Status Mysejahtera Tetiba Bertukar Kepada Kontak Kasual


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Status MySejahtera tetiba bertukar kepada Kontak Kasual | MySejahtera satu aplikasi penting di zaman ini. Setiap orang wajib install dan guna MySejahtera setiap kali masuk mana-mana premis perniagaan

Kalau dulu masa guna MySejahtera macam kekok je kan. Sekarang dah biasa. Masuk kedai mesti scan dulu MySejahtera. 
Boleh jadi satu kesalahan undang-undang bagi yang masuk premis tanpa scan MySejahtera. 


Fungsi MySejahteraMySejahtera pada awalnya diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan trace data COVID-19 di Malaysia

Bukan di Malaysia sahaja, di setiap negara bangunkan aplikasi tersendiri untuk memudahkan pihak kerajaan trace data COVID-19. 
Update MySejahteraMasa awal-awal diwujudkan, penggunaan MySejahtera ni tak berapa nak user friendly. Ramailah yang merungut itu dan ini. 
Tapi selepas ditambahbaikkan, MySejahtera dah banyak fungsi. 
Antara yang terbaru sekarang ni ialah memaparkan status individu dalam MySejahtera. 
Tetiba Status MySejahtera bertukar kepada Casual ContactIni yang terjadi pada MF baru-baru ni. 
Memula tu terkejut, tapi bila baca info pasal status ni so MF relax je lah. 
Kenali Status MySejahteraMySejahtera ada 7 status berdasarkan 4 warna yang berlainan

Risiko Rendah/Low Risk

Paparan berwarna biru bermaksud individu itu sihat
Berisiko rendah untuk menjangkiti orang lain
Dibenarkan untuk masuk ke mana-mana premis

Kontak Kasual Tidak Bergejala

Paparan berwarna kuning cair/mustard
Maksud Kontak Kasual Tidak Bergejala
Maksud individu kontak kasual adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Misalnya dalam satu kediaman appartment yang sama, masuk dalam premis kedai makan atau kedai runcit. 
Jika dapat notifikasi dalam MySejahtera menyatakan kita dah bertukar menjadi status kontak kasual. Langkah pertama adalah jangan marah dan panik tiba-tiba. Anda mungkin memang tak bersalah dalam hal ini. 😅Kontak kasual tidak wajib kuarantin. Kontak kasual tanpa gejala masih berstatus low risk. Kontak kasual tidak perlu swab test jika kekal tiada gejala. Boleh masuk mana-mana premis.Status itu akan kekal selama 10 hari. Amalkan SOP dengan ketat. Kurangkan pergerakkan ke tempat-tempat yg sempit dan sesak. 
Kontak Kasual Dengan Gejala

Paparan berwarna kuning gelap/mustard pekat

Kesnya sama macam kontak kasual tidak berjela tadi, tapi bila ada gejala dia dah berubah jadi warna lain dan high risk. 
So, bagi kontak kasual dengan gejala ni ada pantang larang dia. TIDAK BOLEH memasuki premis atau tempat kerja. Diarahkan untuk self quarantine selama 10-14 hari. Sebaiknya dapatkan ujian swab Covid-19 di CAC  atau klinik swasta. Boleh juga buat test dengan Rtk Antigen kerana lebih murah dan cepat. Jika negatif, bincang dengan doktor anda samada layak untuk masuk kerja atau sebaliknya. (Kerana masih banyak jenis virus dan bakteria lain yg boleh menjangkiti kita diluar sana dengan gejala yang sama. Doktor perlu pastikan virus tu jenis apa kan.)MC atau memo social distancing diperlukan. Dapatkan di klinik-klinik kesihatan.Individu Dalam Pemantauan / Person Under Surveillance (PUS)

Paparan berwarna kuning cair
Individu kategori ni, wajib jalani kuarantin. Tidak boleh ke mana-mana atau keluar rumah. 
Kes Suspek/Suspected Case

Paparan berwarna coklat jinggaBagi kes ni, mysejahtera dapat trace dari kes-kes berdekatan. Mungkin sama tempat kerja dan sebagainya

Individu kategori ni, wajib jalani kuarantin. Tidak boleh ke mana-mana atau keluar rumah.  
Kontak Rapat

Paparan berwarna jinggaMemang ada hubungan yang rapat dengan seseorang yang telah disahkan positif Covid-19. Macam duduk serumah, sebilik atau satu tempat kerja yang memang tiada jarak fizikal atau pematuhan SOP. 
Untuk masa sekarang, bila ada kontak rapat wajib buat test kendiri... dan jika bergejala barulah akan buat swab test oleh pihak KKM atau pergi sendiri ke mana-mana klinik swasta. 
Kuarantin diri tapi mesti berasingan bilik dengan yang dah sah positif tadi. Jika serumah lah. 
Tidak dibenarkan ke mana-mana premis atau keluar rumah

Kes Yang Disahkan

Paparan berwarna merah. Ni bagi yang positif covid sama ada bergejala atau tidak bergejala. Samalah warna dia, merah juga. Status ni akan bertukar selepas keluarnya keputusan swab test yang dijalankan oleh KKM atau selepas buat ujian kendiri dan disubmit di penilaian kesihatan di mysejahtera. 
Itulah status mysejahtera yang ada setakat ni. Bagi kes MF,  dari Low Risk kepada Kontak Kasual Tidak Bergejala. 
MF takde buat apa pun... Status ni berubah lepas MF balik dari kedai dekat rumah MF je. Bila naik status ni akan kekal selama 10 hari dan hari-hari kena submit status kesihatan kita. Tu je la. 
Walaupun low risk, tapi tengok warna kuning tu rasa tak best dah... haha.
So, nak tukar balik status tu boleh ke? 
Boleh, jika kita yakin kita sihat dan takde masalah apa-apa pun. 
Cara tukar status mysejahtera daripada kontak kasual tidak bergejala kepada risiko rendah.1. Pertama sekali, buka mysejahtera korang dan klik pada Helpdesk. 2. Klik Start/Mula3. Lepas tu korang scroll ke bawah sampai jumpa point huruf "K". Korang refer gambar kat bawah




4. Lepas tu, klik pada point huruf "A"

5. Kemudian, klik pada point huruf "A"

6. Kemudian klik pada point huruf "B"

7. Lepas tu korang tulis lah ayat kenapa korang nak tukar tu

 
MF just tulis. "I'm healthy and I follow SOP at all facility and premis when I go out such as 3W and 3S anywhere."
 Dah tulis tu, tekan "Next" dan dah siap lah hantar kepada Helpdesk MySejahtera. 
Lepas tu korang tunggulah dalam masa 24 jam camtu... Cuba refresh MySejahtera... Akan bertukar ke Low Risk semula. 
Tapi bab ni korang kena jujur korang sihat. Macam MF, lepas je dapat status tu MF tetap buat self test juga... walaupun dia kata tak perlu buat pun. 
Lepas yakin, MF sihat dan amalkan SOP yang ketat, tu MF buat untuk ubah balik status mysejahtera kepada warna biru. 
Sekarang ni mysejahtera dah update tau. 
Data dan status covid di ambil dari sini. So, memang kena jujur betul ye. 
Takde dah orang nak check mysejahtera kita, tapi kita kena jujur dengan diri sendiri. Satu je, orang tak nampak tapi Allah nampak ye. Malaikat kiri kanan mencatat. 
Apa nak buat bila self test kit Covid Naik Double Line?Dan satu lagi sekarang ni tak ramai tahu juga, kalau buat self test tu tetiba naik double line... Nak buat apa? 
Perkara pertama, kuarantin diri. Lepas tu update dalam mysejahtera result tu. Nanti dalam masa 24jam mysejahtera akan bertukar status. Dan kat situ dah lengkap tarikh sampai bila nak kena kuarantin. 
Tak perlu nak buat pergi pusat kuarantin, klinik atau hospital kecuali ada gejala

Itu yang MF kongsikan hasil pengalaman MF sendiri bila mysejahtera tetiba tukar status dan juga berhadapan dengan beberapa murid, keluarga MF yang disahkan positif covid baru-baru ni. 
Sekarang ni memang risau juga... Pergi mana-mana memang terdedah je dengan Covid ni. 


Bahkan status mysejahtera MF ni, dah dua kali status ni MF buat untuk tukar status mysejahtera tu. 
So, jagalah diri, amalkan SOP yang ketat di mana-mana. Patuhi SOP kerana ini bukan arahan KKM sebenarnya tapi cara yang Islam ajar bila berhadapan dengan wabak dan penyakit berjangkit macam ni. 
“Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai wabak penyakit menyarankan agar migrasi dihentikan serta-merta di mana saja dan Baginda SAW pernah bersabda dengan maksud: “Jika kamu mendengar taun (wabak penyakit) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini jelas mengajar kita bahawa Rasulullah SAW juga mengambil pendekatan untuk mencegah penyakit dan tidak berserah 100 peratus kepada ALLAH SWT kerana usaha kita sebagai hamba Allah tetap kena ada. Ibarat nak makan nasi, kena ada usaha untuk masak nasi, letak dalam pinggan dan suap. Bukan nganga mulut, biar nasi tu jatuh dari langit. 

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2022/02/status-mysejahtera-tetiba-bertukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Dapat Status Kontak Kasual Dekat Mysejahtera

Pertama Kali Dapat Status Kontak Kasual Dekat Mysejahtera

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 242 hits
Pertama kali dapat status Kontak Kasual dekat MySejahtera Assamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga Aku doakan juga buat semua agar diberikan kesihatan yang baik buat diri dan ...
Status Mysejahtera Bertukar Casual Contact Apa Nak Buat

Status Mysejahtera Bertukar Casual Contact Apa Nak Buat

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 383 hits
Aku tak tahu secara tiba tiba aku dapat mesej daripada MySejahtera yang memaklumkan aku dikelaskan sebagai Casual Contact yang juga sekali gus tukar warna Kuning daripada biru Inilah yang aku baca baca di twitter katanya sudah ramai yang st...
Bermula 1 Mac Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

Bermula 1 Mac Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 212 hits
Penduduk berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022
Bertukar Kepada Nutox Renewing Treatment

Bertukar Kepada Nutox Renewing Treatment

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 170 hits
Nak cari produk skincare ni kena try error Dah dapat yang serasi Sila lah stick dengan itu je Kalau idak jadi macam k fiezz lah Gatal sangat kan guna produk skincare dari China sekali jerawat turun naik Penyudahnya cari semula Nutox Sebelum...
Video Sesi Swafoto 3 Rakan Bertukar Seram Jelmaan Mona Fandey Tumpang Sekaki

Video Sesi Swafoto 3 Rakan Bertukar Seram Jelmaan Mona Fandey Tumpang Sekaki

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 192 hits
Oleh Wajah Emilia yang dirakam mirip Mona Fendey SENYUMANNYA sangat lebar pakai gincu merah bentuk muka bulat dan giginya ada taring itu bukan sahabat saya Demikian kongsi Ruzaliza Ruzlan 36 menerusi satu video pendek di TikTok yang memapar...
Hiburan Apa Motif Eh Tetiba Rapat Je Siap Dapat Angpow Netizen Persoal Hubungan Hairul Azreen Vincent Tan

Hiburan Apa Motif Eh Tetiba Rapat Je Siap Dapat Angpow Netizen Persoal Hubungan Hairul Azreen Vincent Tan

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 234 hits
Sebelum ini pelakon dan keluarga berpeluang menaiki kapal mewah dan jet peribadi milik Tan Sri Vincent Tan Baru baru ini Hairul ada berkongsi di Facebook di mana dia dapat duduk semeja dan menikmati makan tengah hari bersama jutawan itu Adv...
Tiada Lagi Keperluan Imbas Suhu Badan Hanya Perlu Scan Mysejahtera Hishammuddin

Tiada Lagi Keperluan Imbas Suhu Badan Hanya Perlu Scan Mysejahtera Hishammuddin

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 212 hits
Pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod daftar masuk di pintu pintu masuk premis masing masing Gambar hiasan SOP periksa suhu dimansuhkan 11 Feb ini KUALA LUMPUR Individu yang ingin me...
Bagaimana Mysejahtera Trace Berfungsi

Bagaimana Mysejahtera Trace Berfungsi

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 140 hits
MySejahtera Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang mer...
Awani Ringkas Fungsi Mysejahtera Ditambah Baik Kkm Buka Ppv Di Sekolah

Awani Ringkas Fungsi Mysejahtera Ditambah Baik Kkm Buka Ppv Di Sekolah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 213 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik