Pertama Kali Dapat Status Kontak Kasual Dekat Mysejahtera
Pertama kali dapat status “Kontak Kasual” dekat MySejahtera | Assamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga. Aku doakan juga, buat semua agar diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga, aminn. Baik! Baru-baru ini, Mysejahtera aku “tiba-tiba” bertukar menjadi kontak kasual ataupun lebih tepatnya lagi mysejahtera kontak kasual tidak bergejala!
Mysejahtera kontak kasual tidak bergejala! Kita dah berhadapan dengan wabak ini bermula penghujung 2019 hinggalah sekarang. Makna kata dah hampir 2 tahun. Dan hampir 2 tahun jugalah MySejahtera aku tak pernah berubah status. Nak kata tak keluar berjalan, aku hampir sama dengan rata-rata rakyat Malaysia. Cumanya beza aku dengan segelintir yang lain, aku Cuma berjalan dalam Malaysia je.
Dan buat pertama kalinya, aku dapat mesej daripada 68808 (No MySejahtera kut) yang mengatakan seperti ini:
MySejahtera: Please be informed that you have been classified as casual contact. Please remain calm and perform home monitoring assessment in MySejahtera.
Eh! Dah kenapa tiba-tiba aku boleh kena kontak kasual tidak bergejala ni? Bila aku baca di dalam laman sosial, rupa-rupanya ramai juga yang “tiba-tiba” dapat mesej yang mengatakan mereka juga dikategorikan sebagai kontak kasual tidak bergejala ni.
Orait, sebelum itu, nak beritahu ya, warna status mysejahtera kontak kasual ini adalah warna kuning. Ada banyak sebenarnya warna untuk setiap status. Dan warna yang paling ramai tak nak adalah warna merah. Kalau warna merah, mereka di sahkan positif covid. Harapnya rakan-rakan pembaca blog mrejoy.com dijauhkan daripada wabak ini ya, aminnn.
Maksud mysejahtera contact kasual tidak bergejala Orait, aku kongsikan sedikit, kenapa status MySejahtera kita boleh bertukar kepada contact kasual tidak bergejala. Bagi mereka yang dapat status ini di MySejahtera, pertama sekali, tak perlu risau apa-apa. Ini adalah kerana, status ini diberikan kerana kita berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti wabak covid.
Kena faham di antara status kontak kasual tidak bergejala dengan Kontak rapat atau close contact ya! Kalau kontak rapat, mereka ini dah dikenal pasti terdedah dengan individu yang dah dijangkiti wabak covid ni. Kalau kontak kasual, mereka “mungkin terdedah”. Makna kata boleh jadi terjangkit, boleh jadi juga tidak. Dan hampir kebanyakkan yang aku baca dalam laman sosial, mereka tidak berjangkit sama sekali.
Namun, yang merisaukan adalah, tiada data detail mengenai lokasi yang sebenar yang membuatkan status MySejahtera kita berubah kepada kontak kasual tidak bergejala.
Cuba bayangkan, kalau ada 10 kawasan yang kita pergi sebelum itu dan kita tak tahu lokasi yang mana satu, kan susah jadinya nak meneka! Kalau dalam status mysejahtera kita ada 1 lokasi sahaja, mudah la sikit kan?
Apa pun, untuk status kontak kasual tidak bergejala ini, kita masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Boleh bekerja seperti biasa, semuanya seperti biasa. Namun, kita perlu menjawab status kesihatan kita setiap hari selama 10 hari. Dan selepas daripada itu, status Mysejahtera kita akan kembali kepada Low risk.
Apa pun, semoga kita semua diindungi daripada wabak ini. Harapan aku agar penyakit ini kembali di angkat dan kita akan hidup seperti biasa kembali, aminnn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2022/02/pertama-kali-dapat-status-kontak-kasual.html