Pertama Kali Penerbangan Dengan Vietnam Airlines Ke Tokyo Jepun
Tokyo, Jepun sebuah bandar moden yang aku rasa tak nak tinggalkan. Pengalaman 11 hari dekat sana rasanya belum cukup. Kalau boleh nak tinggal lama lagi tak nak balik semula kepada realiti di Malaysia. Aku pergi sana masa 2 Julai dan pulang semula ke Malaysia pada 12 Julai.
Ini jugak kali pertama aku naik Vietnam Airlines untuk ke Tokyo Narita (Terminal 1). Sangat berbaloi sebab jumlah round trip MYR 872.71 termasuk sekali percuma 30kg bagasi dan in-flight meals.
Tips: Cari harga tiket murah di Google Flights untuk perbandingan harga bagi semua syarikat penerbangan.
Untuk in-flight meals pulak korang boleh email pada booking.nro[at]vietnam.com untuk tempahan set muslim meals, untuk memudahkan hantar sekali E-ticket korang dalam email untuk rujukan pihak mereka. Yelah untuk mengelakkan termakan benda-benda yang memudaratkan dan pastikan makan kita bersih dan halal. Gituh!
Semasa pergi, aku Transit di Hanoi 3 jam dan balik transit di Ho Chi Minh selama 2 jam. Penerbangan daripada Vietnam ke Tokyo, Jepun pulak ambil masa dalam 5 jam. Kapal terbang ke Vietnam sama saiz sahaja macam kapal terbang Air Asia dan kapal terbang dari Vietnam ke Tokyo pulak besar (ada 3 row) dan yang paling best ada screen sendiri dekat setiap tempat duduk.
Macam penerbangan yang lain jugak, Vietnam Airlines pon ada kakak & abang pramugari & pramugara yang cantik-cantik dan hensem-hensem. Yang aku paling suka adalah uniform kakak pramugara Vietnam Airlines cantik macam baju Kung Fu hehe. Untuk penerbangan ke Jepun, Vietnam Airline kolaborasi dengan syarikat penerbangan Jepun All Nippon Airways (ANA). Jadi korang akan dengar steward buat announcement dalam bahasa Jepun masa penerbangan Vietnam-Jepun.
Bertolak dari KLIA 1 pada pukul 7.05 petang dan sampai di Narita (Terminal 1) pada pukul 7 pagi. Seronok sebab timing tiba di Jepun masih awal pagi dan paling tidak pon boleh belajar untuk faham dengan sistem train di Jepun.
Ini pulak antara Muslim Meals yang aku dapat sepanjang 4 penerbangan aku dengan Vietnam Airlines:
Maaf cuma teringat untuk ambik gambar 2 meals je.
Nak kata meals dia sedap tak sedap sangat tapi kalau kau dah lapar sangat semua benda akan jadi sedap. Keseluruhannya, kira boleh telanlah meals dia.
Nantikan post-post aku yang seterusnya untuk pengalaman aku di bandar Tokyo pulak. Aku harap sangat aku akan rajin untuk menaip, doa-doakan okay?!
Sambungan: Terik di Tokyo & ...
(Penat aku fikir tajuk entri yang sesuai untuk post aku seterusnya, tapi belum jumpa yang sesuai. Tak apa lah, nanti dah ada aku tukar semula.)
Terima kasih untuk Traveloka yang merealisasikan percutian I Need A Holidaylah! aku ini. Moga-moga lebih banyak rezeki sebegini untuk masa hadapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lakiterok.com/2017/07/pertama-kali-penerbangan-dengan-vietnam.html