Mrca Menganjurkan Ekspo Francais Mirf 2023 Dengan Visi Pelaburan Rm 120 Juta


Majlis pelancaran rasmi Ekspo Francais Peruncitan dan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FE MIRF 2023) pada hari ini dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub yang menyaksikan objektifnya untuk menarik pelaburan sejumlah RM 120 juta kepada para peruncit dan pemberi francais tempatan melalui pameran terbaru yang dijenamakan semula



Dikenali sebagai pameran Peruncitan dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) sebelum ini, Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) menjenamakan semula pameran berprestij ini kepada FE MIRF 2023 untuk edisi keenamnya. Tahun ini menandakan peristiwa penting untuk MRCA dengan inisiatif strategiknya bagi meningkatkan industri peruncitan dan francais di Malaysia, menarik para pelabur dari seluruh dunia

Dengan hampir 400 buah gerai pameran dan lebih 200 pempamer, pameran tersebut menjangkakan kehadiran lebih 15,000 orang pengunjung, termasuk bakal-bakal pelabur, para pemilik perniagaan dan pelanggan. Ia berpotensi untuk menghasilkan peningkatan dalam aktiviti perniagaan, transaksi pempamer dan jualan. Dengan pertumbuhan yang signifikan dalam penyertaan oleh para pelabur dan peruncit luar negara seperti Taiwan, Korea, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Vietnam, India dan Australia, FE MIRF 2023 membawa jenama yang kukuh dan mempunyai permintaan tinggi. Ia menjadi platform kepada para pemegang francais dan pelabur tempatan membuat keputusan yang teliti berdasarkan perbandingan sebelah menyebelah terhadap francais-francais antarabangsa dan memperkenalkan jenama-jenama tersebut dalam pasaran Malaysia



Para pempamer tempatan mempamerkan konsep-konsep francais buatan Malaysia yang inovatif, mempersembahkan peluang yang menarik kepada para pelabur untuk menyertai pertumbuhan jenama-jenama tempatan. Konsep-konsep ini direka khusus bagi memenuhi permintaan dan citarasa unik pasaran Malaysia. Dengan memanfaatkan platform FE MIRF 2023, para pempamer tempatan mempamerkan tawaran terbaik mereka bagi menarik pelaburan yang akan membolehkan perkembangan dan kelangsungan francais mereka

Di antara peristiwa penting adalah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Tunjang F&B MRCA dan TAZTE by ZCITY, sebuah platform digital F&B dan solusi perniagaan automatik. Acara ini merupakan langkah yang penting demi mencapai matlamat MRCA untuk mendapatkan pelaburan sejumlah RM120 juta. Acara ini melambangkan komitmen MRCA dan TAZTE by ZCITY yang teguh untuk memupuk inovasi, daya saing dan kelestarian dalam industri F&B. Kedua-dua pihak mensasarkan untuk mencipta sebuah ekosistem yang dinamik dan bersemangat yang akan memberi manfaat kepada perniagaan, para pengguna dan ekonomi secara keseluruhan



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub berkata, "Malaysia semakin dikenali sebagai hub untuk organisasi antarabangsa yang ingin terlibat dalam perniagaan di rantau Asia Tenggara. Selari dengan visi KPDN iaitu untuk mencapai perdagangan domestik yang progresif dan lestari, penekanan ini akan tertumpu kepada pentadbiran yang cekap dan efektif dalam sektor perdagangan pengedaran sebagai bahagian penting dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Sektor perdagangan pengedaran adalah termasuk peruncitan, jualan langsung, kedai-kedai rantaian, francais dan e-dagang telah menyumbang kepada perubahan perdagangan pengedaran dengan menyediakan kepelbagaian saluran pengedaran produk-produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara

"Malaysia terletak di tengah-tengah rantau ASEAN, memberi kelebihan kepada kita untuk berkembang dan mencapai negara-negara jiran dan negara-negara lain. Kita mempunyai banyak sumber-sumber dan pengetahuan untuk memanfaatkannya demi meningkatkan eksport. MIRF pasti menjadi platform persaingan kepada perniagaan-perniagaan untuk berhubung dan saya percaya dalam masa 3 hari ini, Pusat Konvensyen KLCC akan membuahkan hasil dan mengujakan kepada semua," tambah beliau

Tambahan lagi, FE MIRF 2023 turut manganjurkan perkhidmatan padanan perniagaan untuk mendorong prospek pelaburan. Dengan menganalisa profil para pelabur dan tawaran-tawaran pempamer, mesyuarat khusus akan diaturkan untuk menghubungkan rakan-rakan kongsi yang mempunyai minat yang sama dalam sektor masing-masing. Kaedah ini dapat memastikan perbincangan mengenai pelaburan menjadi lebih fokus dan selari dengan keperluan dan pilihan para pelabur, meningkatkan peluang kejayaan perkongsian dan komitmen pelaburan

Selain itu, melalui inisiatif penglibatan yang direka secara terperinci, para pengunjung diberi persekitaran yang kondusif untuk menjalin interaksi langsung, menjalinkan hubungan, dan menjelajahi potensi kerjasama. Sesi suai kenal, mesyuarat khas, dan bengkel interaktif mencipta suasana yang kondusif untuk pertukaran yang produktif, membolehkan pemberi francais mempamerkan tawaran dan memberi peluang kepada para pelabur untuk menyatakan minat mereka. Melalui sokongan yang diterima dari kerajaan dan rakan-rakan strategik, MRCA yakin bahawa FE MIRF 2023 akan memainkan peranan yang penting dalam memulihkan ekonomi negara melalui perkembangan dan pertumbuhan sektor francais



Cik Christine Tan, Pengerusi Penganjuran FE MIRF 2023 berkata, "Perasmian ini menandakan hasil perancangan yang teliti, dedikasi, dan kerjasama antara peneraju industri dan pengusaha, yang memiliki visi yang sama untuk memangkin pertumbuhan, inovasi, dan kemakmuran dalam sektor francais dan peruncitan. FE MIRF 2023 bukan sekadar pameran, malah ianya adalah platform yang bakal memacu perkembangan ekonomi, keusahawanan, dan perkongsian maklumat. Ini adalah tempat di mana perniagaan akan berkembang, dan kerjasama akan terjalin. Selanjutnya, FE MIRF 2023 akan terus menawarkan peluang pelaburan yang tiada tandingan, platform untuk jenama-jenama baru, pertukaran pengetahuan yang berharga, peluang jaringan yang luas dan perakuan industri, memandangkan kami berhasrat untuk menjadi pameran peruncitan dan francais terkemuka di Asia Tenggara."
Pameran ini disokong oleh Penaung Korporat MRCA iaitu Maxis, Fusionex, dan RHB, serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Franchising and Licensing Association (FLA) Singapura, dan Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)

Ekspo Francais MIRF (FE MIRF) 2023 juga berbangga untuk bersama Nu Vending Sdn Bhd sebagai Penaja Platinum, POS2U Sdn Bhd sebagai Penaja Emas, Gem Reward Sdn Bhd; SBDG (SEA) Sdn Bhd; Web Bytes Sdn Bhd sebagai Penaja Perak, dan 168 Park Selayang Sdn Bhd dan China Mobile International Sdn Bhd sebagai Penaja Gangsa



Ekspo Francais MIRF (FE MIRF) 2023 akan dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 7 hingga 9 Julai 2023. Untuk maklumat lanjut tentang Ekspo Francais MIRF (FE MIRF) 2023, sila layari:https://mirf.my/  atau halaman Facebook  https://www.facebook.com/MIRF.MRCA








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2023/07/mrca-menganjurkan-ekspo-francais-mirf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekredit Rahmah 2023 Semakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Ekredit Rahmah 2023 Semakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 215 hits
Status semakan permohonan eKredit Rahmah 2023 di mana cara tebus dan claim Bantuan Tiket Kapal Terbang dikongsikan di bawah ini Teruskan membaca eKredit Rahmah merupakan satu inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dengan k...
Musim Durian Muar 2023 Julai

Musim Durian Muar 2023 Julai

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 385 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Berikut merupakan Senarai Harga Musim durian 2023 bagi Muar Tangkak Berikut harga durian terkini DurianSyoknyaUmmi Warna ungu ada stok ISNIN 03 07 2023 14 Zulhijjah 1444 Klik link whatsapp ini untuk t...
Sop Pelitup Muka Terkini 2023 Berkuatkuasa 5 Julai

Sop Pelitup Muka Terkini 2023 Berkuatkuasa 5 Julai

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 497 hits
Kerajaan telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai SOP Pelitup Muka Terkini 2023 yang berkuatkuasa 5 Julai 2023 Pandemik COVID 19 yang lalu menyebabkan kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan orang ramai Se...
Setsu Niseko Japan Calon Hotel Ski Resort Baharu Terbaik 2023

Setsu Niseko Japan Calon Hotel Ski Resort Baharu Terbaik 2023

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 221 hits
Setsu Niseko Japan Di Calonkan Sebagai Hotel Ski Resort Baharu Terbaik 2023 Pemaju mewah terkemuka SC Global Developments sangat teruja untuk mengumumkan pencalonan hotel sulungnya Setsu Niseko untuk Hotel Ski Baharu Terbaik yang berprestij...
Pengambilan Segera Jawatan Guru Kafa Bulan Julai 2023

Pengambilan Segera Jawatan Guru Kafa Bulan Julai 2023

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 322 hits
Pengambilan Segera Jawatan Guru Kafa Bulan Julai 2023 Terkini Guru Kafa telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelu...
Pa Ma Gala Award 2023 Best Papa Mama Millennial 20 Selebriti Kongsi Sisi Berbeza Penuh Inspirasi

Pa Ma Gala Award 2023 Best Papa Mama Millennial 20 Selebriti Kongsi Sisi Berbeza Penuh Inspirasi

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 382 hits
Pa Ma Gala Award 2023 Best Papa Mama Millennial kembali lagi Program anugerah digital parenting pertama yang diadakan di Malaysia ini memberi penghargaan kepada barisan selebriti yang yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial...
Mypsv 2023 Semakan Status Lesen Psv Percuma E Hailing

Mypsv 2023 Semakan Status Lesen Psv Percuma E Hailing

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 571 hits
Semakan Status Lesen PSV percuma Mypsv 2023 license e Hailing grab foodpanda lalamove MyPSV merupakan suatu program berbentuk bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan belia yang membolehkan para belia mendapatkan lesen PSV s...
F A 18d Hornet Lima 2023

F A 18d Hornet Lima 2023

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 209 hits
Aksi F A 18D Hornet milik Tentera Udara Di Raja Malaysia ini telah dirakam sewaktu pertunjukan Aerobatic pesawat pejuang sewaktu berlangungnya acara LIMA di Langkawi pada tahun 2023 Pesawat milik 18 Skuadron yang berpengkalan di Butterworth...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik