Pertanyaan Rakyat Bawahan Pemimpin Mana Pulak Dilepaskan Selepas Ini




1. Pada 9/5/2018, rakyat Malaysia sanggup berdiri lama dan beratur panjang di pusat-pusat pengundian bagi membuat perubahan politik yang amat drastik tapi dengan secara aman dan demokratik. Tanpa dipaksa, mereka memilih PH dan menolak BN.2. Dari segi perundangan, tiada siapa boleh menafikan banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Kerajaan PH.Antaranya, pejabat Peguam Negara yang di bawah pengendalian seorang peguam yang senior memperlihatkan “political will” mendakwa beberapa “ikan jerung”. Saya yakin rakyat yang membuat perubahan pada 9/5/2018 itu amat gembira.3. Selaku mantan timbalan menteri undang-undang Kerajaan PH, saya sering ditanya bilakah para “jerung politik” yang didakwa itu hendak dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Jujurnya, agak sukar untuk menerangkan kepada mereka tentang kerumitan sistem dan proses perundangan.4. Ramai dari rakyat yang mungkin sukar memahami kenapakah mereka yang dituduh dengan pelbagai tuduhan jenayah yang berat -misalnya tuduhan rasuah atau penggubahan wang haram berbilion ringgit-masih boleh dibenarkan ber”keliaran” di merata tempat, berselfie, berkempen dan lain-lain.5. Rakyat ,secara umumnya , tidak begitu berminat untuk tahu apabila saya terangkan misalnya tentang doktrin ” seseorang yang didakwa di mahkamah dianggap tidak bersalah kecuali setelah dibuktikan bersalah” , konsep ” rule of law”, konsep ” fair trial”, konsep pemisahan kuasa eksekutif dan Peguam Negara atau Mahkamah dan konsep jaminan ( bail ).6. Bagi rakyat ” para jerung politik” ysng didakwa dan dilihat telah menyusahkan negara/mereka perlu dan wajar dihukum segera. Buktinya, kata mereka, kami telah menolak mereka dalam pilihan raya. Maka, kata mereka, kerja kamu ( Kerajaan) adalah ” humban mereka dalam penjara dan bagi mereka reput di sana”.Itulah , lazimnya, hujah mereka yang bersalut kemarahan mereka kepada saya misalnya.7. Ya, amat sukar untuk menerangkan perbezaan ” hukuman politik” dan ” hukuman undang-undang” ke atas para aktor politik yang dianggap oleh rakyat telah melakukan jenayah. Prosesnya berbeza. Kaedah pembuktiannya juga berbeza. Ya, secara relatif, lebih mudah mensabitkan seseorang ahli politik yang korup melalui “hukuman politik”. Ini kerana, antara lain, proses pembuktian bersalahnya jauh lebih ringan dan jauh lebih mudah dibandingkan melalui proses undang-undang di mahkamah.8. Mungkin , atas dasar itu, tidak sedikit rakyat yang agak ” marah” dan ” kecewa” kepada PH kerana , bagi mereka, pesalah yang “dihukum” melalui pilihanraya masih tidak dihukum melalui “mahkamah”.Ironinya ketegasan Kerajaan PH untuk berpegang kepada prinsip ” kedaulatan undang-undang” ( rule of law) dan prinsip ” perbicaraan yang adil” ( rule of law) menyaksikan para pemimpin PH pula yang dimarahi dan dikritik secara pedas dan konsisten oleh para penyokong mereka sendiri.9. Ya, ianya amat sukar. Tetapi, bagi saya, itulah prosesnya. Bukan mudah untuk membuat perubahan di dalam satu negara yang boleh dikatakan segala sendi-sendi utama di negara itu telah rapuh dan rosak secara teruk. Tapi, itulah jalan yang PH kena dan perlu tempuhi . Amat sukar dan berliku.Boleh sahaja Kerajaan PH memilih cara yang lebih mudah dan lebih segera bagi ” menghukum” ” para jerung politik”. Mungkin cara sebegitu boleh menggembirakan para penyokong sendiri dalam jangkamasa pendek. Namun, maaf, itu bukan perubahan yang hakiki. Perubahan atas dasar dendam semata-mata tidak baik kepada negara pada jangkamasa panjang. Ia bukan perubahan yang ” genuine”.10. Takdir Allah di saat para pemimpin Kerajaan PH sedang serius berfikir, merancang dan melaksanakan proses perubahan tersebut, rupanya ada pihak yang berfikir lain. Maka, berlakulah apa yang berlaku. Kerajaan PH yang dinaikkan melalui mandat rakyat dijatuhkan oleh Kerajaan PN yang terbina melalui pengkhianatan mandat rakyat. Puncanya hanya satu -kerakusan nafsu serakah!11. Terbukti kini wujudnya beberapa insiden yang menunjukkan seolah-seolah negara ini sedang bergerak mengundur ke belakang – pra 9/5/2018- iaitu rakyat negara ini seolah-olah masih berada di dalam budaya dan persekitaran pemerintahan BN. Jika dahulu BN, sekarang PN. Malangnya, DNAnya masih tetap sama.12. Dari aspek perundangan, boleh jelas kelihatan ketidaksamaan perlakuan ke atas rakyat yang tidak berdaya dan pemimpin yang berkuasa di hadapan undang-undang.Pada mulanya, rakyat hanya melihat ketidaksamaan undang-undang dalam memperlakukan pemimpin dan kaum kerabat mereka yang melanggar PKP di satu pihak dan rakyat bawahan di satu pihak yang lain. Namun nampaknya ketidaksamaan itu tidak terhenti di situ sahaja.13. Bila tertuduh yang berhadapan dengan jenayah yang ada kaitan dengan skandal 1MDB boleh dilepaskan tanpa dibebaskan hanya kerana bersetuju dan bersedia untuk memulangkan sejumlah wang tertentu, kecurigaan rakyat perkara sebegitu mungkin akan berulang benar-benar berlaku. Kali ini seorang lagi pemimpin yang berhadapan dengan 46 pertuduhan jenayah pula dibebaskan.Soalan yang “legitimate” dari rakyat bawahan ” pemimpin mana pula selepas ini? ” dalam keadaan rakyat bawahan dihukum 15 bulan penjara kerana mencuri petai!14. Almarhum YM Tun Raja Azlan Shah dalam satu penghakimannya iaitu dalam kes ” Public Prosecutor v Tengku Mahmood Iskandar and Anor ( 1973 ) 1 MLJ 128 memulakan penghakimanya dalam kes tersebut dengan kata kata yang menarik.Terjemahan ke bahasa melayu berbunyi lebih kurang seperti berikut :-” Hari ini bukan sangat Responden ,yang sedang menghadapi perbicaraan, yang dibicarakan tetapi keadilan itu sendiri ( yang sedang dibicarakan). Berapa banyak kadar keadilan bagi keadilan itu sendiri? Jika mahkamah berusaha untuk meletakkan keseimbangan antara dua neraca- kepentingan tertuduh dan kepentingan masyarakat , maka saya ingin katakan bahawa keadilan itu adalah bersifat adil ( justice is just ) .Tujuan keadilan itu mestilah keseimbangan dan kesaksamaan”.15. Almarhum juga berkata :-” …Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang berkata semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Ia bermaksud, secara tersirat, hanya ada satu sahaja set undang-undang di negara ini di mana semua rakyat adalah tertakluk kepadanya. Bagi kami, setiap warganegara, tanpa mengira status rasmi atau status sosial mereka, adalah di bawah pertanggungjawaban yang sama bagi setiap tindakan yang dilakukan tanpa justifikasi undang-undang. Kesaksamaan semua orang di hadapan undang-undang meninimakan kezaliman”16. Nabi s.a.w telah lama meingatkan kita dalam satu petikan hadith yang antara lain, berbunyi, mafhumnya :-“..hanyasanya mereka yang binasa sebelum kamu bahawasanya mereka jika ada di antara mereka yang mencuri itu di kalangan orang-orang mulia ( الشريف ) , maka dibiarkan sahaja ( tidak dihukum) , dan apabila yang mencuri di kalangan mereka itu orang yang lemah ( الصعيف ) , maka ditegakkan hukuman hadd ke atas mereka..”والله اعلمMohamed Hanipa MaidinAhli Parlimen Sepang11/6/2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/pertanyaan-rakyat-bawahan-pemimpin-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk

Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 333 hits
June 18 2020 11 11 AMPETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda PKR berkata partinya wajar keluar Pakatan Harapan dikatakan kerana rakan PH mendesak partinya terima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu membent...
Pemimpin Perikatan Nasional Mahu Lari Ke Mana

Pemimpin Perikatan Nasional Mahu Lari Ke Mana

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 262 hits
Hakikatnya kedua dua pemimpin itu sedang bermimpi ngeri di siang hari PERIKATAN NASIONAL ibarat rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi Maka sukar bagi penghuninya untuk menikmati ketenangan apatah lagi untuk tidur dengan lena Sit...
Sekejap 129 Sekejap 107 Mana Yang Betul Kena Tanya Anwar Umno Fokus Bantu Kerajaan Dan Rakyat Shahril

Sekejap 129 Sekejap 107 Mana Yang Betul Kena Tanya Anwar Umno Fokus Bantu Kerajaan Dan Rakyat Shahril

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 402 hits
Mula mula 129 kemudiannya sekarang 107 Ahli Parlimen jadi kena tanyalah angka apa yang sebenarnya beliau ada demikian reaksi spontan Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa P...
Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 325 hits
Tun Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan enam orang wakil rakyat yang sedang di dalam perbicaraan mahkamah tidak akan didapati bersalah Malah katanya sewaktu Muhyiddin rancang untuk terima Umno dan Najib Razak ...
Gambar Gambar Dari Fb Pemimpin Ph Positif Selepas Mesyuarat 3 Jam Disertai Anwar Dan Dr M

Gambar Gambar Dari Fb Pemimpin Ph Positif Selepas Mesyuarat 3 Jam Disertai Anwar Dan Dr M

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 281 hits
June 9 2020 PETALING JAYA Pakatan Harapan berkata ia mengadakan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian setiap parti tetapi enggan memberikan butirannya selepas mesyuarat 3 jam yang dihadiri bekas perdana menteri Dr Mahathir Moham...
Tiket Flight Harga Yahudi Macam Mana Nak Bantu Rakyat

Tiket Flight Harga Yahudi Macam Mana Nak Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 591 hits
Sebuah persatuan dalam bidang pelancongan bimbang dengan harga tiket penerbangan domestik yang mahal mengatakan ia akan menyukarkan pemulihan sektor itu Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia memberitahu kesannya dirasai pelan...
Mokhtar Senik Mana Hang P Ni Masuk Berita Ni Woiii Mana Dia

Mokhtar Senik Mana Hang P Ni Masuk Berita Ni Woiii Mana Dia

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 393 hits
Dua hati itu ialah hati PAS dan hati UMNO yang dipenuhi golongan kleptokrat yang diiktiraf dunia termasuk Singapura dan Amerika Syarikat Ini kerana wang 1Malaysia Development Berhad sebanyak USD972 juta telah dimasukkan ke dalam akaun perib...
Gps Sarawak Dan Ppbm Sabah Sokong Muhyiddin Celah Mana Dapat Angka 129 Tu

Gps Sarawak Dan Ppbm Sabah Sokong Muhyiddin Celah Mana Dapat Angka 129 Tu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 426 hits
Ada pihak dakwa Dr Mahathir sudah ada nombor yang cukup untuk jatuhkan Muhyiddin Yassin Betulkah apa yang didakwa atau hanya sekadar psywar dari team Dr Mahathir GPS Sarawak Sudah Nyatakan Sokongan Kepada MuhyiddinTidak pelik kalau GPS Sara...
Hilang Mana Ka Mufti Ni Dulu Campiang Bukan Main Kalau Ada Isu Arak Mabuk Uec Cina Kapiaq Sunyi Dah La Ni

Hilang Mana Ka Mufti Ni Dulu Campiang Bukan Main Kalau Ada Isu Arak Mabuk Uec Cina Kapiaq Sunyi Dah La Ni

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 294 hits
IBRAHIM MAT ISABerita hampir dua bulan lepas apabila SS Dato Mufti jadi wakil menyiarkan hebahan bagi pihak Muhyiddin Bermaksud Mufti menyetujui Kudeta Namun kini Mufti berkenaan senyap sunyi umpama walaun lari ke gua apabila terlalu banyak...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad