Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi


Sultan Abdullah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shae, Kotasas di sini, hari ini sehari selepas diumumkan sebagai Sultan Pahang.
Keberangkatan Sultan Abdullah ke masjid tersebut pada jam 5.50 pagi disambut penduduk Kotasas yang hadir solat subuh.
Dalam pada itu, Sultan Abdullah turut melantunkan bacaan al-Quran dan mendengar tafsir selepas solat subuh di masjid tersebut.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilank sebagai Sultan Pahang keenam berkuatkuasa sertamerta.
Keputusan itu diumumkan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dalam satu sidang media khas di Istana Abu Bakar, semalam.
Sumber: sinarharian
Buka laluan kepada Sultan Abdullah dinamakan sebagai Agong
PEKAN – Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universi Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain berkata, biarpun kekananan seorang Raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Sultan Abdullah dipilih Majlis Raja-raja sebagai Agong yang baharu.
Majlis pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan.
Manakala, Majlis Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Agong ke-16 dan timbalannya akan diadakan pada 24 Januari ini di Istana Negara.
Wan Nazrul Helmy berkata, perkara itu berdasarkan kecenderungan majlis itu mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja dan bukannya kekananan takhta dalam pemilihan Agong setelah pusingan pertama sistem itu berakhir pada 1994.
Turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggiliran ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak adalah berdasarkan kekananan takhta dan Majlis Raja-Raja dilihat cenderung mengekalkan turutan itu dalam pusingan kedua sistem penggiliran yang bermula dengan pemilihan Almarhum Tuanku Jaafar dari Negeri Sembilan pada 1994.
Ia diikuti Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor pada 1999, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dari Perlis pada 2001, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu pada 2006, Almarhum Sultan Abdul Halim dari Kedah pada 2011 dan Sultan Muhammad V dari Kelantan pada 2016.
“Berdasarkan konvensyen turutan penggiliran yang sedia ada itu, Sultan Abdullah boleh dipertimbangkan Majlis Raja-raja untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong walaupun baginda baharu sahaja diisyharkan menaiki takhta sebagai Sultan Pahang keenam.”
“Hal ini pernah berlaku semasa pemilihan Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 pada 13 Disember 2001 walaupun baginda baharu naik takhta kerajaan Perlis pada 17 April 2000,” katanya.
Menyentuh ketokohan Sultan Abdullah, Wan Nazrul Helmy berkata, baginda merupakan waris ganti Raja pemerintah yang paling ‘senior’ di Malaysia kerana telah menjadi Tengku Mahkota selama 44 tahun sejak 1975 ketika baginda berusia 16 tahun.
“Pengalaman inilah yang membentuk sahsiah peribadi Sultan Abdullah dan dilihat seorang pewaris yang amat berwibawa. Baginda banyak mewarisi sifat ayahanda baginda yang rendah diri, prihatin dan dekat dengan rakyat.
“Ini dapat disaksikan sendiri oleh rakyat apabila berlaku musibah terutamanya banjir, baginda adalah antara orang yang terawal turun padang mencemar duli bertanya khabar dan menghulur bantuan kepada mangsa menyebabkan rakyat Pahang amat menyayangi baginda,” katanya.
Sultan Abdullah, 60, juga merupakan simbol perpaduan bagi rakyat negeri Pahang dan ini dapat dilihat dalam titah ucapan baginda ketika merasmikan majlis mahupun ketika menghadiri program bersama rakyat, baginda sering menekankan tentang soal perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Dalam keadaan Malaysia Baharu ini, isu perpaduan dilihat merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dan dengan ketokohan yang ada pada Sultan Abdullah ini, sekiranya baginda ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu, baginda mampu menjadi ikon semangat muhibah di negara ini.
“Ibarat muara mahkota yang bersinar, saya percaya Sultan Abdullah mampu meneruskan legasi ayahanda baginda menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan dekat dengan rakyat sesuai dengan ungkapan yang pegangan keluarga diraja ini ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada,” katanya.
Sumber : Bernama via sinarharian
The post Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang, Rupanya ini Bukan Kali Pertama Terjadi appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/sultan-abdullah-akan-diberi-laluan-sebagai-agong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 605 hits
PEKAN Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di Pertuan Agong Ke 16 Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ya...
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1170 hits
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah
Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Januari

Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Januari

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 907 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini gering Pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang keenam akan dilangsungkan di B...
039 Dijemput Kali Pertama Atas Titah Sultan Abdullah 039

039 Dijemput Kali Pertama Atas Titah Sultan Abdullah 039

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 301 hits
13 Januari 2019 2 37 PM KUANTAN Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah Ahmad Shah mempunyai keperibadian yang tinggi termasuk dalam menghormati pilihan rakyat kata Timbalan Menteri di Ja
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 798 hits
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6 Tahniah kepada semua rakyat Pahang ini kerana mendapat Sultan yang baru iaitu Sultan Pahang Yang Ke 6 Hari ini diumumkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pah...
Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 835 hits
Assalamualaikum dan Slama Sejahtera Merafak sembah setinggi tinggi tahniah sempena pertabalan Sultan Pahang Ke 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Perlantikan berk...
Tengku Abdullah Akan Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang 15 Jan 2019

Tengku Abdullah Akan Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang 15 Jan 2019

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1127 hits
PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI berkuatkuasa serta merta Majlis pemasyhuran itu akan diadakan pada jam 11 pagi Selasa ini di Istana Abu Bakar di sini Tengku Muda Pahang Teng...
Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 546 hits
PEKAN Rakyat negeri Pahang menzahirkan sembah tahniah kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilantik menjadi Sultan Pahang keenam menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Penduduk di Pekan Azahani Mahmud 49 berkata pelantikan...
Sudah Dua Kali Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong Lihat 6 Lagi Trivia Ini

Sudah Dua Kali Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong Lihat 6 Lagi Trivia Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 978 hits
Secara rasminya pada 6 Januari 2019 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 Berita mengejutkan itu telah disampaikan sekitar jam 7 malam tadi setelah per...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage