Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah


 


Seri Wangi rasa bangga berpeluang dapat hadir di Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam
Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. dan diasaskan oleh Bintang Selebriti, Carrie Lee Sze Kei (李诗琪), Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mengetengahkan wanita-wanita muda Malaysia yang luar biasa yang bukan sahaja memiliki kecantikan, malah kecerdasan, bakat dan berketerampilan.

Malaysia mencatatkan rekod kemasukan pelancong asing tertinggi seramai 2.57 juta orang pada separuh tahun pertama 2023 sejak pandemik melanda, Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan melalui francaisnya dan duta-dutanya, mewakili keunikan dan kepelbagaian latar belakang, seni dan budaya melalui fesyen, kecantikan dan hiburan. Pelancaran Miss CosmoWorld 2023 pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YM Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Alhaj, kerabat Diraja Selangor sebagai Tetamu Kehormat.






Miss CosmoWorld 2023 memberi pendekatan kotemporari terhadap pertandingan ratu cantik dan cabaran-cabaran yang melebihi pertandingan sebelumnya di mana Miss CosmoWorld pada tahun ini menampilkan dan mendedahkan kehidupan seharian dan kemahiran para pesertanya yang bakal menempuhi latihan pemerkasaan wanita seperti latihan kecergasan, catwalk, pengucapan awam dan banyak lagi. Melalui aktiviti-aktiviti ini, pertandingan ini disediakan untuk mencerminkan sifat patriotisme, semangat dan kekuatan para peserta demi merebut peluang untuk menjadi antara 12 peserta terbaik yang bakal bertanding di Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 pada Oktober tahun ini kelak. Pada masa yang sama, Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 turut menampilkan kira-kira 30 orang peserta antarabangsa pada November 2023.

YM Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi berkata, "Miss CosmoWorld sentiasa menjadi platform yang hebat untuk mempromosikan golongan wanita muda Malaysia ke peringkat global yang bukan sahaja mempunyai kecantikan tetapi juga kemahiran yang melampaui penampilan mereka. Melalui pertandingan ini, ia juga merupakan peluang untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara yang memiliki golongan wanita muda yang berkebolehan, berasal dari pelbagai budaya dan latar belakang, berani untuk memimpin dan menghadapi cabaran masa depan. Saya boleh katakan peserta itu sendiri akan menjadi lambang kecantikan, kepelbagaian, dan potensi Malaysia.".

Edisi ke-6 Miss CosmoWorld bakal menjadi Pertandingan Ratu Cantik Malaysia yang terbaik pada tahun Ini, dengan jangkaan ratusan permohonan, menjadikannya pertandingan yang paling ramai pemohon dan menarik di negara ini. Semasa sidang akhbar, Lee juga mengumumkan bahawa Miss CosmoWorld 2023 akan menawarkan Hadiah Tunai Terbesar dalam sejarah pertandingan, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 1.1 juta (USD 250k), termasuk manfaat dan faedah daripada penaja untuk dimenangi. Permohonan bermula pada hari ini dan pemilihan finalis akan diadakan melalui ujibakat pada 23 September 2023 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.



Carrie Lee, Pengasas Miss CosmoWorld menekankan, "Organisasi Miss CosmoWorld, dalam tahun ke-6nya yang berterusan, telah bekerja keras untuk menyediakan platform yang akan meningkatkan bakat, kemahiran, dan kesungguhan golongan wanita muda di seluruh Malaysia. Selepas mencapai kejayaan dalam bidang kecantikan dan pertandingan, kini adalah tanggungjawab dan tugas saya untuk menyumbang kepada wanita-wanita di negara ini, mengenalpasti wanita yang berpengaruh, dan mendorong wanita yang berketerampilan dan yakin untuk mempromosikan yang terbaik untuk Malaysia, sambil memberi kembali kepada masyarakat. Acara ini akan memberi peluang kepada ratu cantik masa depan kita dari pelbagai budaya untuk berkongsi, mendidik, dan belajar dari pengalaman masing-masing serta memperlihatkan latar belakang masing-masing,"

"Dalam dunia yang semakin global, pelancongan telah menjadi sebahagian penting dalam ekonomi kita. Ia mencipta peluang pekerjaan, menghasilkan pendapatan, serta mempromosikan pemahaman silang budaya. Miss CosmoWorld 2023 memainkan peranan penting dalam usaha ini. Dengan berkongsi tradisi, adat resam, dan kisah masing-masing, wanita-wanita hebat ini menjadi duta negara mereka, memikat pengunjung untuk meneroka kecantikan dan daya tarikan tanahair mereka," tambah Dato' Sri Chong Chin Fung, Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld.




Dato' Sri Chong Chin Fung


Sebagai pejuang pemerkasaan wanita, pengasas Miss CosmoWorld membawa inisiatif untuk memacu para peserta ke arah sifat berdikari dan mengasah kepimpinan mereka melalui pelajaran utama berdasarkan pengalaman beliau sendiri, terutamanya tentang keusahawanan di mana ianya berguna untuk mereka pada masa hadapan, tanpa mengira keputusan pertandingan ini. Dengan itu, pertandingan ini mampu membina kesedaran dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan wanita di seluruh negara untuk berdikari, melalui pengaruh para peserta kelak.







Tiffany Lee (李俐吟), Pengerusi Pertubuhan dan Pemenang Tempat Ketiga Miss CosmoWorld 2021 berkata, "Setiap tahun, Miss CosmoWorld terus meningkatkan penawarannya bukan sahaja untuk memberikan keutamaan kepada pertandingan ini, tetapi yang lebih penting untuk mencipta impak positif dalam masyarakat. Tahun ini, pemenang akan membawa pulang RM 1.1 juta (USD 250,000) untuk membiayai idea-idea perniagaan mereka, sebagai usaha oleh Miss CosmoWorld untuk membangunkan usahawan wanita yang berjaya. Di samping itu, setiap peserta yang mengambil bahagian dalam Miss CosmoWorld 2023 juga akan dilengkapi dengan asas-asas untuk menjalankan perniagaan sendiri, secara langsung mendorong usaha tersebut. Di Miss CosmoWorld 2023, kami menggunakan pengaruh kami untuk memperkasakan orang ramai dan kami berharap dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat."







Mereka yang layak untuk Miss CosmoWorld 2023 mestilah: 
● Warganegara berasal dari Malaysia, bukan beragama Islam, lahir sebagai perempuan.
● Berumur antara 17 hingga 29 tahun pada tahun 2023. 
● Ketinggian minimum 160cm. 
● Bujang, belum pernah berkahwin, bercerai, atau mempunyai anak. 
● Calon mestilah mempunyai keupayaan mental yang diperlukan untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.



Miss CosmoWorld Edisi keenam dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. bersama GETBATS sebagai Penaja Wang Tunai, dan MeLife sebagai Penaja Platinum, bersama dengan para penaja dan rakan-rakan seperti:


Mereka yang layak untuk Miss CosmoWorld 2023 mestilah: 
● Warganegara berasal dari Malaysia, bukan beragama Islam, lahir sebagai perempuan.
● Berumur antara 17 hingga 29 tahun pada tahun 2023. 
● Ketinggian minimum 160cm. 
● Bujang, belum pernah berkahwin, bercerai, atau mempunyai anak. 
● Calon mestilah mempunyai keupayaan mental yang diperlukan untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.


Miss CosmoWorld Edisi keenam dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. bersama GETBATS sebagai Penaja Wang Tunai, dan MeLife sebagai Penaja Platinum, bersama dengan para penaja dan rakan-rakan seperti TDOX CLINIC,Global Creative and Media Agency (GCMA), Nice Car and DKing.









Untuk maklumat lanjut mengenai Miss CosmoWorld 2023, sila layari:




WEBSITE
www.misscosmoworld.com



FACEBOOK
https://www.facebook.com/MissCosmoWorld/



INSTAGRAM
https://www.instagram.com/misscosmoworld



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2023/07/pertandingan-miss-cosmoworld-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 230 hits
Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianjurkan oleh CL Skin Sdn Bhd dan diasaskan oleh Bintang Selebriti Carrie Lee Sze Kei Miss CosmoWorld 2023 ...
Hanya Rm1 Juta Semua Guna Wang Saya Kata Abang Sanusi

Hanya Rm1 Juta Semua Guna Wang Saya Kata Abang Sanusi

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 178 hits
FMT ReportersAbang kepada menteri besar Kedah Sahabudin Nor di banglo enam bilik miliknya di Sik yang menjadi perhatian baru baru ini PETALING JAYA Abang kepada Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menjelaskan bahawa banglo miliknya di Sik dibina...
Sindiket Rasuah Datuk Ditahan Rampasan Wang Tunai Rm38 Juta Emas 200kg

Sindiket Rasuah Datuk Ditahan Rampasan Wang Tunai Rm38 Juta Emas 200kg

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 183 hits
FMT Reporters Wang tunai emas dan kereta mewah disita dalam operasi besar besaran oleh enam agensi penguat kuasa Isnin lalu PETALING JAYA Pasukan Petugas Agensi agensi Penguatkuasa Malaysia merampas wang tunai RM38 juta dan emas seberat 200...
Disyaki Minta Rm1 Juta Pegawai Kanan Kerajaan Kedah Direman Berkait Ree

Disyaki Minta Rm1 Juta Pegawai Kanan Kerajaan Kedah Direman Berkait Ree

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mereman seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi di Kedah Sumber berkata penahanan pegawai kan...
Pakai Jubah Lusuh Tapi Bayar Zakat Rm1 Juta Amil Terkejut Ingatkan Fakir Miskin

Pakai Jubah Lusuh Tapi Bayar Zakat Rm1 Juta Amil Terkejut Ingatkan Fakir Miskin

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 226 hits
MAISARAH AISYAZakat pendapatan yang dikenakan ialah sebanyak 2 5 peratus daripada jumlah gaji yang diterima pembayar Umum juga tahu zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan Kisah ini dikongsikan oleh Siakap ...
Mrca Menganjurkan Ekspo Francais Mirf 2023 Dengan Visi Pelaburan Rm 120 Juta

Mrca Menganjurkan Ekspo Francais Mirf 2023 Dengan Visi Pelaburan Rm 120 Juta

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 231 hits
Majlis pelancaran rasmi Ekspo Francais Peruncitan dan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 pada hari ini dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub yang menyaksikan objektifnya untuk m...
Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 259 hits
Hi Korang Weekend lepas memang best betol hah Sebab kak lily berkesempatan ke ART Day 2023 di Sepang International CircuitSebuah acara sukan automotif Adrenaline Rush Track Day 2023 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang...
Anai Anai Makan Rm30 000 Wang Simpanan Tunai Haji

Anai Anai Makan Rm30 000 Wang Simpanan Tunai Haji

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 306 hits
DUIT simpanan Meknab yang dimakan anai anak FOTO Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi Anai anai makan RM30 000 simpanan Mek Nab Kuala Lumpur Impian seorang warga emas menunaikan haji tahun depan mungkin tidak kesampaian selepas wang simpanannya ...
Wang Pendahuluan Ptptn Cara Semakan Wpp 2023

Wang Pendahuluan Ptptn Cara Semakan Wpp 2023

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 134 hits
Nak semak wang pendahuluan PTPTN sebanyak RM1 500 Berikut dikongsikan maklumat lanjut kaedah permohonan serta syarat WPP 2023 Pengenalan SIARAN MEDIA 42 946 PELAJAR KE IPTA BAKAL TERIMA WANG PENDAHULUAN PINJAMAN Perbadanan Tabung Pendidikan...
Abang Jo Hints At July 19 Signing For Bank Takeover

Covid 19 No More Quarantine Orders From July 15

M Sia Tong Sampah Pelacur Orang Cina X Problem

Majukan Diri Tanpa Hutang

Penstrukturan Semula Ptptn Jadual Bayaran Balik 2024

The Indian Problem Revisited

Silala Mogok Jangan Ugut Kerajaan

Buat Pancang Para Junjung Trellis Di Raised Bed



8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda


Sampai Kapan Anak Wajib Dinafkahi Orang Tua

Pertama Kali Dalam Sejarah Merek Hp Ini Resmi Dipakai Dalam Esports World Cup 2024

Food For Thought The Impact Of Corporate Dining On Employee Recruitment And Retention

Hassan Karim Najib Kalah Kerana Gst Ph Dengan Penyasaran Subsidi

Mca Youth Gets 173 Appeals From Rejected 10as Students

Ph Tewas Kerana Tak Puas Hati Dengan Dasar Kerajaan Kata Chow