Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar


Hi Korang,
Weekend lepas memang best betol hah..

Sebab kak lily berkesempatan ke ART Day 2023 di Sepang International Circuit


Sebuah acara sukan automotif, ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023) telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lalu di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U-Supercars, menampilkan Utama Motors sebagai penaja utama, telah dihadiri lebih 5 ribu pengunjung yang memenuhi kawasan pit bagi menyaksikan dengan dekat himpunan pelbagai kereta dan motor berkuasa tinggi.


ART Day 2023 telah dibuka dengan majlis pelancaran Kelab U-Supercars dan Kelab PEKEMA Auto, yang disaksikan para jemputan khas, barisan media elektronik dan media cetak, pempengaruh (influencer), blogger dan peserta-peserta perarakan kereta dan motor berkuasa tinggi di Kelab Paddock Selatan, Litar Antarabangsa Sepang




Majlis pelancaran telah menyaksikan Pengarah Urusan Utama Motors, yang juga merupakan penaung Kelab U-Supercars, Dato Marof Khan Mohamed Idris dan Dato’ Haji Mohamed Nazari Noordin, selaku Pemangku Presiden, Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), memotong reben sebagai simbolik rasminya penubuhan kedua-dua kelab automotif tersebut

Dalam ucapannya, Dato’ Marof Khan memberitahu tujuan utama penubuhan Kelab U-Supercars adalah untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki dalam industri automotif, melalui program sosial dan riadah yang berfaedah kepada masyarakat, selain menyemarakkan semangat setia kawan dalam kalangan ahli Kelab U-Supercars melalui aktiviti seperti konvoi, pameran kereta dan sebagainya

Dato’ Marof Khan menzahirkan penghargaan kerana penubuhan Kelab U-Supercars milik Utama Motors itu telah mendapat sokongan daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), sekaligus diberi penghormatan untuk merasmikan kelab tersebut dengan PEKEMA Auto Club

Menurut Datuk Haji Mohamed Nazari Noordin, pelancaran PEKEMA Auto Club adalah penjenamaan semula daripada kelab yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMA Riders Club, dengan tujuan untuk memperluaskan keahlian kelab bukan sahaja kepada motosikal malah kepada kereta. Dalam usaha untuk menggalakan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan masyarakat, Datuk Haji Mohamed Nazari berharap dengan penubuhan PEKEMA Auto Club, dapat memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli kelab tentang teknologi kenderaan elektrik

“Perhimpunan seperti ART Day 2023 ini menjadi landasan untuk mengukuhkan ukhwah, perpaduan dan keharmonian di kalangan ahli-ahli komuniti kelab automotif. Semoga lebih banyak program sebegini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada peminat-peminat kereta berkongsi minat dan bertukar pendapat di samping merasai pengalaman memandu dalam suasana trak bertaraf antarabangsa yang lebih selamat berbanding di jalan raya,” ujar Datuk Haji Mohamed Nazari



ART Day 2023 telah diiktiraf Malaysia Book of Records kerana telah berjaya menganjurkan perarakan secara serentak yang terdiri daripada 650 buah kereta berkuasa tinggi dan kereta sport serta 312 motor Harley Davidson yang hadir daripada seluruh negara termasuklah negara jiran, Singapura. Sokongan daripada kelab-kelab automotif seperti Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club dan Majlis Belia Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan acara tersebut menjadi sebuah perhimpunan automotif kebangsaan yang terbesar. Turut sama berkongsi pengalaman menyertai perarakan terbesar itu adalah beberapa orang selebriti tanah air, antaranya Dato AC Mizal, Roy Azman dan Shamsul Ghau-Ghau






ART Day 2023 telah berjaya mendapat sokongan pemain-pemain industri automotif tempatan antaranya SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, KOPETRO Retail dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi. Selain Utama Motors, turut tampil sebagai penaja adalah Aeon Big, Liberty Insurance, EZCare Warranty, Smart Warranty, APEG Warranty, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services

Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, pengunjung-pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan tanpa henti selama 4 jam oleh Ayu Damit, Baby Shima, Fareed K Clique dan DJ Fuzz yang dihoskan oleh penghibur Hilmi Gimik dan Acad Raja Lawak

Untuk melihat gambar-gambar dan video-video sekitar kemeriahan ART Day 2023, ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok @utamamotors_



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/07/adrenaline-rush-track-day-2023-himpun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Supercars Dan Superbikes Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Supercars Dan Superbikes Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 120 hits
Sebuah acara sukan automotif Adrenaline Rush Track Day 2023 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lalu di Paddock Utara Litar Antarabangsa Sepang Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars menampil...
Tshirt Family Day 2023 Tempahan Tshirt Family Day

Tshirt Family Day 2023 Tempahan Tshirt Family Day

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 249 hits
TEMPAHAN TSHIRT HARI KELUARGA TEMPAHAN TSHIRT FAMILY DAY 2023 Kepada sesiapa yang sedang mencari tempat untuk tempahan printing baju family day baju persatuan baju group atau baju kumpulan baju rewang baju kahwin baju couple baju kelas baju...
Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

Hadiah Wang Tunai Terbesar Dalam Sejarah Ratu Cantik Berjumlah Rm1 1 Juta Untuk Pemenang Miss Cosmoworld 2023

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 210 hits
Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianjurkan oleh CL Skin Sdn Bhd dan diasaskan oleh Bintang Selebriti Carrie Lee Sze Kei Miss CosmoWorld 2023 ...
Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah

Pertandingan Miss Cosmoworld 2023 Menawarkan Hadiah Wang Tunai Berjumlah Rm1 1 Juta Terbesar Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 214 hits
Seri Wangi rasa bangga berpeluang dapat hadir di Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection Kuala Lumpur Dianju...
Ikuti Saya Di Threads Apa Itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023

Ikuti Saya Di Threads Apa Itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 177 hits
Ikuti saya di Apa itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023 Threads ialah aplikasi baharu daripada syarikat induk Facebook Instagram dan WhatsApp Platform ini kelihatan seperti Twitter dengan suapan siaran berasaskan teks sebahagian besar...
Arsenal Menghabiskan Duit Membeli Player Baru Hanya Untuk Berada Dibelakang Man City Bagi Musim 2023 24

Arsenal Menghabiskan Duit Membeli Player Baru Hanya Untuk Berada Dibelakang Man City Bagi Musim 2023 24

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 150 hits
Arsenal pasukan EPL yang dianggap sebagai Juara Liga EPL 2022 23 sebelum dipintas saat akhir oleh Man City terus berbelanja besar mendapatkan pemain midfields yang dikatakan punca utama mereka terlepas banyak mata pada akhir musim Musim 202...
Alhamdulillah 6 Julai 2023

Alhamdulillah 6 Julai 2023

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah pada tanggal 6 Julai 2023 yang lalu maka umur aku telah menginjak satu tahun lebih tua Satu tahun lebih matang dan satu tahun lebih dewasa dengan p...
Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2023

Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2023

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 171 hits
Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2023 Terdapat kekosongan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang dibuka untuk pengambilan segera Anda boleh membuat permohonan segera dengan merujuk iklan syarat dan ...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Eugene Levy S Toronto

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Ge14 S Impact On State Federal Relations



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Kemunculan As Sufyani Sebelum Keluarnya Imam Mahdi

User Generated Content

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Seni Membaca Surat Attin Dari Ustadz Manis Dan Seni Membaca Solawat By

Doa Agar Hati Tenang

Bermulalah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi