Sebelum ini saya tidaklah mengenali lebih dalam mengenai Muslim Volunteer Malaysia ini. Sekadar baca sepintas lalu di ruangan media sosial dan juga di kaca televisyen.
Kek sempena ulangtahun penubuhan MVM yang ke-4
Lagi mengenai Muslim Volunteer Malaysia adalah, ianya telah diasaskan oleh seorang anak muda yang cekal iaitu Tuan Muhammad bin Jantan. Melalui pertubuhan ini, ahli ahli Muslim Volunteer Malaysia telah banyak melakukan aktiviti kesukarelawan di dalam dan juga di luar negara. Mereka juga pernah ke Palestin dan juga Syria.
Tuan Muhammad bin Jantan
Apa yang paling utama, mereka membawakan sumbangan anda untuk diberikan kepada saudara kita yang memerlukan di sana. Jadi buat anda yang teringin untuk turut sama menyumbang kepada mereka, berikut cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia.
Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan
Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan
Manakala 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara. Anugerah khas tersebut adalah anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.
Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan
Selain itu juga, para tetamu disajikan dengan santapan enak yang disediakan oleh pihak Bizmilla. Cukup sedap saya rasa masakan yang mereka sajikan ini. Macam nak tambah lagi dan lagi. Dengan dekorasinya yang bertul-betul cantik dan susun atur dewan yang cukup selesa.
Para tetamu juga terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi universiti tempatan
Para tetamu yang hadir juga disajikan dengan persembahan istimewa yang dipersembahkan oleh Inteam dan juga Lah Ahmad. Dengan membawakan lagu-lagu ketuhanan menjadikan perjalanan majlis cukup terbuai dengan keasyikkan alunan suara mereka itu tadi.
Lah Ahmad menyanyikan lagu-lagu popular beliau
In Team juga turut serta menyanyikan lagu popular mereka iaitu Kasih Kekasih
Apapun, setelah menghadiri program pada malam tersebut, saya
sedikit sebanyak telah mengetahui mengenai Muslim Volunteer Malaysia , program
Volunteer Malaysia. Ianya merupakan salah sebuah contoh badan sukarelawan di Malaysia
yang telah berjaya menyumbang sesuatu demi ummah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |