Rp 500 000 Dalam 3 Bulan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 181 hits
Pemerintah berencana memberi ongkos hidup bagi para pencari kerja baik itu lulusan Sekolah Menengah Kejuruan maupun korban Pemutusan Hubungan Kerja hingga Rp 500 000 per bulan Syaratnya mereka harus lulus kursus dari program kartu pra kerja
Detik Detik Cemas Dalam Kabin Pesawat Tiba Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30 000 Kaki

Detik Detik Cemas Dalam Kabin Pesawat Tiba Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30 000 Kaki

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 251 hits
Atlanta Hanya lebih kurang 35 minit selepas berlepas sebuah pesawat milik Delta Airlines dalam perjalanan dari Atlanta ke Fort Lauderdale terpaksa melakukan pendaratan cemas di Tampa Florida pada Rabu lalu Pesawat tersebut telah menyebabkan...
Mana Nak Cari Rm160 000

Mana Nak Cari Rm160 000

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 161 hits
NIAT pemuda untuk bergelar doktor bakal tergendala jika gagal melunaskan tunggakan bayaran pengajian RM160 000 pada Februari ini Dilema itu dihadapi Mohammad Nor Anuar Razali 25 yang juga penuntut Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti ...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid