Anai Anai Makan Rm30 000 Wang Simpanan Tunai Haji
DUIT simpanan Meknab yang dimakan anai-anak. FOTO Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)
Anai-anai makan RM30,000 simpanan Mek Nab
Kuala Lumpur: Impian seorang warga emas menunaikan haji tahun depan mungkin tidak kesampaian selepas wang simpanannya berjumlah RM30,000 rosak dimakan anai-anai.
Cucunya, Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi berkata, neneknya, Zainab Sulong atau dikenali sebagai Mek Nab, menyimpan wang hasil berniaga kuih secara kecilan-kecilan itu sejak beberapa tahun lalu.
"Kami memang tahu nenek hendak pergi haji tahun depan dengan syarikat swasta, saya fikir mungkin duitnya sudah cukup.
"Tetapi kami tak tahu rupanya dia ada simpan duit sebanyak itu dalam kain bawah kotak di rumahnya dan kalau tahu tentu kami tak benarkan.
"Nenek saya pun sudah tua usianya 72 tahun, mungkin dia berasa lebih mudah simpan dalam rumah berbanding ke bank," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Guru Sains Sosial sebuah sekolah menengah di Gua Musang, Kelantan itu berkata, mereka sekeluarga mengetahui wang simpanan neneknya dimakan anai-anai selepas ibunya, Zainab Rahim, 55, memberitahu perkara itu dalam WhatsApp keluarga, Jumaat lalu.
"Mak duduk dengan saya di Gua Musang, manakala nenek tinggal di rumahnya di Rantau Panjang.
"Minggu lalu, mak ada balik ke Rantau Panjang selepas nenek menghubunginya memberitahu apa yang berlaku.
"Duit itu bercampur antara mata wang Malaysia dan Thailand dengan nilainya mencecah RM30,000. Mungkin nenek sudah lama tak buka untuk tengok duit itu menyebabkannya dimakan anai-anai," katanya.
Menurutnya, dia akan menghantar wang berkenaan untuk proses penilaian kerosakan kepada pihak bank dalam masa terdekat.
"Sebenarnya saya sudah pergi sebuah bank di Gua Musang bertanyakan isu ini dengan hanya menunjukkan gambar duit itu, namun pihak bank memberitahu kemungkinan tidak dapat penukaran duit baharu selepas melihat kepada tahap kerosakannya.
"Saya difahamkan, jika nilai kerosakan duit itu melebihi 50 peratus memang tak boleh buat apa-apa, namun apapun nilai kerosakan akan dinilai semula dengan melihat duit sebenar," katanya yang turut memuat naik kisah berkenaan di Facebook semalam.
Muhammad Khairul Azhar berkata, mereka sekeluarga turut merancang membuat kutipan bagi menggantikan wang simpanan neneknya yang rosak.
"Memang nenek sedih kerana duit simpanannya itu rosak, tetapi kini dia boleh menerimanya mungkin tiada rezekinya kali ini.
"Kami adik-beradik bercadang membuat kutipan sesama kami untuk menggantikan duit itu dengan sebagai permulaan kami mahu menghantar nenek pergi umrah dulu tahun depan," katanya.
Dia berharap kejadian menimpa neneknya itu memberi pengajaran kepada orang lain supaya menyimpan wang di saluran yang betul.
SOURCE:
Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beritaup2date.blogspot.com/2023/07/anai-anai-makan-rm30000-wang-simpanan.html